Tuesday, March 16, 2010

tips berniaga: kenapa perlunya stok barang jualan sentiasa ada

ahad baru ni, aku teman kawan cari blackberry kat kota bharu. pusing - pusing satu kb, akhirnya kena pi celcom kb juga. semua tempat tak der stok. kat celcom ni pon kena booking 2 minggu baru dapat. dah lah pakej celcom blackberry ni merapu-rapu.

setengah bulan kena tunggu, macam nak beli kereta plak, harganya boleh tahan, cukup untuk 3 bulan ansurans wira. aku pon pelik, besar - besar celcom kb pon tak berani simpan stok.
cuma ada sampel satu, itu pon tak dapat tilik sepenuhnya. sebab tak der simkad. melopong saja pelanggan nak tau fungsi.

celcom sepatutnya ada demo set lengkap, paling kurang pelanggan boleh belajar sikit fungsi smartphone ini. nama dah telefon pintar, biasa fungsinya mesti bertimbun-timbun.

satu lagi, sekiranya anda jual produk jarang di pasaran atau pelik, baik ada demo set. pelanggan lebih yakin.

tapi member aku, book juga satu.
kalu ada stok, kofem dia angkat terus cash, sebab dah sedia pon duit awal-awal.

masa balik tu,
tiba - tiba member aku angin semacam, singgah kb mall. tak banyak cerita angkat nokia e72. asalkan smartphone, ada memo, ada office senang kerja.

rupanya ada juga blackberry sini, tapi macam tak berbaloi bila masuk prepaid, dah lah mahal dari celcom, macam nampak tolol jer. aku cadang angkat nokia keypad ni jer.

berdasarkan cerita ini, aku sedikit nak kongsi, kenapa sebagai peniaga perlunya kita sentiasa ada stok barang jualan.

sebab perangai pelanggan macam-macam:
  • ada jenis pikir dulu, baru beli.
  • ada jenis dah buat research masak-masak, sebelum datang tempat kita.
  • ada jenis pakai tengok beli terus.
  • ada jenis tak boleh pegang duit lama - lama.
sekurang-kurangnya, selain satu set sampel. perlunya ada 1-2  set barang tersebut, untuk kemungkinan pelanggan macam di atas.

berdasarkan cerita di atas mungkin kamu akan faham kenapa pentingnya stok jualan yang konsisten dalam gudang atau kedai kamu.

Itu sebab kenapa kedai hp cina walaupun kecil diorang wajib ada satu gudang/kedai yang tulun bekal hp untuk semua. korang mesti perasan kat pasaraya.
kbmall pon lagu ni juga.

* smartphone kat malaysia, macam barang kawalan.

No comments:

Blog List