Saturday, December 31, 2011

gajah liar kat sini perkara biasa

Minggu lepas budak Perhilitan sini call aku, cakap ada sekor gajah liar diorang dah tembak. Lokasinya dekat dengan kem askar tepi jalan timur barat, Jeli - Grik ni. Tahniah kat Perhilitan sini. Gajah ni tengah tunggu Mek Bunga dari Kuala Gandah. Eksport pi sana.


Gajah ni dah 2 tahun merayau sekitar kampung sini, kebun orang kampung tak soh cakap la, abis dilenyek. Siap masuk kedai makan kat tepi jalan ni.


Cuma, aku pelik sini.


2 tahun tu, kenapa lambat sangat bertindak, bahaya betul kat penduduk sini. Ini antara sebab utama orang kampung kecewa bila lapor masalah sebegini kat Perhilitan. Banyak sangat kerenah sebelum ditangkap.


Harap-harap diorang boleh buang 'tabiat' lama ni.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, December 23, 2011

udang ketop tok bali

Isinya lebih sedap dari lobster ratus ringgit korang makan kat hotel. Sekarang ni musim dia.


Lokasi : kedai tok raja ikan bakar tok bali


Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, December 17, 2011

bubur asura

Boleh juga aku jamah bubur waits tahun ni. Rezeki kat masjid bandar tadi.


Published with Blogger-droid v2.0.1

cms vs kadar kelajuan internet di malaysia

Aku bukannya ada latarbelakang it. Mula kena cms (buat web) 2005 bila bekas member aku promote benda ni. Masa tu joomla baru timbul. Itu kes nak pasang untuk web hatchery aku.


Macam tikus tengok besi. Mula-mula tu, ambil masa juga nak faham. Lagi pun, masa tu aku dah guna blogspot. Tak lah terkejut sangat. Masa tu aku rasa loading web joomla laju gila. Tambah pakai stremik.


Ok itu cerita, 6 tahun lepas. Sebulan dua ni aku duk godek-godek cms tapi kali untuk e-commerce. Kalau joomla dan upgrade berapa version dalam 6 tahun ni. Begitu la cms lain. Sepanjang masa ini, aku cuba pakai beberapa cms lain, paling femes wordpress.


Wordpress tobat aku berapa pandai pakai. Mungkin, wp hanya untuk bloging. Asas aku kenal cms awal-awal pun untuk web portal. Jadi aku selesa pakai cms yang jarang orang pakai antara drupal.


Masalahnya negara kita ni, dah 6 tahun kadar kelajuan internet bukannya diupgrade sepenuhnya. Yang ada ini pun asyik dikebas pencuri.


Jadi alternatifnya pakai internet wireless atau orang panggil broadband untuk kes macam aku yang duk dalam kampung ni. Sekarang ni aku pakai 3 lines broadband tapi semuanya tak boleh harap. Slow dan satu lines tu streamyx evdo namanya -  setengah web tu tak boleh akses langsung. Bengong molek.


Ok, balik cite tadi.. main internet aku evdo. Masa mula pakai benda ni boleh tahan laju. Dah 4 bulan pakai, haram slow. Sekarang ni, aku nak buat kerja kena sebelum 12 tengahari atau lepas 12 tengah malam. Lepas masa ni, buang masa aku je.


Aku perasa loading untuk cms e-commerce selalu je sangkut-sangkut. Iya laa speed evdo takat 384 kbs. Laju kan ? Nak dapat stremik sini hanya tinggal betul- betul dalam bandar sana. Tempat lain, tiang talipon pun diorang kebas.


Broadband ni kalau diorang iklan speed sampai 1 gig/s pun aku tak caya menipu je semua. Aku percaya hanya internet yang pakai kabel jer.


berpuaka betui pesen duk kg, tapi kerja macam orang bandar ni.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, December 15, 2011

gajah mengamuk habis sawit dan pisang orang kampung aku

Korang tengok tapak kaki gajah tu, mana tak lenyek pisang


Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, December 12, 2011

blogspot vs open cms

Bagi yg bermain dengan web @ blogging, blogspot bukanlah sesuatu yang asing. Ternyata ada beberapa kelebihan yg aku suka kat blogspot ni:

1. Laju & ringan - baik nak akses @ kerja- kerja edit mengedit. Ini ketara bagi pengguna broadband siput mcm aku ni.

2. Interface sentiasa ikut feysen semasa. Contohnya apps blogger kat android lebih mesra pelanggan drpd apps iphone. Termasuklah hal-hal mobile view ni.

3. Tak perlu pening-pening hal teknikal. Tulis jer, lepas tu tepek mana-mana free widget sini.


Cuma beberapa perkara yang blogger ni tak dapat lawan cms seperti wordpress, joomla, drupal. Aku sebut cms yg pernah aku guna ni. kelebihan cms ni pula:

1.tak perlu pening nak setup sebuah web yg lengkap. Semua dah ada cuma aktifkan je. Banding blogspot kena kejar sana sini utk lengkapkannya.

2. Selamat - sebab hang ada rumah sendiri, blogger ni time mari hari dia demam, blog hang boleh didelete tak tentu pasal.

3.profesional - sebab benda ni berbayar. Khususnya bagi entiti perniagaan. Maksud aku di sini, dari nama domain hinggalah rupa bentuk keseluruhan web.


Info-info ini serba sikit dari pengalaman ciput hamba selama ni. Lain orang lama seleranya.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, December 11, 2011

android oh android

Bagi pengguna google seperti aku ni. Android platfrom terbaik setakat ni, baik bloging, emel dan segala apps google. Jadi masa mula-mula android dilancarkan, aku dah terpikat dengan benda alah ni. Cuma masa tu tiada device yang betul-betul stabil lagi. Cuma baru ni masa hp cap ayam aku buat hal, aku terus sambar hp android satu. Ternyata banyak memudahkan urusan aku.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, October 23, 2011

sudah anda bersedia ?

Pagi tadi, aku tengok 3 misscall kat hp. Semalam tido awal, penuh dengan aktiviti lapangan - menebas kawasan signboard dan menabur batu jalan. Dah teruk gila dah jalan sini, harapkan tok wakil tunggu pilihanraya laa baru manis muka datang.

Aku call balik kawan aku, mr ket. Rupa-rupanya berita sedih, abang hassan meninggal. Hassan ini antara kawan sekelas aku, dan dia selalu lepak masa aku sambung 2nd degree dulu. Kebetulan dia kena bertugas kat kem sg besi. Abangnya, di panggil abang mat kemalangan kat jalan Grik selepas solat jumaat semalam, arwah sentiasa ulang alik kerana mengajar di sekolah rendah sana.

Aku sendiri terkejut pun ada, aku tatau macam hassan punya perasaan ketika ini.

Kali terakhir, bersapa abang matnya ketika raya baru ni. Arwah yang aku kenali, seorang yang lemah lembut, jenis orang sopan, lulusan dari universiti timur tengah., pendek kata jenis orang agama lah. Masa arwah habis dgree, balik kampung tiada kerja, last2 ambil cikgu. Begitu lah nasib kebanyakan generasi zaman ini.

Aku sempat bual panjang juga dengan si hassan tadi masa ziarah keluarga. Satu je aku boleh kata sini ' satu keluarga tengah blur dengan kejadian ini'. Aku tengok gambar kereta arwah macam kena kupas-kupas wira SEnya. Iyalah diterjah oleh lori 18 tayar.

Jalan Grik - Jeli kalau kemalangan, biasa kes kronik. Pagi jumaat tu masa menebas aku tengok sebiji kelisa ditowing dari sana. Kelisa tu semua cermin pecah abis, ni mesti masuk longkang.

Dalam minggu ini, ada 2 kematian secara langsung berdekatan dengan aku, pertama isnin minggu lepas salah seorang elders kampung aku meninggal. malam ni dah masuk malam ke-6 majlis tahlil. Yang terbaru abang hassan. Kematian sekitar kita banyak menyedarkan kita, anda kita bersedia ke arah itu ?

