Wednesday, April 28, 2010

tips: perkara anda perlu elak bila musim cuti di kelantan

ada 2 - 3 perkara yang biasa aku elak bila tiba time cuti atau musim perayaan.
  1. pergi atau masuk bandar Kota Bharu. jammed tak ingat sekarang, tambah-tambah waktu pejabat.
  2. bandar Rantau Panjang, bagi oghe kelate, janganlah gatal-gatal nak shopping masa ini. aku dah kena, perit. pergi beli time tak cuti kan boleh.
  3. mana-mana bandar kat kelate semua sama, cuma kuat atau tak jengnya.
  4. highway atau jalan raya, masa ini banyak pemandu yang mabuk. hari tu aku hampir nak kena langgar kat saga keta kebal warna hitam, dia potong treler tak lepas terus himpit van kitorang, mujur panjang umur lagi, benda-benda cam ni buat aku serik nak jalan time cuti kat kelantan. jelas pemandu kita tak berapa matang lagi, banyak yang gila lagi.
1 mei ni mesti ramai yang bercuti, pusu-pusu kereta masuk kelantan, bagi orang yang menetap di kelantan sendiri akan terasa bahangnya. aku lebih selesa duk buat kerja dari nak mengatal bercuti sama dengan orang lain.

nama pon kerja sendiri, time orang cuti kita kerja laa, time orang kerja kita cuti laa..baru santai - kata kawan aku di tok bali. betul kan ?

cara kerja: orang kita suka nampak benda kecil-kecil, yang besar tak nampak atau buat tak tahu

2 minggu ini aku sibuk berat, kejar ke kb untuk setel hal refinance jentera dan claim singboard. campur kerja luar dah stat berlambak.

dalam celah-celah tu aku sempat rembat tepo kawan aku, tulis artikel masa atas keta. aku jenis boring kalau nak keta takder buat apa, logik biasanya kita akan tengok pemandangan sama je tiap kali lalu jalan yang sama. paling tak aku duk cerita hal-hal bisnes dengan kawan aku. dia hanya diam je, macam cakap dengan hantu, sekali pikir

menulis di smartphone, aku rasa ok juga buat artikel web, paling sesuai buat draf. duk dalam keta, time panas-panas kat kb sambil taip artikel untuk web, kecil mata rasa nak juling duk tengok skrin hepon ini. antara benda baru aku cuba buat sekarang.  kelakar ada, macam budak kecil jer. betul kata ahli agama, dunia akhir zaman manusia akan jadi budak-budak (sifat) balik.

salah eja. memang perkara biasa, keypad kecil sesuai untuk jari baby. cuma aku perasan, satu yang tak best nokia punya software: dia tidak autosave, jadi kalau ada panggilan, hang tak ingat save, kena taip semula. aku kena 4-5 kali juga, baru tau.

sempat juga aku taip satu dua artikel untuk taruh publish dalam web komuniti nanti.

Sunday, April 18, 2010

celcom broadband anda selalu buat hal, hakikat pengguna dah lali sebenarnya: nasib pengguna broadband di malaysia

celcom broadband anda  selalu buat hal ?

aku sebenarnya dah naik lali dengan kerenah celcom bb: line putus-putus, asyik kena restart modem, tak dapat line terus, susah nak surf server luar malaysia, kejap line 3g kejap 2g (edge/gprs).

contohnya malam ni, yahoo terus tak boleh akses. pelik.

jadi apa anda kena buat ?

biasanya, aku buat 2 perkara :

1- tutup pc, pi buat kerja lain. kalu duk pun sakit hati buang masa

2- buat kerja tak sangkut paut dengan internet. contohnya layan movie atau anime.

bagi yang rajin tu anda boleh bergayut dengan khidmat pelanggan celcom. aku dah bosan nak tekan 11111.

ada nak kongsi pengalaman sama ?

