Thursday, December 20, 2012

Penyakit terbaru

Tido awal, lepas tu 3-4 pagi terkebil-kebil bangun. Selera kat nasik pun makin kurang. Isk isk isk bahaya betul.

Tuesday, December 18, 2012

kawan saya pelik belaka

Walaupun saya tinggal di ceruk kampung (hutan), namun bukan halangan untuk mereka datang berkawan dengan saya.

Ini yang terbaru. No 2 jumpa yang pandai bahasa, 1st masa daki gunung kat Cameron Highland dulu.


Kampung kita dah ada 3G :)

Hampir 5 tahun duk nunggu, akhir masuk juga line 3G maxis punya. Laju & stabil.

Terus subscribe balik bband kat hp ni. Kan senang laju gini, dalam rumah.

Friday, December 14, 2012

Segalanya bermula dari niat, termasuk bab nikah kahwin

Sejak sepupu aku kawen baru ni, dah macam Baghdad aku kena serang bertalu-talu. Sebagai cucu paling sulung, hang kena redho saja laa.
Bila nak kawen, dah ada calon ke, klu takde ambo bule cari kan, tanda-tanda laa dulu calon tu.
Itu soklan dah kalis aku dengar.
Tapi bila nenek belah sepupu ada sampai sendiri tentang niatnya. Sayu juga aku dengar.
Orang tua ni, kata-katanya macam doa. Memang power aku tak reti nak nafi sekarang.
Aku ni jenis suka melayan orang tua, itu mungkin buat mereka lebih selesa & berharap dengan aku.
------ satu lagi
Entah apa sebab aku terbabas masuk kursus kawen baru ni..isk isk. Penangan member aku yang dah tak sabar nak kahwin-kahwin. Iya lah kawan sebaya dah masuk gear -3 (anak). Sayu juga kita tgk anak-anak depa ni.
Tunggu setahun dua lagi, insyallah - jawapan aku sekarang
gambar - ini lah koboi, member aku yang kuat 'meracun' bab nikah kawen skrg ni...isk isk

Monday, November 26, 2012

Alam perkahwinan membosankan

Ini pendapat aku based on my view, tapi jarang nak jumpa yang setuju. Kecuali seorang kawan kat Tok Bali yang lagi extreme mengalahkan taliban afghanistan.

Nanti kahwin aku nak buat bilik asing dengan bini, bukan apa tak serabut perut - ujarnya selamba itik.

Caya laa ada juga seangkatan dengan ambo ;)

Saturday, November 24, 2012

Sebab aku bosan ke rumah pak sedara sendiri

Takde kerja lain dia sorang sibuk duk cari bini kat kita..mentang-mentang baru dapat menantu orang Raub

Wednesday, October 31, 2012

Apps android blogger semakin kencang

Lama dah tak jenguk apps blogger untuk android. Nampaknya bapak google secara rasmi dah keluar sendiri.

Pendek kata - mengancam. Senang cerita anda patut cuba sendiri.

Monday, July 16, 2012

Pernahkan anda terfikir jadi seorang pekerja ladang

Sekiranya anda merasa tempat kerja anda dah teruk... Cuba renung gambar ni sekejap. Mungkin timbul rasa syukur nanti.


Ini antara tempat tinggal bagi pekerja ladang getah jauh di dalam hutan. Kebanyakkannya indo atau orang melayu patani yang kerja sini.


Bangsal ni, diduduki oleh 3 orang melayu patani yang menoreh 12 ekar getah. Kebetulan semalam, aku duk sesat dalam ladang getah ni, berhenti tanya arah dengan diorang. Mereka ni biasa keluar sebulan sekali cari beras, ikan kering, budu, garam. Pendek kata makanan asas je.


Tapi itulah realitinya bila tanahair anda dijajah. Sana selain kerja susah, hidup pun dalam takut. Jadi ramai berhirjah kerja di sekitar Kelantan. Majoritinya dalam kebun getah yang terletak jauh ke dalam hutan.