Thursday, October 20, 2011

Demo gemuk loni

Demo koho gemuk kawe tengok - aku ditegur oleh seorang brader Din, yang jarang sekali naik ke kelantan hantar barang sini. Kali terakhir jumpa dia, sebelum puasa hari tu.

Aku balas - macam ni la kawe, ada masa nampak kurus. tapi kebanyakan nampak gemuk. Aku baru gunting rambut sebab susah nak pakai kopiah masa pi surau, atau solat jumaat. Mempunyai saiz kepala yang besar begini lah masalahnya. Susah gila cari saiz kopiah. Bila dah gunting rambut, kofem  nampak gemuk. Tambah pula dah kat 6 tahun gantung kasut. Tak aktif naik gunung.

Naik gunung, antara aktiviti yang boleh membakar lemak tepu dalam tubuh anda. 3 minggu lepas aku dah tempah kasut hiking kat pakcik kedai bundle Bukit Bunga tu. Susah betul nak cari boot hiking sini, walaupun kat kedai kasut bundle. Dulu pun aku beli hi-tec kat Johor Bharu.

Aku rancang nak naik, Gunung Basor dalam masa terdekat. Siapa-siapa nak join sekali, bagi tau sini. Gunugn Basor ini, dekat je dari tempat aku. Atas sikit dari Tasik Pergau sini.

Aku pernah buat rekod turun 5 kg, naik gunung chamah-ulu sepat. Lembik gila lepas tu.

ni masa dengar ceramah tokei mydin, kat dewan mrsm Jeli baru2 ni.. dapatlah sos sebotol.

Monday, October 10, 2011

Untuk jadi kaya, anda perlu berkongsi

Ramai, tak percaya pepatah ini. Dah hanya mempercayai bila dah mengecapi.  Kaya di sini bukannya kaya harta duit semata-mata. Kaya anak, kaya kawan-kawan. Itu antara rezeki kita.

topup online banking tak masuk ? apa anda kena buat

Bagi yang pakai no prepaid, topup secara online banking amat mudah. Cuma klip boleh 2-3 kali,setel. Tapi kalu tak masuk, boleh tahan juga mentalnya. Sejak sistem topup ditukar terus kepada masuk kredit dalam hp tu, benda ini ada juga kelemahannya. Kalau dulu aku suka amal, jenis papar no topup, kita bubuh sendiri. Walaupun leceh, tapi itu lagi selamat.

Kemarin aku terkena kat cimbclicks, kebetulan topup 10 ringgit saja. Malas nak membazir kredit. Sementara nak menunggu pakcik kedai celcom tu setel daftar line bagi no ni. (Bagi aku, orang pakai prepaid orang kaya-kaya jer, kadar casnya memang mengkaya syarikat telco). Tunggu punya tunggu tak masuk. Mungkin masalah line kat tempat ni, tenggelam timbul. Ok tunggu esok, tak masuk-masuk juga.

Jadi satu caranya, anda perlu buat aduan kat dalam cimbclicks tu klip> home >other services > msj center> compose msj. 



lepas tu anda perlu tulis macam mamat cimbclicks emel kat aku balik:


Adalah di hargai sekiranya pihak encik dapat memberikan maklumat yang diperlukan seperti di bawah untuk tujuan siasatan / semakan : -

a) Tarikh dan masa transaksi
b) Nombor telefon transaksi /tambah nilai
c) Jumlah Tambah Nilai
d) Telco (Maxis,Celcom,Digi atau lain-lain


#aku tengah tunggu mamat tu siasat, minta2 masuk cepat. Walaupun 10 ringgit duit kita tu.

Thursday, September 29, 2011

Tips elak ular masuk dalam rumah anda

Anda selalu ada masalah ular masuk dalam rumah, satu saja tips dapat saya kongsi sini. Elak bina rumah kat kawasan tanah rendah yang berpaya atau kawasan tepi sungai. Sebabnya sini banyak sumber makanan ular. Itu katak.

Buktinya minggu ni dah 2 ekor ular terpaksa saya matikan. Terbaru tengahari tadi, masa sibuk duk buat kerja.Tiba -tiba dengar benda jatuh dari atas zink, tengok-tengok sekor ular yang jatuh. Yang tak tahan, ular sesat ini terus terkam masuk dalam pejabat ni.

Ada kat setengah jam, saya duk usahakan supaya dia keluar. Akhirnya terpaksa pukul biar mati. Sebab menate ni suka main sembunyi celah dinding, rak sini. Satu sebab saya malas pukul ular dalam pejabat, sebab menate ni banyak darah woi. Letis nak membasuhnya. Dah kena 2-3 kali sebelum ini.

ini ular tedung liar - sebenar aku bela untuk makan katak sekitar kolam ni. Selalu je tersempak, bukanlah dari jenis ular berbisa

Tips kawan saya petang tadi kalau nak halau ular, jengking, lipan, mengkarung dari dalam rumah takpa mencederakan menate ni. Sembur pakai baigon dulu , iaitu jenis racun serangga yang pakai spray tu. Dia kata kofem menate ni lali sekejap. Lepas tu baru akat buang.

Monday, September 19, 2011

kedai banyak kosong, tapi semua dah disewa

Kawan aku sedang sibuk cari kedai kawasan sini, nak buka siber kafe dan kelas tusyen skor A. Payahnya punya nak sewa kedai sini, tadi masa kat pejabat Pos aku ada tengok ada kosong kedai majlis daerah sini. Banyak lagi yang kosong, tapi semua orang sewa. Bila ditanya.

Diorang ni sewa, nak buat sarang burung ke situ. Rugi ekonomi betul. Mesti jenis kroni yang sewa, itu belum masuk sewa atas sewa. Tolonglah bagi kepada yang betul nak berniaga, baru ekonomi tu berjalan dengan rancak.

Ini dah jadi macam pekan koboi, kedai tutup lagi banyak pada yang buka.

Sunday, September 18, 2011

antara sampah yang memeningkan kita

Buku - buku lama antara koleksi @ jadi sampah. mana satu nak asingkan. Hampir separuh buku2 study, kawe sudah tinggal kat rumah sewa dulu. Semua jenis stok boleh buat 'pekoh' anjing, tebalnya. Ini yang tercicir lagi.

Saturday, September 17, 2011

agensi kerajaan terang-terang banyak membantu, orang kita buat-buat buta

Sehari dua ni, Smecorp, Mpc, Midf, Miti, Sme bank antara nama yang terlintas depan aku. Aku sempat juga hadir bengkel salah satu anjuran Smecorp kat sini. Bagus gila, diorang bawa pensyarah Limkokwing. Terang bab 'penjenama jenama dan pembungkusan produk' untuk industri kecil dan sederhana, IKS.

Banyak ilmu, pensyarah ini turunkan dalam masa 4 jam tu. Paling menarik bab cara ambil gambar untuk produk. Kumpulan aku. ada 4 orang. Itulah yang paling muda hadir, lain-lain orang tua yang patut duk jaga cucu. Kebanyakkannya dari Kota Bharu hadir kat Mrsm sini. Semangat betul diorang.

#bengkel ni, sebenarnya ntuk yang nak mula niaga, sesuai sangat.

Tapi sayang usahawan tempatan, khusus yang muda-muda. Contohnya kat kawasan aku sini. Dato Pa, ahli parlimen sini dah ligat buat mai dan wujud seminar untuk usahawan jelas sambutan tiada. Ada member aku seorang ni, bila cakap mana yang hadir ada rekod/peluang nak dapat bantuan nanti. Baru lah terhegeh-hegeh nak datang.

Usahawan kita punya perangai, bila dah dapat bantuan/modal dari mana-mana agensi kerajaan diorang buat tak tahu saja mana-mana program anjuran agensi terbabit itu balik. Macam semalam, jumaat belah kelantan cuti, jadi luanglah masa sedikit untuk hadir bagi sokongan.

Ini tidak, macam member aku tadi alasan nak berjalan rumah saudara mara didulukan. Lawak betul, takkan raya hari tu tak cukup lagi. Inikah minda usahawan.