Saturday, April 17, 2010

hakikat kita semua hanya pentingkan diri sendiri : projek komuniti

fakta ini aku dapat dari beberapa kejadian di sekeliling aku, lebih ketara semasa melancarkan satu projek web komuniti baru-baru, masa awal-awal perancangan semua setuju, semua nak buat, semua sokong, kalu boleh semua nak bagi. boleh kata semua ok atau angguk jer.

sebenarnya idea projek komuniti ini dah lama dalam kepala aku, cuma aku nak tau siapa akan cetuskan dulu di kalangan kawan terdekat. ada sorang kuar cite benda ni, dia kata minat nak buat. aku kata ok nati aku setup web tapi syarat dia kena joint sekali. dia kata ok.

tapi sebelum tu aku bagi info tak formal berkenaan projek ini kepada rakan terdekat. semua positif nak sumbang itu ini, apa yang patut . jadi aku nampak ok, cuma dalam hati kecil aku, bajet mesti ada yang jenis 'kecek' saja ni. kofem ada.

Wednesday, April 14, 2010

teknik tangkap ular sawa batek, pakai ceracak dan buluh, wajib ada parang

aku malas nak cite bab2 niaga, saja sekali sekala amek topik lain plops.

sekarang musim panas, kelantan pon panas juga. aku yang duk kat kawasan penuh hutan ni pon terasa bahangnya kalu duk kl aku tatau aura dia cam mana. jadi tido malam pon tak lena mana. malam sabtu baru ni, time duk tido tiba-tiba ayam kat bawah rumah berbunyi macam ada benda nak makan dia. ibu ayam ni tak sapa sebulan baru bawa anak baru, jadi kena lepak bawah umah dulu sebab anak tak boleh terbang.

yang besar lain semua, tido atas pokok rambutan malam. seminggu lepas  dah ada sekor bapak muda kena baham kat ular sawa, sempat telan kepala je, mapus juga ayam tu.

Tuesday, April 13, 2010

kesan cuti yang berlambak-lambak di malaysia kepada rakyat: semua slow

hidup di pekan kecil, semua slow sahaja. tambah-tambah hari cuti.

sekarang ni aku dah ubah timing tido, bangun awal tdo pon awal. jadi semua kerja aku sekarang buat di awal pagi. pagi ni aku kuar, takde lah awal mana. tapi bila nak pi fotostat dokumen, kedai pon belum buka lagi. kira dah pukul 9.30 pagi.

kehidupan di pekan ini memang slow, mungkin ramai kerja gomen kat sini, pengaruhnya kuat. bukan seperti bandar-bandar besar, pagi-pagi dah rancak aktivitinya dari orang berniaga sampai ke kerja sendiri. sebenarnya aku suka tinggal di pekan kerja tapi bila masuk bab-bab cam ni kurang gembira. terlampau slow.

Friday, April 9, 2010

os windows 7, merepek-repek jer pada pandangan aku

mesti ramai sekarang berebut nak taruh windows 7 kat pc. barang baru, mesti kejar stail.

dalam kes aku, aku terpaksa sumbat windows 7 kat laptop member aku, sebab dah tak larat nak cari xp yang sesuai dengan sata drive laptop ni. memang rambu ramba amd compaq ni. sapa naik letih aku torrentkan xp tak menjadi juga.

lepas taruh, 7 kat laptop ni. dari kerenah 7, banyak benda merepek-repek kat os ni. harapkan theme jer yang lawa sket.rupanya aku baru ingat, thema ni pon aku pernah pakai kat xp. paling tak tahan dia, jenis perangai cam vista banyak songeh, tanya situ sini. mungkin dari segi 'manja', dia lasak sikit dari vista.

satu lagi 7, banyak tendang program lama, contoh adobe cs3 semua tak leh masuk. entah mana silap. driver untuk 7 rasa bole muat bakul, banyak betul. pendek kata 7 tak mesra alam untuk orang cam aku yang terbiasa dengan kerenah xp.

kebetulan: jumpa perempuan menarik di kb dan kenapa penting high level kofiden dalam berniaga

semalam ke kb, teman kawan book keta.

ada sesuatu menarik aku tengok semalam masa duk bincang harga hilux kat showroom toyota kb ni. lepas kitorang park keta, ada satu pajero lama pon park belakang kitorang. maklumlah jalan kat kb semakin lama semakin tepu dengan kenderaan. rimas rasa bila sebut ke kb.

kebetulan salesman yang ditunggu sampai. aku kuar keta dan terus masuk dalam. sana banyak meja untuk pelanggan bincang harga, proses booking dan sain mana-mana patut. besar juga showroom toyota aman razak ni. aku tengok pajero belakang keta kitorang memang kurang ajar parking.