Jalan nak pi sini pun dah sakit pinggang melompat-lompat atas motor. Belum campur kes jatuh moto, atau redah sungai. Gambar ke-2, jalan tu dah tinggi mencanak serta licin gila, sampai aku kena turun tolak moto. Kalau orang kita, tempat cam ni taraf pi camping.


Aku juga jumpa budak Lahad Datu, yang kerja di ladang sawit ni. Umur baru 20.. sayang muda-muda dalam masuk hutan. Gambar terakhir tu, diorang nak pi menebas shift petang 2 - 4 ptg.


Tapi itulah realitinya.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, July 14, 2012

awas bila anda cashkan duit dalam jumlah besar dari bank

Mungkin hari paling gembira anda bertukar ke hari paling sial.


Bagi yang ingin keluarkan cash dalam jumlah besar, hati-hati kerana mungkin sudah ada mata-mata pencuri peratikan gerak geri anda. Tak kira anda berahsia kuat mana pun, pencuri ni dapat hidu.


Kes ini pernah terjadi pada seorang peniaga kat tempat aku ni. Dia keluarkan cash 2 juta dari bank di KB untuk modal niaga.


Memang nak kena rompak dah. Kawannya bagitau, dia sendiri naik heran dari mana penyamun ni dapat tau. Adakah ini kerja orang dalam..sambung kawannya. Ntah seribu kemungkinan ada.


Nak jadi rezekinya, kebetulan masa tu ada seorang kawan lagi tunggu dalam kereta masa dia kat dalam bank. Si kawannya rebahkan kerusi kunun nak tido. Mungkin perompak tak perasan ada orang dalam kereta.


Tiba-tiba dia perasan ada orang mari cucuk tayar kereta. Tektik biasa perompak bocorkan tayar dulu.


Cepat-cepat si kawannya telefon, bagi tau jangan keluar dari bank tu. Sebab 2-3 ekor perompak tengah sedia kat luar bank. Tunggu masa je.


Berjam juga tunggu kat dalam tu. Last-last perompak tu give-up @ perasan rancangan dajal mereka kantoi. Baru la boleh keluar.


Sampai sekarang dia pun, naik hairan dari mana perompak dapat maklumat yang dia nak cashkan duit hari tu. Satu lagi, yang dia pelik bank tu pun dia jarang-jarang berurusan. Itu hari pun kes nak cashkan duit dari luar negara.


Ini tak termasuk kes kena folo kereta dari belakang, last-last masuk balai polis paling dekat. Baru kereta penyamun tu tak berani ikut.


Jadi bagi yang nak cash duit banyak-banyak tu. Anda mungkin boleh minta bantuan dari balai polis. Suruh brader polis iring. Lepas tu bagi laa duit air sedikit kat diorang.


Tak pun, sewa pi van safeguard sebiji ala-ala bank.


Harap ini dapat membantu adik kakak kita kat luar sana.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, June 28, 2012

Mimpi mainan tidur

Betul lah, orang kata mimpi ni mainan tido. Yang asyik kena main nye kita laa.


Aku jenis tak berapa berkenan sangat dengan mimpi-mimpi, banyak buang masa dan tenaga. Bagi aku tido yang berkualiti ialah tido tanpa mimpi. Celik-celik mata dah cerah.


Ni tidak, duk putar alam dari Kota Bharu hingga ke Tokyo dalam mimpi tu. Letih bangun.


Sehari dua ni, aku betul-betul kena main. Iaitu asyik bermimpi hal nikah kawen je.. dari majlis kenduri hingga part paling horor bagi lelaki masa akad nikah tu. Berpeluh juga laa.


Jeng kreng molek.


Kat dalam tu rasa nak lempang je tok imam tu. Pengantin perempuan pun, entah siapa.. aku pun tak kenal batang hidung.


Setan betul..


Ada tak siapa sini yang teror taksir mimpi ?


Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, June 18, 2012

Apakah benda paling nikmat alam perkahwinan


Jawapannya : bila anda dikurnia anak

Perkara sebegini, aku perasan bila tengok kawan-kawan yang dah masuk 3 - 4 tahun kawen tapi belum ada anak.

Semacam ada 'tekanan' diorang ni.

Perkara ni, terdetik aku nak tulis bila petang tadi bila tengok kelibat satu keluarga muda yang singgah di Petronas Jeli. Berehat menyuap makanan untuk bayinya.

Indah betul.

Sebagai orang bujang pun, aku terasa juga perkara bila lihat suasana sebegini. Ini apa tah lagi yang berkahwin.

------

Pertonas Jeli

Antara tempat terbaik untuk singgah rehat bagi mereka yang sering travel antara pantai barat ke pantai timor.

Dengan tokey Petronas ini, dah laburkan naik taraf surau dan wakaf rehat yang lebih selesa.

Tambahan, bukanlah pelik sumbangan amal jariah sebegini oleh anak jati Jeli diberikan kepada mereka yang setia singgah sini. Secara peribadi, aku melihat tokeynya seorang kaki masjid kerna sering berjumpa ketika berjemaah di masjid bandar.

Di bumi Kelantan ini bukan sesuatu yang pelik jika golongan kaya raya ialah kaki masjid. Agak terbalik.

Pelikkan tapi itu realitinya. Tak percaya, ada luang cubalah singgah jemaah mahgrib@isyak kat masjid sekitar Kota Bharu, pendek kata keta Bm, benz tu susun parking.

Satu lagi tandasnya yang sentiasa dibersihkan khas oleh seorang pakcik bangla berbut getah kuning serta sudah pandai kecek kelate.

Jadi tak heran ini antara persinggahan pilihan keluarga muda ( lewat 20an - 30an), kebanyakkan aku perati tengok golongan profesional yang cari makan di Penang dan utara.

Bagus bawa berehat setelah 3-4 jam perjalanan terutama yang ada anak kecil.

Published with Blogger-droid v2.0.1

Kalau anda tak percaya hantu, cubalah buka kedai makan

Hantu... Mengarooott je.


Sergah Pakdo tahun lepas...kepada kawan baiknya Seman. Tambahan kaki masjid macam dia susah nak telan benda syirik cam ni.


Namun selepas setahun Pakdo berniaga kedai makan dengan jayanya. Barulah dia yakin hantu ni power, bukan setakat percaya, malah habes beribu ringgit halau hantu.


Ini antara cerita-cerita biasa tokei kedai makan.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, June 16, 2012

Budaya negatif orang kita selepas kahwin

Satu perkara, aku perasan bila duduk kampung ni susah nak ajak kawan yang berkahwin keluar baik liburseperti minum & jalan-jalan atau hadir ke majlis rasmi seperti kenduri kahwin kawan yang masih bujang (ini bahagian paling banyak dielak oleh mereka yang dah berkahwin).


Kat kampung ni, bukannya seperti di bandar besar kiri kanan, atas bawah ada hiburan. Sini ada kawan, barulah lengkap aktiviti anda.


Seolah-olah gaya hidup mereka ni berputar ke belakang. Amalkan corak hidup lebih tertutup. Senang cerita lebih kurang macam komunis..hehe


Adek kakok, bila rakan-rakan kamu sekalian dah semuanya berumahtangga. Kamu anda terasa kehilangan seorang demi seorang. Ini ditambah dengan budaya orang melayu, bila dah kawen alamatnya 'tutup buku' bab berkawan ni. Pelik kan tapi inilah hakikatnya.


Bagi bini, selalu guna alasan laki tak bagi. Manakala si laki pula cakap, bini ada hal. Itulah SOP mereka.


Biasanya keadaan ini, bermula pertengahan umur 20an dah paling ketara biasa masuk 30. Tambah-tambah kes khas yang duduk di kampung  serupa aku ni. Haram susah nak jumpa kawan yang dah berbini. Lagi senang jumpa babi lagi kat tengah jalan.