Terus terang sini, aku perati agensi kerajaan dah banyak membantu mana yang patut, cuma sebahagian besar usahawan kita masih bersifat ego. Rasa yakin boleh buat sendiri.

Yang paling 'jahat', wujud satu spesies - nak ucap terima kasih pun kedekut, puji jauh sekali. Khasnya kepada yang menerima bantuan dari agensi kerajaan. Tambah-tambah jenis kepala politik.

Thursday, September 15, 2011

Kakitangan bank di Kelantan tak profesional, jadi jangan kalian pelik

Tahun 2011 ini, ada 2 pengalaman buruk dengan pekerja bank di Kelantan ni. Pertama sekali dengan Maybank Tanah Merah, kes ini agak kronik. Buka maybank2u untuk akaun perniagaan makan masa 5 bulan baru setel. Itu pun, akhir sekali aku telefon maybank KL sana. Hampir setengah tahun. Sabar jer.

Terbaru, terkena minggu ini. Dengan Ambank KB, kes nak minta pinjaman untuk kereta. Janji dengan pelanggan macam jadi dengan kawan-kawan diorang je- itu aku boleh ringkaskan sini. Mentang-mentang kita minta pinjaman dengan diorang, main-main pula.

Susah mentaliti orang makan gaji. Kalu hang orang berniaga, dah lama lingkup. Peluang orang nak bagi duit, tak nak ambil.

2 kes ini, satu kesimpulan aku boleh pukul rata, kakitangan bank negeri ini tiada sikap profesional dalam melayan kerenah pelanggan. Aku sarankan kat pengurusan atasan,  kakitangan bank negeri ni kena hantar bekerja di luar Kelantan dulu, timba pengalaman dulu.

#aku sendiri dengar ramai kawan peniaga sini mengeluh dengan sikap kakitangan bank di negeri. Itulah realitinya kawan-kawan. Bagi yang baru balik dari luar kelantan, hang sabar jer lah.

#Sg Golok - Bangkok, raya nanti#

Bagi yang bujang, raya sudah hilang seri bila kawan semua dah kawin. Jadi untuk tahun depan, member aku ajak pi beraya kat Bangkok. Aku ok jer, insyaallah minta menjadi kali ini. Lama dah rancang nak jalan-jalan tengok negeri orang (dalam mood travel).

Beruntung juga tempat aku ni, rupanya ada train terus dari Sg golok ke Bangkok. Tempat aku ke Sg Golok, 45 minit jer.

Sehari dua ni, angin berjalan aku memang tebal. Sebulan ni aku nak cuti, sekejap dari kerja rutin. Rancangnya turun Langkawi, ada kawan buat penyelidikan sana. Dia selalu ajak, aku pula  tiada masa sesuai. Raya baru ni jumpa borak-borak. Menarik juga, dia betapa sana kaji rumpai laut celah-celah pulau tu. Projek NKRA negara tu, bangga sekejap kawan sendiri urus perkara besar sebegini.

##Semalam borak hal motorcross dengan budak Air Kelantan sini, rupanya cross ada 2 jenis satu jenis trail; bukit & bandar satu lagi cross betul untuk masuk bukit. Biasa aku tengok kat Sg Golok motor ini siap pacak dalam kedai cermin gitu.

Harga ok juga sekitar 9 - 12 k, aku rasa itu paling sesuai untuk tempat aku jenis berbukit ni. Satu lagi aku liat nak basuh kenderaan, tambahan fobia buat lesen motor tak habis lagi. Benda aku paling benci dalam hidup ini ialah birokrasi buat lesen kenderaan. Bangang punya prosuder, sekolah memandu.

Nak pi jauh, naik bas jer - celah kawan aku kerja offshore. Mentaliti orang kerja international ni lain betul. Orang kita berebut beli kereta, berebut pakat jeng.

korang tau tak web couchsurfing.org, memang cool komuniti sini.

Tuesday, August 23, 2011

pagi-pagi dah kena jawab soalan orang nak kahwin..apa daa

Ntah apa. kawan aku seorang ni pagi-pagi lagi dah jenguk muka sini. Yang jadi soalan killer tu, dia minta nasihat bab-bab nikah kahwinnya masa raya nanti. Macam lah aku ni konsultansi orang kahwin pulak. Pergi lah tanya orang dah berkahwinlah, baru afdal ustaz azhar idrus kata.

Mungkin ini antara perangai mereng, orang nak kawin kot 

datuk pun nak bersara dari urus web

Pencen, itu senang cerita. Tahun ini, aku rasa nak tutup buku habis bab-bab web ini. Mungkin banyak ke arah offline dan buat hal sendiri. Antaranya aku sendiri dah tak larat nak mengurus web komuniti sini. Sebab utamanya tiada respon positif dari penduduk sekitar sini sendiri. Kalau sebulan dua tak per, ni dah kat 2 tahun tiada satu pun artikel dihantar/emel kat kitorang. Letih main macam ni.

Bila nak maju ?

Urus web ni bukannya macam urus fanpage facebook, lagi berat bagi aku. Dari pemasangan cms hinggalah syarikat hosting. Semua kena tanggung sendiri. Inilah yang selalu buang masa.

Untuk membangunkan sebuah laman web berkualiti, faktor utamanya ialah kandungan haruslah berkualiti. Kalau cikgu -cikgie gomen sekarang panggil - kandungan berprestasi tinggi. Benda lain seperti design, tu sekadar penghias. Untuk mendapat artikel yang bagus bukannya mudah, bagi yang berpengalaman menulis atau dapatkan didikan formal khususnya di bidang penulisan atau kewartawanan tiada halangan. Bagi yang biasa, benda sebegini banyak makan masa maa.

Ini yang masalah besar, kalau asyik harapkan dari aku seorang jer nak curah artikel situ. Letih lah cam ni. Itu belum lagi platform web tu buat hal sana sini. Dengan syarikat hosting yang suka hati nak buat hal seperti tak boleh akses, web keluar debug. Ini semua makanan biasa. Belum masuk yang terdelete database web korang.

Nasihat aku kepada yang baru berjinak dalam blog/web janganlah beli pakej hosting/domain 'berpromosi'. Pakej sebegini selalu buat hal.  Memang murah tapi sakit hati akhirnya. Masa web korang kecil-kecil ni takpe lagi, bila dah web tu membesar mau hangin satu badan, tiba-tiba hosting buat onar masa tu.

Ini dari pengalaman aku terkena dengan syarikat exabytes malaysia, antara syarikat hosting terbaik di Malaysia (diorang claim lah). Itu pun kiranya aku dah rembat pakej bisnes sana. Cuma aku salut support diorang memang pantas, tapi kalau selalu kena web tak boleh akses mau tensen juga kan kan.

Saturday, August 13, 2011

Syukuran, Ramadhan barakah

Syukuran, puasa tahun ini. sahur aku tak terlepas lagi. Dah 10 tahun lebih tengelam timbul sahur, tambah zaman belajar dulu tunggang langgang bersahur. Badinya terbawa sampai tahun lepas.

Aku jenis tak boleh tidur lepas sahur, kalau tertidur jawabnya berpeluh macam baru lepas berjoging 3-4 kilo. Mengarut betul mimpi lepas sahur, kebanyakan orang sebegitu hasil tinjauan rambang aku.

Tahun ini, dimurah rezeki aku dapat berterawih dengan baiknya. Tahun lepas, terlantar mengaru gatal satu badan. Penyakit datang dan pergi. Alhamdulilah.

Kawan-kawan aku sini, pun 2-3 orang sambut anak sulung, gumbira aku tengok muka diorang. Rezeki betul Ramadhan ni.

anak sulung pein, mentuanya orang sungai golok. Aku selalu singgah rumahnya kalau pi melawat belah sana

Tahun ni pun, aku belajar subuh berjemaah. Terasa panjang betul hari, bila mula rutin baru sebegini.

