Thursday, February 16, 2012

orang melayu jauh dari sistem pendidikan pondok islam, mana silapnya

Aku taktau bila sebut, pondok. Macam perkara pelik untuk generasi sekarang, seolah-olah macam benda menakutkan, jumud atau orthodoks betul. Baik ko tanya budak sekolah menengah atau aliran ugama moden sekarang.

Semua jenis ustaz cari makan..gelaran kawan aku bagi bagi lepasan aliran ugama sekarang.

Aku suka kongsi pendapat dengan kawan rapat. Contoh aku cakap, kita belajar sistem sekular dah bebelasan tahun dalam hidup ni dari tadika, rendah, menengah sehingga lah degree, sekarang dah tiba masa umur macam ni, kita masuk pondok balik belajar ilmu ugama.

Otak masa ni, walaupun lambat sikit pickup tapi pemikiran kita di tahap yang sudah matang. Jadi mudah untuk kita bezakan sesuatu.

Reaksi terlopong jer. Macam idea bangang baginya.

tips bila anda memasuki era 30 an..

umur 30an, ada beberapa perkara aku dapat kongsi di sini, terutama dari segi berkawan:
  1. ramai kawan rapat kita dulu sekarang jadi 'musuh dalam diam'
  2. tahu perangai sebenar kawan-kawan baik kita selama ini, tidaklah sebaik disangka
  3. masing-masing bawa diri sendiri, biasanya lepas kahwin
  4. cuba cari kawan yang tiada kepentingan peribadi dalam persahabatan, ini terbaik aku tengok.
  5. cubalah kurangkan skop persahabatan anda. jangan membuta tuli berkawan macam awal 20an dulu.
  6. fokus pada kerjaya dan femili
  7. cuba ringan tangan berbakti kepada komuniti. ini lebih baik.
  8. cuba berkomunikasi lebih baik dengan golongan lebih tua
  9. pergi ke satu tempat yang asing, yang mana orang tidak kenal batang hidung kita
  10. akhir sekali penuh cita-cita yang anda tidak mampu capai dahulu. umur kita bukan panjang lagi.
sekian.

Monday, February 13, 2012

Pak Alang si misteri dan power

Kat kampung aku sekarang, ada seorang mamat ni. Bagi aku misteri pun ada dia ni, aku kagum pun ada. Pak Alang oh Pak Alang.

Tuan punya badan, lelaki berumur sekitar awal 40an gitu, orang Kedah. Tapi selamba mari duk kampung aku, yang rata-rata Kelantan pekat. Kalau Melayu Patani tu benda biasa kat sini, datang menoreh getah. Ini dari pucuk Kedah sana, mari duk kat sebuah kampung kat Kelantan, seorang diri pula tu. Tak kah pelik.

Untung ko Pak Alang, sebab orang kampung aku ni rata-rata jenis open boleh terima orang luar tapi syarat utama jangan buat hal dengan orang kampung sini. Penduduk kampung sini, pula kebanyakan jenis mudah mesra dengan orang luar. Tak percaya cuba datang.

Cerita Pak Alang datang ni aku tak tau detail sangat, cuma dia dibawa oleh seorang budak kampung aku yang ketika itu kerja kontrak pasang paip Air Kelantan. Mula-mula datang tu agak misteri juga, ialah orang tua umur 40 tahun datang duk dalam kampung kau, dengan keluarga angkat aku boleh kata. kalau umur budak-budak tu boleh terima ni, ni kalau ada anak dah nak masuk universiti

Mula-mula tu, Pak Alang, cuma muncul kat jalan je masa naik motor ke kebun. Aku mula jumpa dia pun masa pi lepak kebun pisang kawan aku. Mamat mana ni, tak pernah nampak batang hidung tiba-tiba muncul kat depan aku ketika itu.

Lepas keluarga angkatnya kematian, emak. Masa tu, tiap-tiap malam ada majlis tahlil. Jadi ramai baru perasan dan orang kampung dah mula terimanya sebahagian daripada penduduk sini.

Sifatnya yang rajin serba serbi, ke kebun, gotong kampung seperti cuci paip air kampung, mengangkat hidangan kat majlis kat kampung ni. Menjadikan dia agak populis di tambah dengan aura kemisterian dia tadi.

Haha..betul kata orang bijak pandai. lagi misteri kita lagi orang nak tau. Bengong manusia sini.

Aku pun ada terpikir, kalau nasib kita semacam Pak Alang ni. Ialah katakan ada anak bini, tiba-tiba mungkin dibuang keluarga atau bisnes jatuh bankrap, kena halau kat bini/anak atau orang kampung. lepas tu merantau ke sebuah tempat yang kita tak kenal batang hidung pun. Mula hidup baru di situ, ketika meniti usia senja. Segala kemungkinan itu ada.

Friday, February 10, 2012

amboi-amboi masuk kebun balik, best juga

Seminggu dua ni aku, mula pegang balik pekakas kebun - parang, cangkul, mesin rumput dan pam racun.


Ni duk pegang mouse je, yang ini tentu boleh keluar peluh sikit. Aku ajak member aku sekor ni hiking sekitar bukit sini. Macam-macam alasan dibaginya. Letih aku urusan dengan orang macam ni. Bila aktiviti kardiol tiada, susah nak maintain stamina macam ni. Otak pun satu hal jadi lembap.


---Gila meracun---


Belah petang kalau meracun rumput dapatlah 2 pom (tangki) sampai magrib. Itu pun dah lenguh tangan kayuh pamnya. Orang kampong skill-skill macam ni kena tau, kalau tak macam mana panggil budak kampung.


Pendek kata - aku petang-petang sekarang duk main dalam semak samun.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Blog List