Jadi antara penyelesaian kreatif dan inovatif:


Pertama - anda kurang libatkan apa-apa aktiviti dengan mereka ini. Contohnya kalau hang nak keluar minum, jika tiada kawan bujang baik minum seorang. Sebab anda perlu terima hakikat golongan ini dah ada dunianya sendiri.


Ke-2, cari hobi yang positif seperti mendaki gunung, kalau kat kampung seperti cari ikan iaitu memukat, menjala, atau libatkan diri dengan NGO berbentuk masyarakat.


Ke-3, merantau ke tempat asing. Aktiviti travelling ini, agak kurang popular bagi masyarakat negara membangun. Pertama, sebab nilai duit kita kecil. Kedua, sifat rakyat gila berkerja kumpul harta. Terakhir sekali, travel bukan lagi budaya orang sini.


Dan akhir sekali, berkahwin bila anda dah betul-betul sedia pikul tanggungjawab.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, June 12, 2012

bersyukur dengan apa kita ada

Ini antara sifat asas yang menjadikan kita semakin berjaya. Sebab kita 'sedar' mana kedudukan kita sehenarnya.


Atau senang cerita bersyukur dengan apa kita ada. Banyak cara zahirkn sifat syukur ini, antara perbanyakkan bersedekah. Baik duit, harta dan sumbangan masa dan tenaga.


Sekiranya kita hanya banding diri kita dengan golongan lebih kaya dari kita. Sampai bila pun kita tak puas dengan apa yang kita ada sekarang.


Cubalah sekali sekala anda tunduk ke bawah sikit, tengok orang kurang bernasib baik atau lebih miskin. Maka timbul rasa syukur tu. Itu pun kalau ada pencerahan dalam diri.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, June 10, 2012

Gaya cakap macam-macam

Setahun dua ni, aku dah naik bosan bila berjumpa dengan orang yang bercakap besar. Kalau cite bab buat duit ni, dialah hero. Tak main seratus dua ni, kelas 8 - 9 angka. Biasanya mereka ni orang kampung yang baru kenal bandar contohnya geng MLM, broker tanah, kontraktor kelas F dan terbaru yang baru berjinak dalam pasaran saham.


Kalau dulu aku suka juga bertengkar, sekarang ni aku layan nampak celah potong terus. Hakikat orang kaya ni, ramai aku jumpa jenis kaya budi bahasanya selain kaya harta. Cara hidupnya macam orang biasa, tiada nak cakap menyombong macam mereka kat tu. Sembang kedai kopi pun benda biasa-biasa je.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, June 5, 2012

Kenapa orang kampung perlu pakai kenderaan 4x4

Ini antara jalan rutin yang perlu dilalui oleh orang kampung untuk pi menoreh getah.


Selain motorsikal hanya kenderaan 4x4 saja yang mampu redah. Kebetulan sehari dua ni ambo banyak keluar masuk ladang/kebun atas urusan bisnes.


Rata-rata jalan ke sini, jenis 30 darjah mendongak.


Bayangkan di hari-hari hujan, sememangnya jalan sebegini mendera mental tuan-puan.


*lama dah ambo tak update blog ni, mohon agar ambo diberi kelapangan menulis


Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, April 21, 2012

Interface blogger semak samun

Sungguh lama bebenor, ambe tak buka blogger.com ni. Dah ternyata pembaharuan yang memeningkan mata ambe. Atau ini mungkin petanda aku sudah terlalu tua.

Semak samun betul interface baru blogger ni, pening mata nak nengoknya.

Setelah 2 - 3 jam dulu round-round google cari driver windows 7 untuk driver printer photosmart 7200. Ternyata cam biasa, hp punya website anda boleh sesat kat dalam tu. Baik masuk hutan hulu kelantan, tak sesesat cam ni.