Saturday, July 16, 2011

aku nak ternak musang...hobi lama dah kembali

Tadi aku duk borak-borak dengan seorang Melayu Patani yang rata-ratanya bekerja sebagai penoreh getah kat kampung aku ni. Jadi hobi diorang tak secanggih anak muda bandar seperti i-pad,i-phone, fesbuk, psp atau berkemera dslr. Kebanyakan hobi orang kampung menternak burung atau ayam hutan, namun ada juga nak ternak benda pelik iaitu musang. Susah nak jumpa.

Boleh tahan besar musang hutan ni lebih kurang anjing. Jinak pulak tu, siap duk putar kat dapur je tak mau pi lain dah menate ni. Makanannya, nasi, pisang, ayam masak dan minum susu kucing masa baby.

Jadi aku pun, duk borak pasal hal-hal bela musang dari A sapa ke Z...hasilnya. 'Bang nati bole anak musang bagi kat saya sekor saya nak pun minat nak bela'.

Aku bukannya ada minat sangat bela binatang tetapi pengalaman bela haiwan eksotik. Dia punya feel lain macam. Masa tingkat 1 dulu aku ada bela memerang (otter)...sebiji dia punya jinak macam anjing. Kes kena duk asrama terpaksa dilepas balik ke habitat asalnya.

****
sori tiada gambar nati, tak pasal musang comey brader tu kena akut masuk zoo

malam nisfu..tolong bawa kuih ye

Semenjak dua menjak, aku rasa dah jadi macam orang-orang tua kat kampung ni sebab selalu lepak dengan geng surau lepas magrib. Yang selalu dibual selepas zikir, tiada lain selain topik ugama, politik kampung, hal pencen dan paling horror bila masuk bab-bab mati.

Insaf rasanya sekejap. Diri menjadi menerjah masuk alam tua.

Malam ni, malam nisfu. Tarikh diari amalan kita ditukar untuk tahun depan.

Geng-geng surau dah siap bagi tau esok malam kita buat kuih muih sedikit seorang, buat jamuan ringkas lepas isyak. Malam ni biasanya baca surah yassin lepas magrib.

Aku rasa macam nak ponteng jer malam ni ke surau, siapa nak buat kuih muih kat aku, aku bukannya reti. Diorang takper lah semua ada bini, anak cucu tolong buatkan...

Tuesday, July 5, 2011

sukarnya cari kedai sewa kat sini

Dah kat sebulan rasanya aku tak menulis, tiada sebab lain broadband selalu buat hal. Jadi semangat nak menulis pun kurang. Tadi, aku teman kawan cari kedai sewa untuk setup bengkel kereta dia. Susah betul, kalau ada kedai kosong ramai yang dah booking awal-awal.

Dia baru balik dari penang, nak buka pomen kat sini.

Tambah-tambah kawasan popular macam kat Bukit Bunga ni, semua duk berebut nak berniaga. Cuma yang lebihnya ayah member aku ni, orang asal sini jadi kebanyakan pemilik kedai sini dia punya kawan sepermainan. Otai kiranya.

Kagum kejap aku tengok semangat orang dulu-dulu ni, walaupun kaya raya kawan-kawan diorang tak tinggal pun. Masih rapik serupa dulu-dulu, harta bukannya penghalang. Berjanji mulut lagi kemas dari surat lawyer macam sekarang ni.

Cuma satu aku perasan sini, ramai orang tino yang berniaga. Muda - muda lagi belaka. Ini mengukuhkan lagi teori pompuan lebih ramai dari lelaki.

Thursday, June 9, 2011

antara 10 perkara yang tak kool buat orang bujang: teman kawan-kawan jumpa bakal mentua, kofem tak best & lawak

Korang pernah tak ada pengalaman cam ni, satu hari yang tak berapa indah terpaksa teman kawan yang kali pertama pergi jumpa bakal mentua diorang. Si kawan ko, ni dah turun dia punya tahap adrenalin, sampai mengelabah tatau yang cakap apa. Kalau sebelum ini bising, terus kelu tak tau nak cakap apa. Normalkan.

Iya pertama kali bertemu bakal mentua, agaknya macam rupa diorang. Bekeng atau baik. Apa modal nanti yang borak sana. Macamnya kalau diorang tolak awal-awal, mana nak susup muka ni. Lain padang lain belalang. Gila pendek kata, serba tak kena.

Tak nak pergi. Member baik korang, iyalah sebagai orang bujang. Benda gini merimaskan sebenarnya, rimas bro!..kalau dah berkelamin lain kisahnya. Bukan apa mengenang keselamatan bakal pengantin yang tak berapa kool ni. Nanti masa balik dia buatnya angau silap jalan cari longkang. Susahkan.

Ini yang aku perati, bila dah masuk 3 kali kena paksa rela pi tempat macam ni. 2 rombongan pertama tu, semuanya fail tak jadi, yang terkini malam minggu baru ni. Jammed molek, rasanya. Minta-minta yang ini jadi.

Yang aku perasan, penyudahnya aku juga yang duk borak rancak dengan bakal mentua diorang, tambah-tambah kena bertemu kaki berniaga. Member aku ini ala-ala islamik gaya imam muda, mana tak kelu lidah dia.

Dalam perut ni..aku tak tahan nak gelak kat situ bila tengok member aku tu merangkak-rangkak belajar cakap depan bakal pak metua..hahaha (kofem 3 tahun lagi benda ni boleh buat aku gelak sorang-sorang)

Moralnya : lain kali kemahiran komunikasi penting kena ada, paling koma masa gini lah nak goreng!

Saturday, May 28, 2011

Boring hujung minggu, jom kutip pucuk paku

Salah satu yang memboringkan duduk di Kelantan ialah bagi jenis yang kaki wayang. Sebab sini tiada panggung wayang. Anda jangan kagum pulak, dulu ada juga wayang 2 syarikat buka, tapi dah tutup lama sebab ramai sangat yang suka bawa awek beromen kat dalam tu.

Macam tiada tempat lain atas dunia ni, bayar 10 ringgit semata-mata nak beromen. Bodoh kan.

Mana tak kerajaan Pas marah, jadi ada peraturan pasang lampu dalam panggung. Itu pun dah kira baik mujur diorang tak suruh taruk sportlight dalam panggung tu. Aku sempat pergi sekali kat panggung lido, tengok citer sofea jane dengan sidik oraza berlakon dalam hutan. Itu pun masa form berapa, ikut pak sedara aku.

Lepas tu bunyi khabarnya panggung kat kb ni dah gulung tikar, ramai salahkan peraturan kerajaan negeri. Bagi aku banyak sebab antaranya yang utama ialah kitaran bisnes dia sendiri, sepatutnya diorang seiringkan dengan teknologi terkini, taruk 3D ke baru pak haji pun selera nak mai.

Sebagai peminat Pirates of The Caribbean, tahun ini aku tertinggal bas lah.. nak tengok perbukaan sekuel ke-4 ni. Nak torrent.. tiada yang berkualiti aku nampak, setakat ini selepas axxo (the god of torrent movie) bersara, Maxspeed paling berkualiti.

Lain feel dia, tengok kat panggung dengan donlop bro!. Susah nak cerita hanya kaki movie je tau. Citer ni best tengok kat panggung tambah2 korang beli coke besar jawabnya 7-8 kali tawaf pi jamban.

Jadi mari kita doakan atau sembahyang hajat supaya tahun depan ada terbuka hati yang pacak satu panggung kat kelantan ni. Paling dekat tempat aku, ialah ipoh dan kemaman (aku perasan sini ada satu mini panggung)

Jadi tadi aku buang tabiat, pi kutip pucuk paku kat hulu kampung sambil ambil buluh buat pukul ular.  Pukul ular!!! korang pernah ke tak, kalau tak pernah mai sini krusus sini...free je aku ajar..haha.
 --lain kali aku uplod gmbr, bb buat hal

Tuesday, May 24, 2011

Nak pinjam dengan bank kena ada rekod

Semalam aku seharian keluar masuk bank dari maybank ke sme lepas tu singgah agrobank. Member aku nak tanya pinjaman untuk buat bangunan kedai dia. Cuma daripada info pengawai tu pentingnya aliran tunai dalam bank anda atau dengan kata lain penyata akaun. Inilah satu-satunya trek rekod atau bukti utama anda untuk dapatkan pinjaman.

