Monday, March 8, 2010

berniaga bila dah stabil, jual apa-apa pun orang beli

ini perhatian aku bila membeli barang bersama kawan di kedai cina di sekitar kb atau tanah merah. bila dah lama berniaga hang jual apa pun orang percaya @ beli. tak percaya cuba tengok kedai-kedai cina, kadang-kadang barang cap merapu-merapu diorang letak. tapi tetap ada orang beli.

baru ini aku ada singgah kedai barang aksesori kereta, member aku beli tinted film untuk tinted kereta. aku sahaja lepak-lepak tengok barang situ. mata aku terlihat satu kotak barang, cap ' product asia made'. sekali tengok lucu.

sekarang ni musim panas.hot sana sini.
'sebenarnya banyak juga barang-barang merapu bagi orang biasa kedai ini taruk' aku perati sambil lepak bawah kipas.

entah apa produk tu, mengarut je tengok kotak dia. tapi aku percaya satu hari nanti tetap ada orang beli. sebab apa, sebab cina ni dah berniaga berapa keturunan, jadi sebenarnya dia menjual kenyakinan kepada pelangan sahaja.

cuba kotak tu letak di kedai baru buka, silap-silap jual dengan kedai.

No comments:

Blog List