Dah la sesat driver pun tak jumpa. Printer brother aku terus kong, terpaksa pakai printer lama. Untuk repair perlu ke Kota Bharu sana. Cam haram bila pikir balik, segala benda kena naik ke KB. Lain kali, minta kerajaan buat ibu negeri kat tengah-tengah senang nak pergi.

Aku lebih selesa menulis di android, ringkas je. Mungkin ini petanda ada akan menjadi seorang tua.

Monday, April 9, 2012

Lonely planet The Great Mekong & brader Gdex Machang power

Ni aku oda online dengan kinokuniya. Power gila brader Gdex Machang  siap masuk hantar juga pas dalam kampung ni. Kagum aku.


Tak pernah lagi, aku jumpa syarikat kourier segigih ni. Selalunya depa letak barang kat petrol stesen di jalan besar, ini perkara biasa kalu belah-belah hulu ni.


Jadi lepas ni tiada masalah, nak oda buku dengan kino.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, March 23, 2012

Bosannya hidup di kampung

Tahun ni dah masuk 3 tahun, aku duk di kampung. Satu je aku boleh simpulkan bagi orang muda kat kampung: life yang memboringkan.

Sebab utamanya, kerana orang muda majoriti kerja kat bandar. Yang tinggal kat kampung, yang tiada kemahiran atau tak mampu survival di bandar-bandar besar.


Ni dari pemerhatian aku, jadi ini antara sebab utama kenapa yang pernah tinggal atau bekerja di bandar enggan pulang menetap kat kampong-kampong. Tiada suasana menarik seperti di bandar. Satu lagi tahap pemikiran orang kampung, amat 'melemaskan'.


Satu lagi kat kampong ada 3 benda yang sinonim :

-tempat balik beraya

-tempat balik beranak pinak

-tempat balik pencen/mati


*8 daripada 10 kawan aku duduk di bandar


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, February 16, 2012

orang melayu jauh dari sistem pendidikan pondok islam, mana silapnya

Aku taktau bila sebut, pondok. Macam perkara pelik untuk generasi sekarang, seolah-olah macam benda menakutkan, jumud atau orthodoks betul. Baik ko tanya budak sekolah menengah atau aliran ugama moden sekarang.

Semua jenis ustaz cari makan..gelaran kawan aku bagi bagi lepasan aliran ugama sekarang.

Aku suka kongsi pendapat dengan kawan rapat. Contoh aku cakap, kita belajar sistem sekular dah bebelasan tahun dalam hidup ni dari tadika, rendah, menengah sehingga lah degree, sekarang dah tiba masa umur macam ni, kita masuk pondok balik belajar ilmu ugama.

Otak masa ni, walaupun lambat sikit pickup tapi pemikiran kita di tahap yang sudah matang. Jadi mudah untuk kita bezakan sesuatu.

Reaksi terlopong jer. Macam idea bangang baginya.

tips bila anda memasuki era 30 an..

umur 30an, ada beberapa perkara aku dapat kongsi di sini, terutama dari segi berkawan:
  1. ramai kawan rapat kita dulu sekarang jadi 'musuh dalam diam'
  2. tahu perangai sebenar kawan-kawan baik kita selama ini, tidaklah sebaik disangka
  3. masing-masing bawa diri sendiri, biasanya lepas kahwin
  4. cuba cari kawan yang tiada kepentingan peribadi dalam persahabatan, ini terbaik aku tengok.
  5. cubalah kurangkan skop persahabatan anda. jangan membuta tuli berkawan macam awal 20an dulu.
  6. fokus pada kerjaya dan femili
  7. cuba ringan tangan berbakti kepada komuniti. ini lebih baik.
  8. cuba berkomunikasi lebih baik dengan golongan lebih tua
  9. pergi ke satu tempat yang asing, yang mana orang tidak kenal batang hidung kita
  10. akhir sekali penuh cita-cita yang anda tidak mampu capai dahulu. umur kita bukan panjang lagi.
sekian.

Monday, February 13, 2012

Pak Alang si misteri dan power

Kat kampung aku sekarang, ada seorang mamat ni. Bagi aku misteri pun ada dia ni, aku kagum pun ada. Pak Alang oh Pak Alang.