Yang tololnya member aku ni, aku dah berbuih-buih cakap kat dia sebelum ini. Hang kena buat keluar masuk duit dalam bank walaupun dalam satu hari bayar berpuluh-puluh ribu tunai. Mana bank nak percaya kalau tiada rekod.

Nak pinjam bank kena ada rekod bai..

Dia mana dengar cakap orang macam aku, nak kena pengawai yang pakai tie tu bagi tau kena-kena pulak dalam bilik e-kon cam semalam. Barulah nak terhegeh-hegeh tanya nak buka acc semasa camana.

Bukan apa, orang kita kebanyakan nak kena atas batang hidung dulu baru nak buat.

Satu lagi kadang-kadang kalau anda ada info-info yang berguna tak perlu pun anda buang air liur bagi tahu kat kawan-kawan baik, bukan diorang nak percaya pun. Nak tak nak kena orang dalam bidang tu bagi tau juga baru percaya.

Percayalah....!! (siti nurhaliza dah lama nyayikan benda ni)

Saturday, May 14, 2011

Tips pilih font yang sesuai untuk nombor

Bagi designer, salah satu yang memeningkan kepala ialah pemilihan jenis font @ huruf yang sesuai dengan rekabentuk yang diperlukan. Dengan koleksi huruf sampai beratus-ratus di dalam pc anda, ini menambah kekusutan yang sedia ada. peningkan ?

Salah satunya, ialah pemilihan font yang sesuai untuk nombor. Dari pengalaman aku, antara font yang sesuai untuk nombor ialah Tahoma. Font ini biasanya dah ada kat program seperti microsoft word atau adobe. Font ini agak jelas bentuk nombor berbanding dengan lain-lain font yang lebih kepada huruf.

contoh dua no dibawah iaitu 6 & 9 yang gunakan font tahoma.
Jelaskan.

Wednesday, May 11, 2011

Fokus kiri kanan

Dalam 5 - 6 tahun kebelakangan ini, aku banyak komitmen kena buat.

Ketika buat 2nd degree aku sempat lagi berniaga sana sini sambil teruskan perniagaan keluarga. Bila pulang ke kampung aku cuba bangunkan satu web komuniti di sini. Pada mulanya macam biasa semuanya semangat berapi-api. Benda ini dah jalan nak masuk 2 tahun.

Sambil itu aku cuba bangunkan satu projek majalah akuakultur dengan seorang kawan. Benda ini sekerap jalan jer, member aku kena kebas kat USM. Sana perlukan kepakaran dia.

Pendek kata.. banyak benda baru kena belajar dan telan bulat-bulat. Boleh kata tempoh ini, paling banyak aku jumpa benda baru. Cuma bila pulang ke kampung ni, aku jenis low profile. Tiada lah nak heboh benda yang kita telah buat.

Cuma terbaru ini, aku terlibat dengan penubuhan alumni sekolah aku dulu. Aku cuba bagi idea yang aku pakai semasa terlibat dengan bisnes event management kat KL dulu.

Aduss... letih siot.
Sini diorang tak nak dengar mana kata-kata aku. Yang tololnya.. bila timbul masalah diorang baru setuju dengan idea aku ini. Yang tak tahannya.. yang terlibat tu cikgu cikgie, kiranya golongan cerdik pandai kat sini. Aku perasan sini, budaya professional belum ketara. Diorang lebih kepada senioriti.

Kecewa juga aku. Akhir sekali bila dah selesai majlis tu aku tarik diri terus. Malas nak cari gaduh dengan kawan-kawan kes hal remeh temeh ni. Itu pun ada  kawan aku yang dah bising bila aku kata tak nak pergi dinner kat sekolah baru ni.

Satu pantang aku kalau orang tu cakap lain buat lain, jangan harap aku nak percaya/layan dia.

--------
Dari pengalaman sedikit ini, membuat aku berfikir balik.. 2-3 projek mendatang dengan kawan-kawan sini perlu aku shutdown. Tak larat aku nak bertikam lidah dengan massa di sini. Silap-silap boleh putus kawan.

Baik aku fokus kepada kerja aku sendiri. Tak perlu toleh kiri kanan, fokus kat depan jer.

kesimpulan aku boleh buat : sukarnya mengubah tanggapan massa ni...

Saturday, April 30, 2011

kenduri kahwin kawan jauh..apa kata anda

Musim cuti dah tiba, walaupun sehari cuti di Malaysia ini. Cuti boleh dipanjangkan ala-ala 'strawhat luffy'. Bagi kaki anime faham apa aku cakap. Dah semestinya musim cuti ini di isi dengan program wajib 1malaysia iaitu kenduri kahwin.

Untuk majlis yang dekat-dekat tiada masalah untuk pergi, maksud aku sekitar 200 km ke bawah. Contohnya tempat aku ke Kota Bharu, baru dalam 100 km lebih. Cuma kalau satu hari tu banyak sangat acaranya, kena lah tunda satu dua pergi yang rasa nak pergi.

Setakat ini paling jauh aku pergi kenduri kawin housemate aku kat Batu Pahat, siap buat rombongan dari KL. Tapi bila umur dah meningkat, kena pikir 3-4 kali juga nak pergi kenduri jauh-jauh ni. Lain lah dulu, semua tempat selamba je pergi. Antara sebab aku kata begini, kita kena pegang pada kenyataan.

'Tak semestinya kita pergi kenduri kawan jauh-jauh, mereka belum tentu akan datang masa kita nati'
Lantak apa orang nak cakap, sebab itu realitinya. Ramai antara kawan-kawan aku berkira masa kenduri diorang, tapi bila masa orang lain batang hidup pun tak nampak.

Dan aku sendiri pernah putus kawan sebab tak dapat datang majlis dia. Bukan tak nak datang, dah tiada kenderaan takkan aku nak jalan kaki. Masa tu tengah study post graduate. Korang faham-faham lah ekonomi student, ekonomi megi...hehe

Di takdirkan tu kitorang jumpa balik di satu majlis kenduri coursemate kat Kelantan ni, dia sound terus kat aku - bila-bila tak payah datang rumah aku, sebab jauh -katanya. Aku kata ok. Lepas tu aku dah tak ambil port hal dia. Aku rasa kes putus kawan macam ni, ramai. Pada agakkan aku lah.

 ustaz kawen. suko sengih - Kg Banggol Cempedak, Serada KT

Aku akan usaha juga pergi sekiranya dia tu kawan rapat betul. Kira susah senang sekali masa study dulu. Cuti baru ni aku turun ke Kuala Terengganu semata-mata pi kenduri housemate aku merangkap roomate masa degree dulu.

Alhamdulilah ustaz, nama budak ni. Jumpa juga jodoh dengan budak kampung sebelah. Isterinya baru lepas grad UKM. Bertuah siapa dapat ustaz ini. Kerja memang rajin gila, kalau korang bagi satu kompenin pun dia boleh handle belaka. Aku nampak dia bole pergi jauh, sekarang ini dia kerja kat KSB kemaman.

K. Terengganu dari tempat aku mau-mau 3jam setengah tu standard naik wira. Speedtrap toksah cakap laa.

Friday, April 29, 2011

antara ciri-ciri blog yang buat mata aku pening


Tadi aku search blog2 lama yang aku baca dulu-dulu. Keluar lah result search kat google macam ni, aku pening kalau baca tulisan macam kena tsunami. Tak boleh tulis elok-elok ke. Paling bangang kalau dapat sms gini dalam phone, huruf o ditukar dengan kosong. Biasa orang pompuan lagu ni.

atau mungkin aku sudah tua..