tiba-tiba kuar pompuan pemandunya, budak muda rasanya sekitar 24 -27 jangkaan aku, selalu tak lari banyak aku teka. rilek jer sorang, pi meja depan kami. rasanya macam nak booking toyota satu. kofiden gila aku tengok budak perempuan ni,

Wednesday, April 7, 2010

hosting mahal tak semestinya bagus

hari ini aku naik angin dengan satu syarikat hosting ni, dah lah banyak aku park domain sini. ada satu untuk projek komuniti. sebelum ramai kawan aku dah duk tanya kat aku apasal selalu web tak dapat akses. ni masuk kali ke-2 masa aku duk update artikel terbaru. tiba-tiba tak boleh akses. rasa panas jer telinga.

alasan diorang duk update apa bla,bla,bla.. dalam 2-3 bulan, berapa kali nak pindah randah. naya kat customer cam ni. sebab aku jenis senang jer, macam kereta kalu banyak sangat maintance sah keta tu tak molek.

aku ingat hosting mahal-mahal, ni servisnya baik. tapi mengarut jer. tak boleh pakai. tak semesti yang mahal tu bagus. sama kes macam hosting ni. aku ada juga hosting kat pat murah, takde lah sekerap ni masalahnya. dari kes ni aku kena pikir letak pat lain. kena backup banyak,kalu tak nati tinggal asap jer.

tambah kalu libatkan urusan perniagaan. kofiden pelanggan kita kofem terjejas.

maybank2u banyak spam, tak caya sila baca

mesti ramai dah tau pakai maybank2u, internet perbankan ini.

semuanya hujung jari. bayar bil, topup hp semua pendek kata ada sini. cuma dalam satu hal aku tak suka bab m2u ni, banyak spam. klu spam emel satu hal dah. spam dari kat handphone yang tak tahan. korang pernah tak dapat call dari pihak insurans bla, bla, bla nak jual produk.

dari pemerhatian dan pengalaman aku pernah kena, aku rasa m2u jual database pengguna kepada pihak ke-3. jadi tak pelik sekirannya hang dapat call yang menyerabutkan di pagi hari. potong stim kalu dapat panggilan sebegini. aku cadang kalu akat, cakap hang tengah kerja sekarang, kalu jenis kurang ajar hang sound direct jer.

Sunday, April 4, 2010

peniaga kena pandai bercakap: komunikasi yang baik

kalu nak jadi peniaga, kena belajar bercakap

perkara ini aku sedari, apa bila bertemu dengan pelbagai jenis pelanggan selama ini, rata-rata dari respon mereka lebih menyenangi peniaga yang pandai bercakap atau melayan. tidak katakan mereka saja, aku pon lebih menyenangi tuan kedai yang pandai melayan dari segi info tentang barang dan cadangan keperluan kita. kita lebih yakin kat situ.

petang tadi masa magrib ada sorang budak pompuan singgah kedai iklan member aku, bertanyakan sebut harga pakej iklan untuk pembukaan kedai baru dia macam bunting, banner dan bizkad atau brochure.

kebetulan ada 3 orang kat situ, semua geng2 tokey muda. member aku duk ralit bagi penerangan, dah nyata budak pompuan tu seperti blur dengan info dia bagi.

Friday, April 2, 2010

janji pada pelanggan, umpama surat mati anda: peniaga sila ingat baik-baik benda ni

semalam aku duk belek file folder kat satu kedai stationery, kebetulan untuk kemaskini projek kerjasama aku dengan sorang kawan. aku fikir kita perlu bersikap profeisonal dari segi kerja walaupun sekadar dengan sorang kawan. sebab itu caranya

kat pekan kecil cam ini, tak banyak pilihan yang ada. jadi kena cari yang terbaik dalam terhad. sini aku bukan nak cite bab file holder ni. cuma masa duk ralit membelek tu telinga aku terdengar satu perbualan seorang pelanggan ini dengan jurujual.

dia bertanyakan rubber stamp yang ditempah telah siap ke tak? jurujual cek semeta. jawab balik' dah siap tapi tak de kat sini, brader tu tiba-tiba suaranya bertenaga semacam, jadi telinga aku pon lebih fokus. ' macam mana boleh jadi cam ini, saya dah janji hari ini. dah lah hari ni nak pakai benda tu, ppd ada datang.. mati saya cam ni'  kofem brader ni cikgu atau kerja jabatan pendidikan dari nadanya tadi

Blog List