Tuan punya badan, lelaki berumur sekitar awal 40an gitu, orang Kedah. Tapi selamba mari duk kampung aku, yang rata-rata Kelantan pekat. Kalau Melayu Patani tu benda biasa kat sini, datang menoreh getah. Ini dari pucuk Kedah sana, mari duk kat sebuah kampung kat Kelantan, seorang diri pula tu. Tak kah pelik.

Untung ko Pak Alang, sebab orang kampung aku ni rata-rata jenis open boleh terima orang luar tapi syarat utama jangan buat hal dengan orang kampung sini. Penduduk kampung sini, pula kebanyakan jenis mudah mesra dengan orang luar. Tak percaya cuba datang.

Cerita Pak Alang datang ni aku tak tau detail sangat, cuma dia dibawa oleh seorang budak kampung aku yang ketika itu kerja kontrak pasang paip Air Kelantan. Mula-mula datang tu agak misteri juga, ialah orang tua umur 40 tahun datang duk dalam kampung kau, dengan keluarga angkat aku boleh kata. kalau umur budak-budak tu boleh terima ni, ni kalau ada anak dah nak masuk universiti

Mula-mula tu, Pak Alang, cuma muncul kat jalan je masa naik motor ke kebun. Aku mula jumpa dia pun masa pi lepak kebun pisang kawan aku. Mamat mana ni, tak pernah nampak batang hidung tiba-tiba muncul kat depan aku ketika itu.

Lepas keluarga angkatnya kematian, emak. Masa tu, tiap-tiap malam ada majlis tahlil. Jadi ramai baru perasan dan orang kampung dah mula terimanya sebahagian daripada penduduk sini.

Sifatnya yang rajin serba serbi, ke kebun, gotong kampung seperti cuci paip air kampung, mengangkat hidangan kat majlis kat kampung ni. Menjadikan dia agak populis di tambah dengan aura kemisterian dia tadi.

Haha..betul kata orang bijak pandai. lagi misteri kita lagi orang nak tau. Bengong manusia sini.

Aku pun ada terpikir, kalau nasib kita semacam Pak Alang ni. Ialah katakan ada anak bini, tiba-tiba mungkin dibuang keluarga atau bisnes jatuh bankrap, kena halau kat bini/anak atau orang kampung. lepas tu merantau ke sebuah tempat yang kita tak kenal batang hidung pun. Mula hidup baru di situ, ketika meniti usia senja. Segala kemungkinan itu ada.

Friday, February 10, 2012

amboi-amboi masuk kebun balik, best juga

Seminggu dua ni aku, mula pegang balik pekakas kebun - parang, cangkul, mesin rumput dan pam racun.


Ni duk pegang mouse je, yang ini tentu boleh keluar peluh sikit. Aku ajak member aku sekor ni hiking sekitar bukit sini. Macam-macam alasan dibaginya. Letih aku urusan dengan orang macam ni. Bila aktiviti kardiol tiada, susah nak maintain stamina macam ni. Otak pun satu hal jadi lembap.


---Gila meracun---


Belah petang kalau meracun rumput dapatlah 2 pom (tangki) sampai magrib. Itu pun dah lenguh tangan kayuh pamnya. Orang kampong skill-skill macam ni kena tau, kalau tak macam mana panggil budak kampung.


Pendek kata - aku petang-petang sekarang duk main dalam semak samun.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, January 31, 2012

2 sebab kenapa anda perlu ada blog sendiri

Saya mula belajar tulis blog sekitar hujung 2004. Zaman ini, internet susah, hanya yang betul-betul ada untuk kerja. Ada rezeki pakai internet lab punya.  Bila aku cek balik, blog lama tu (aku dah tutup untuk umum), banyak juga perkara boleh kita rujuk balik tentang perangai dan sifat diri sendiri yang lepas.