Thursday, April 28, 2011

kenapa anda sakit pinggang...

aku seminggu dua ni sakit urat2 pinggang..nak tunduk pun susah. Sebabnya akat menda alah ni. Aku mengaku tak sekuat kawan aku ni.. 10 beg x 50kg - mana nak cari muntah jin sungai ni?

satu hal pula kena cari tukang urut..


baja ini kaw betul - bengkok pinggang2 aku

Tanah Merah, semua ada...

Tanah Merah, semua ada.... bab kata orang kat kampung aku.
gambar signboard lama ini kat bandar Tanah Merah - bagi aku klasik dan ada nilai seninya

Boleh dikatakan sekurang-kurangnya 1 kali sebulan aku datang ke bandar tepi sungai kelantan ini, kebanyakannya atas urusan niaga, pi bank utama, ambil barang dan sekadar pergi makan nasi lemak puyuh bersama kawan-kawan. Jadi bandar ini dah jadi macam bandar kedua.

Waktu aku ke sini, kebanyakan di waktu pagi. Pada waktu ini, yang ketara satu saja, kebanyakan peniaga di kalangan wanita. Dari pasar basah sehingga kedai emas kebanyakan dipelopori golongan hawa. Ada yang tua dan muda. Mungkin sudah tradisi sejak puluhan tahun perkara ini.

Kadang kala aku kekok juga, sebab ramai perempuan yang berkerja di pasar raya atau mini market sini. Orang lelaki kalau ada pun, topek tuo (cina tua) atau tokei kedai dan pekerja lelaki yang jenis angkat benda berat seperti kedai hardware.

Dari pemerhatian aku yang seberapa ini, wujud satu trend baru. Kebanyakan kedai di Tanah Merah ini khususnya di kalangan orang melayu telah terdapat golongan ke-2, iya ni generasi muda ambil alih. Jadi tidak pelik sekiranya berurusan dengan tokei kedai berumur sekitar awal 20-an dan awal 30-an.

Contohnya kedai emas kat trafik light tu, aku tengok yang jaga kedai tu budak tino muda lagi. Lawa pulak tu - aku bagi tau kawan aku, lepas dia pun asyik usha kedai emas itu. Saja bagi gempak masa bosan atas hilux.

Aku percaya kebanyakan lulusan uni, jenis ada sijil. Paling koma, sijil atau diploma. Entah-entah ada yang lulusan gempak obersea sana,

Aku tiada point apa, sekadar tadi terperasan budak kedai emas tu duk drawn duit sebelah, masa depo duit kat Agro bank.

Mesin depo agro ini satu hal, slow sungguh dan hari ini orang macam ulat kat dalam bank sini.

Adakah hari ini gaji ke ?

Saturday, April 2, 2011

adakah rezeki anda berkat

Tadi aku ada borak dengan harun kawan aku yang kerja kat KB, pasal keberkatan dalam mencari rezeki. Bila kait dengan keberkatan mesti tipikal tergambar kes rasuah sahaja di kepala otak. Tetapi bagi aku lebih luas maknanya.

Contohnya ramai kata kerja kerajaan rezeki berkat. Aku kurang setuju mana, sebabnya banyak faktor perlu diambil kira.

Contohnya kita kerja dibayar mengikut masa kerja, sekiranya ada lari atau 'mengulai' dari kerja. Adakah itu dikira berkat. Belum lagi yang buat cuti sendiri kat rumah tapi kawan tolong punch cardkan kat pejabat. Ada itu berkat.

Itu belum masuk bab claim, tuntutan sana sini. Contohnya kawan aku kata, dia jadi pengadil dulu kalau kena outstation, pergi 4 orang. Empat-empat mesti claim mileage, sedang yang sepatutnya claim drebar seorang saja. Selepas keretanya eksiden terus dia tak buat lagi macam itu.

Yang uniknya, semasa hantar ke bengkel kereta - tokei cina tu tanya ' ada makan duit tak 'elok' ke ? . Cina yang tokei bengkel boleh ambil berat benda cam ni, membuatkan kawan aku tadi terdetik. Patutlah duit selama ini tidak cukup.

Ramai orang kita tidak ambil berat perkara sebegini. Sedangkan kesannya besar dalam hidup.


- Definisi keberkatan

Banyak sebenarnya makna keberkatan dalam hidup selain dari duit gaji sahaja, antaranya yang aku sedari ialah masa luang dengan femili, duit gaji kecil tapi lebih dari cukup tampung pebelanjaan seharian, selesa dengan gaya hidup sendiri, kepala hotak lapang tak perlu pikir masalah yang tidak sepatutnya, senang ke sana ke mari, mudah minta tolong dan ramai kawan yang menyenangkan.

Friday, April 1, 2011

kenapa education level penting

Aku taktau ramai atau tidak bersetuju dengan pandangan aku ni. Education level bagi aku penting, bukan aku nak memandang rendah atau sombong. Tetapi itu hakikatnya bila berurusan dengan orang di luar sana.

Sebab itu bila ditanya apakah, persekitaran kerja paling aku selesa. Jawabnya tempat orang akademik atau researcher. Walaupun aku tak berapa berminat kerja dalam bidang tu, itu pun dulu2 dah nyaris masuk.

Ok ceritanya begini...

Aku sejak sebulan dua ni, terlibat dalam usahakan tubuh alumni sekolah. Bila berdepan dengan macam-macam orang ni, naik rimas bila kita cakap lain diorang paham lain. Sekolah kat kawasan kampung pula tu.Yang tak tahan ajk sendiri timbulkan yang masalah. Tadi masa mesyuarat asyik duk ulang benda sama. Bagi aku tiada faktor lain, level education.

Isunya di sini seperti perkara kecil dibesarkan, terlampau cerewet dan janjikan macam-macam kat orang sedang pihak kita tidak mampu... pening lah macam ni. Kalau benda ini dah lama tubuh takpa, ini baru nak mula dah janji macam-macam, yuran 20 ringgit nak bagi benda macam 40-50 ringgit.

Bila kami yang biasa urus majlis besar-besar ni cuba terang dia tak paham satu hal, nak tegakkan idea dia seorang dan asyik sebut masalah dulu dari penyelesaian. Walaupun dari segi kerja, dia bagus tapi bila sampai satu tahap jadi satu masalah lain yang pula.


Korang nampak tak education level - banyak membezakan corak berfikir dan bertindak seseorang itu. Bagi yang tinggal dan berurusan di bandar besar tiada masalah sangat tapi kalau korang duk kat kampung merasa lah benda cam ni. Boleh naik angin...

Leceh bila berurusan dengan mereka yang level educate macam ini, tambah-tambah kerja kat kampung. Sampaikan ajk yang lain pun naik rimas. Sebab itu, mansor kawan aku selalu kata ka!, education level bagi kawe penting, baik berkawan, ataupun lebih-lebih lagi nak cari pasangan hidup.
Silap-silap boleh naik gila kalau silap pilih..

Monday, March 28, 2011

salah satu rahsia besar dalam berniaga, ramai tak sedar

Ramai beranggapan berniaga ini hanya sekadar mendapat untung. Tidak lebih dari itu.

Tapi tahukah anda, dalam perniagaan ini lebih dari itu sebenarnya. Sekiranya ada seorang yang 'passion' dalam bidang usahawan atau berniaga. Anda akan mendapat skill ini tapi mungkin makan masa sedikit, ada orang dapat cepat, 1-2 tahun berniaga dah dapat cekup, malah ada yang tidak dapat terus sampai sekarang.

Sosial niaga antara rahsia besar dalam berniaga yang orang kita tak sedari. Kenapa saya panggil sosial niaga, kerana saya rasa ini perkataan paling tepat untuk mengambarkan perkara ini.

Kenapa saudara cina kita begitu maju dalam bidang perniagaan sejak berapa generasi lagi. Ini antara konsep yang diterap oleh datuk nenek mereka sejak kecil baik secara langsung atau tidak formal.

semalam sembang hal bisnes dengan en Lau peraih sayur di pasar wakaf che yeh - orang lama bisnes, pernah buat balak, lombong emas dan air cond, akhir sekali 'pencen' kat bisnes sayur sebab dapat jumpa -borak dgn orang kampung

Bagi mereka berniaga ialah satu bentuk pekerjaan. Itu saja, bunyinya simple tapi amat besar maknanya. Bila mana konsep ini ditanam dalam otak mereka, jadi dengan ini wujud satu sistem dalam berniaga. Hasilnya semua benda berjalan pada landasan sepatutnya.

Contohnya orang cina kalau baru berniaga 2-3 tahun belum tentu beli kereta baru. Kalau setakat ada saving acc 200K ke bawah mereka akan pakai kereta buruk lagi - sampuk kawan aku, Yusof otai mesin excavator.

Berbalik dengan orang melayu pula, konsep berniaga mereka ialah lubuk kekayaan. Satu konsep yang salah. Jadi tak heran kenapa ramai yang tunggang langgang dalam bisnes.

Insyallah dalam masa mendatang aku lebih banyak nak menulis benda ini. Kongsi-kongsi dengan pembaca, sebenarnya aku rajin borak pasal ini kat luar dengan kawan rapat satu rumpun iaitu usahawan & bisnes.

Jadi baik aku buat satu catatan agak boleh dirujuk di kemudian hari

Sunday, March 13, 2011

Maybank2u untuk akaun syarikat, bagaimana cara nak dapatkannya

 terliurkan tengok benda ini..

Sekiranya ada akaun syarikat tapi inginkan kemudahan maybank2u, tetapi bagaimana cara untuk dapatnya. Mesti peningkan, sebab tak ramai yang tahu dan sedia berkongsi benda ini.

Ok sini saya akan kongsi serba sedikit pengalaman buat benda ini dengan rakan² usahawan di luar sana. Sebab saya tak nak anda jadi macam saya sebelum ini, buang masa google sana sini dan duk sesat dalam web maybank tu.

Bagi pemegang mana-mana akaun bank sekarang perbankan internet sudah menjadi keperluan. Bank di Malaysia ini, yang tiada internet banking dah jatuh dalam second class bank bagi pengguna.
Betulkan ?

Ramai sebenarnya tak tahu rupa-rupannya pemegang akaun perniagaan: milikan tunggal atau milik perkongsian boleh guna pakai kemudahan maybank2u ini. Maksud saya di sini, syarikat kecil di sini dengan hujung nama tu..enterprise, resources bukannya sdn bhd atau berhad.

Untuk syarikat Sendirian Berhad dan Berhad anda perlu pakai maybank2e.net.. bayar bulan-bulan pun basic fee 50ringgit. Tapi fungsinya lagi canggih, contohnya boleh buat bayar gaji pekerja beratus orang.

Macam kereta lah lagi mahal lagi sedap naik.

OK pertama sekali masa buka akaun tu, minta satu borang permohonan khas untuk internet banking. Benda ini kalau korang tak tanya, pengawai bank itu tak offer sebab jarang-jarang orang buat benda ini.

Mr Wong otai maybank Tanah Merah

Kecuali kalau pengawai yang urus bahagian pembukan akaun perniagaan itu jenis berpengalaman macam kes aku. Mr wong kat cawangan Tanah Merah ini, sangat jelas penerangannya. Satu lagi aku perasan jenis cina kelantan kebanyakan jenis macam tu petah bercakap. Sesuatu yang positif sebenarnya.

Tapi sayang masa proses akaun aku ini, beliau ditugaskan tukar ke cawangan Besut. Aku suka berurusan dengan jenis orang cam ni suka bercerita walaupun perkara itu tak ditanya pun. Jadi kita pun nampak lagi jelas sesuatu benda tu.

Mandate letter 

taip sebiji-bijik- pesan mr wong

Ok selepas dapat borang tu, anda hanya perlu tanda tangan dah cop di situ. Kemudian anda diberikan contoh surat mandat @mandate letter.

Surat ini anda kena tiru sebiji-biji, masuk nama operator kat situ dan cetak. Kemudian beli setem hasil 10 ringgit tepek kat sebelah atas kanan surat dan pergi matikan setem di jabatan hasil.

Surat ini, jelaskan siapa operator yang diberi hak untuk guna maybank2u sebab bagi perniagaan milik perkongsian benda ini perlu.

Melainkan daftar niaga anda milik tunggal tak perlu buat benda ini. Banyak kelebihan betul pemilik tunggal ni aku perasan bila masuk bab-bab macam ini.

Masalah akan timbul..

Macam kes aku, ic boss aku (ayah) tak boleh baca. Jadi kena buat buat ic baru balik. Ic saja makan masa sebulan lebih. Campur pergi mari sana sini... hari ini 13 haribulan, total genap 3 bulan baru siap akaun syarikat ini.

Tips dari Mr Wong, elakkan amal letak sekali ic dengan kad atm bank dalam wallet anda, sebab semua kad ini jenis magnetik. Dia kacau sama sendiri.

Mandate letter ini akan diserahkan sekali semasa proses pembukaan akaun. Perkara ini akan diproses sekali semuanya. Tapi jangan lupa sedia duit deposit RM 2000.

Lebih kurang seminggu biasanya kalau semua benda setel anda diberi no acc, buku cek (tolak RM 15) dan no akses maybank2u serta temporary password.

Pertama kali login maybank2u

Jangan lupa masa pertama kali login tu ambil 'first login' kalau ambil login biasa, sampai kiamat pun tak dapat masuk dalam tu. Lepas tu terus anda bawakan ke laman create username dan password baru untuk login. Ini sama dengan proses maybank2u biasa.

Tadi masa aku pergi ambil buku cek dan akses nombor maybank2u.

Ini buat pertama kali aku tak kena time diorang lunch, sebelum ni tiap kali datang mesti kena menunggu. Aku baru perasan pengawai maybank sini gilir-gilir masa rehat biasanya pukul 2 ptg ke 3 ptg atau awal lagi sekitar 12 tengah hari.

Dengan adanya akses maybank2u anda jimat banyak dari segi buang masa beratur kat kuanter dan minyak kereta untuk ke bank. Kebiasanya kemudahan ini diberikan sekali dengan phone banking.

Puas hati betul dapat setel benda ini.

Nanti aku akan kongsikan perbezaan maybank2u akaun perniagaan dengan akaun biasa.

## kemaskini terbaru 
bagi yang ada masalah dalam buka m2u kat cawangan anda buka. Cara nak setel - sila call ibu pejabat maybank KL terus, tak payah buang masa ulang alik situ.

Sebab aku sendiri dah terkena dalam kes ini, dengan cawangan maybank Tanah Merah sini. Hampir 4 bulan baru setel. Itu pun, bila aku call KL sana.

Cuaca dunia bercelaru, kesan kepada hatcherist

Aku naik hairan, kat seminggu dah macam musim banjir sini. Hampir 5 hari dah hujan tak henti-henti duk simbah bumi. Corak hujan pun aku tengok pelik, dia punya kedudukan awan lebih rendah dari biasa. Sini senang dilihat sebab dikelilingi  bukit-bukit sekitar kaki banjaran Titiwangsa.

Sebagai hatcherist, pekara macam ini perlu dipantau. Cuaca main peranan besar bagi pengusaha macam kami. Di Malaysia, taburan hujan yang tidak sekata antara cabaran utama.

Hujan tropika, korang paham-paham lah. Banyak kesan terhadap industri ini.

Tempat aku ni kat Jeli, dia punya hujan agak luarbiasa. Kalau Kota Bharu sana kemarau sini, boleh hujan macam nak banjir sebelah petang.

Pelik kan tapi itu realitinya.

Hingga ada orang Pattani yang berkerja sebagai penoreh getah sekitar sini memberi gelaran ' Jeli sano langit bocor'.

Thursday, March 10, 2011

Lebih sukar membina sesuatu dari mengurusnya

Aku dalam seminggu dua entah hantu mana merasuk masuk, terjebak dalam urusan penubuhan alumni sekolah aku dulu. Sekolah dah masuk 25 tahun, persatuan bekas pelajar tak tubuh-tubuh lagi. Jadi bekas cikgu kami dulu minta tolong kami uruskan penubuhan.