Jadi sini ada 2 sebab kenapa anda perlu ada blog :


  1. untuk catitkan idea, kejadian dan segala benda yang kira penting untuk dicatatkan - baik atau buruk itu lain kira. Sebab sebagai manusia biasa yang mempunyai otak yang rata-rata pelupa dengan kejadian lepas.
  2. sebagai rujukan atau panduan anda di masa depan - anda boleh tengok bertapa cerdik, bodoh atau jahil ketika berumur sekian-sekian.

salah satu hobi saya, anda bagaimana pula ?

Thursday, January 26, 2012

Sifat penting diri sendiri, sangat-sangat perlu tonjol kat kawan-kawan kita

Dalam masa 2 tahun lebih ni, aku belajar satu perkara penting - jangan buat lembik tengkok dengan kawan-kawan. Atau bahasa mudah, jangan mudah bagi pertolongan free kat diorang ni.


2 sebab aku kata cam ni:


Kisah 1- aku cuba bangunkan web komuniti sini, semua aku bagi free -dari setup web, hosting, domain, menulis hingga laa design. Tapi bila minta tolong/sumbang sikit sini, macam-macam alasan bagi. Ok, tahun lepas aku tutup terus web tu. Done.


Kisah 2 - sambil tu, aku juga setup satu blog  bagi geng kelas aku. Semua free macam tadi. Siap hari-hari duk chat situ. Tapi, macam biasa bila minta sumbang artikel/support situ. Semua bagi alasan tiada masa/sibuk. Tapi kat fb hari-hari ada. Ok, aku ambil keputusan abandon terus bog tu, siap bagi sebijik last artikel yang 'merah batang hidup' klu diorang baca. Done.


Jadi 2 kes ini, jadi pengajaran besar buat aku. Bagaimana nak deal dengan betul ngam kawan-kawan ni.  Sebenarnya, mudah je kena buat macam mereka juga ni - pentingkan diri sendiri.


Kena berkira-kira. Bawa haluan sendiri dan satu usah ambil tahu pun hal mereka ni. Barulah semua sedar penting menyumbang dalam hidup berkomuniti ni.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Bila sedara mara, perangai macam babi

Sari dua ni, aku naik angin juga dengan sedara mara yang datang rumah.


Mana tak cakap kuat-kuat macam spekar surau. Satu lagi anak-anak diorang kurang ajar betul. Barang-barang aku buat macam harta diorang terus. Aku taktau bapak dia ajar cam mana.


Semalam kemuncak, apa bila aku nak makan, diorang kebas lauk aku sedia. Dah la lapar, pukul 5 petang pula tu. Siap letih tak cukup tido pulok.


Memang hangin satu badan, aku sound direct diorang depan-depan bos aku.


----------------


Diorang ni satu hal, bila ada masalah baru nampak batang hidung sini.


Macam babi belaka !


Lantak korang nak cakap aku ni apa, memang aku tak suka dapat saudara mara perangai macam hantu ni.


Babi sial !!!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, January 18, 2012

anda power ? sila lakukan ini

ada berani, sila buat http://is.gd/1Ehn4U

Saturday, January 7, 2012

Kontraktor : golongan yang aku paling aku tak percaya

Sebab aku pernah kena kelentong, tak banyak dalam 40k je. Itu pun kawan rapat. 2006 masih segar dalam ingatku.

#sebab aku buat keluar isu ni. kes boss aku pagi tadi nampaknya dah termakan dengar cakap manis membernya kontraktor tadi. Letih dah benda-benda repeat pattern ni.

Published with Blogger-droid v2.0.1

2012...selamat datang

Antara azam aku tahun ni:

1. Tutup akaun facebook

2. Buat hal sendiri, kurangkan fikir hal orang lain

3. Banyak aktiviti di luar

4. Cari kawan yang sama common sense

5. Fokus satu-satu perkara, satu masa

6. Cuba rembat landy satu


Harap separuh tu terlaksana


Published with Blogger-droid v2.0.1

Blog List