Jadi buat Ajk, ajak yang mana ada dekat ni, pikir macam nak tarik keluar paling busuk 50 orang masa pelancaran tu. Habis benda pakai dari facebook, blog sampai la pesan mesan mulut hingga lah ikut posmen. Kebetulan pengerusi Ajk tu postol.

Semalam masa buat logo, gila punya pemuda umno bahagian Jeli sini. Sound kitorang sebab logo tu ada iras bendera keadilan. Takut sungguh diorang ni, arlegic betul. Yang tu kalau kira sebenarnya bendera lama keadilan yang bulan separuh dua.  Yang buat logo tiada punya niat lagu tu , sebab dia jenis neutral.

Perangai bodoh betul, sekali ingat... ada sorang classmate perempuan aku, angin nak tampar budak tu. Nak kata otak budak pun dah masuk lewat 30an. Salah seorang yang sound tu tak pernah sekolah situ pun.. tidakkah bangang namanya.

Nak main politik dengan geng98...

Kita punya Ajk semua bengang semacam kat facebook, aku selamba sound diorang - jangan duk berlagak sangat dalam tu. Iyalah dah lah buat kerja ni sepatah haram tak dapat duit pun, keluar duit adalah.

Dengan mengantuk nak rabai, pun pi meeting lepas jumaat baru ni.

Geng kitorang atau geng98, jenis low profile selama ini. Jenis tak suka kacau orang lain, tapi bila ada orang lain mula kacau kitorang nantilah.Satu Malaysia kitorang gerak batalion.

Aku sendiri pula bukanlah jenis suka sound2 orang, memang jenis kat sekolah dulu buat hal sendiri. Ini pun, sebab rasa hormat dan ingin balas sedikit sebanyak jasa cikgu-cikgu tolong buat benda ini.

Sebab bekas cikgu kami kat sekolah sekarang pun hanya nampak geng98 sahaja yang mampu rintis benda ini. Kebetulan kitorang sejak SPM sampai sekarang satu kepala. Itu kuncinya.

Aku kalau tidak member baik aku seorang ni, holdkan dulu. Memang aku dah nekad nak buat isu ini jadi isu nasional. Silap-silap boleh ada nak tak boleh ambil calon PRU 13 nanti. Tadi kepala otak dah ligat pusing-pusing pikir, penangan politik.

Dulu niat kitorang Ajk nak low profile sahaja, siap setup benda bagi orang lain uruskan. Done kat situ sahaja. Tapi bila ada isu sebegini nak tak nak kena tunjuk muka yang hesem/comey ini kat adik2 dan abang2 alumni.

Jangan diusik geng98, kalau korang rasa pandai main politik. Kitorang 10 langkah lagi boleh lompat ke depan..

Ini baru bab logo..ntah apa lagi ke kat depan nati.

Teruk mentaliti melayu ni.. bodoh tak boleh nak ajak berbincang apa-apa benda dulu.

Wednesday, March 9, 2011

gotong royong kampung : tebas jalan kampung ada tak lagi, zaman ni


 Ini salah satu gambar budak-budak kampung aku, tengah gotong royong tebas jalan kampung. Aku bangga dengan diorang, dalam dunia serba serbi duit sekarang ni, ada lagi semangat datuk nenek kita dulu.

tempat lain ada tak macam ni lagi ?

Sunday, February 20, 2011

Maulidur yang berkat..

Salam,

maaf kerana tidak aktif sejak kebelakangan ini kat blog ini. Aku lebih tumpukan kat projek web komuniti dan blog alumni. Banyak perkara kena setup sendiri, web komuniti akan masuk fasa ke-2 seperti yang dirancang. Maka banyak beban kerjanya terpaksa aku tanggung, lagi pun aku anggap ini sedekah jariah aku kat masyarakat yang banyak bantu aku selama ini.

Aku tak nak ajar diri aku jadi insan yang penting diri sendiri, sekurang-kurang ilmu yang sedikit ini aku kongsi kat anak bangsa aku.

Jawabnya jumpa tok imam lah lepas ini, ajar diorang tulis blog.

Projek terbaru...

Sekolah aku dulu pun, nak lancar alumni secara rasmi. Bekas-bekas cikgu kitorang dulu minta tulun balik mana patut. Akhirnya berjaya juga apa yang aku rancang bersama kawan-kawan sekelas walaupun kecil di mata rakan-rakan kami namun besar di mata guru kami. Ini menjadikan landasan untuk mereka kembangkan benda ini.

Aku pun terkejut bekas cikgu-cikgu dulu hari-hari duk baca blog yang kitorang buat suka-suka. Baru ini dapat tahu sendiri dari mulut bekas cikgu matematik. Kelakar pun ada, pelik pun ada rasa bangga pun ada sebab guru-guru kami sokong kami walaupun sekadar silent reader. Jadi pertuturan kat sana kena beradab lah sikit lepas ini.

Yang aku pelik aku bukanlah pelajar yang aktif ke sekolah dulu... selalu elak kalu masa unit beruniform sampaikan aku tiada sijil satu pun dalam benda ini. Yang aktif zaman-zaman sekolah dulu banyak menyepi aku tengok. Sekali imbas macam diorang penting diri sendiri pun ada. Tapi itulah kenyataan hidup.

#aku selesa twetting kebelakangan ini, walaupun x berapa pandai lagi benda ini

Selamat tahun baru dan menyambut maulidur rasul

Friday, January 7, 2011

antara adab yang tidak patut diamalkan masa deal harga barang dengan pembekal /pemborong

Antara adab yang orang kita tak ambil kisah masa deal barang dengan pembekal atau pemborong, khususnya lelaki.

Selamba merokok sambil duk bincang-bincang pasal harga barang kat dalam kedai atau pejabat, bagi aku benda macam ini kurang ajar. kenapa aku kata begitu ?

Benda ini aku perasan masa pergi cari barang kat pekan golok hari tu, aku dah cakap kat member aku tu kalau nak hisap rokok pun lepas-lepas ni, dia selamba badak jer merokok dalam kedai tu sambil sibuk duk tanya harga periuk.

Geng-geng perokok ni satu hal, asalkan ada ruang mesti nak lepas gian diorang.

Jelas nampak cina tu tak selesa dengan asap rokok sambil duk kibas-kibas dengan buku dan yang paling aku perasan harga tuan kedai tu bagi dah tak boleh tawar pun. Agak mahal bagi kami yang inginkan dalam kuantiti yang banyak. Walaupun kita dah tuju kat kedai pemborong periuk belanga paling besar dalam bandar ni.

Kerana bagi setengah orang bukan perokok, merokok dalam suasana macam ini agak kurang ajar. Mungkin bagi perokok itu perkara biasa, tapi mereka tak pikir kesannya sedikit banyak dalam urusan perniagaan.

Tak profesional lansung.

Saturday, January 1, 2011

video | antara tips orang bujang boleh pakai masa pergi lawat kawan yang baru dapat anak


Video ini sempat aku rakam masa pi melawat anak ke-2 kawan aku yang baru lahir, pasangan ini kedua-duanya bertugas di Borneo.

Antara tips korang boleh pakai pergi tengok anak kawan-kawan baru lahir, seelok-eloknya bawa hadiah berbentuk barang seperti pakaian bayi atau alat penjagaan bayi biasanya benda ini ada dalam bentuk pakej/kit yang dah siap. Bagi aku ini ebih praktikal dari bagi duit.

Masa pi pekan Mu No hari, baru ni aku sempat beli sepasang baju dan seluar, aku ambil saiz besar sikit sebab aku perasan bayi sekarang ramai yang  bersaiz besar-besar. Orang Malaysia ni makan apa sampai jadi macam tu?

Dan satu lagi aku suka bawa kuih muih masa gi melawat tak menyusahkan kawan-kawan nak hidang kat tetamu nanti. Ini serba sedikit tips yang baik bagi mereka yang masih bujang bila melawat rakan-rakan yang baru dapat bayi.

Tahniah buat diorang, rezeki dari syurga orang kata.

Blog List