Sunday, March 14, 2010

google bukan sekadar email atau blogger, besar dari jangkaan aku

seminggu dua ni, aku mendalami dunia google.

untuk itu aku angkat domain satu kat google apps, saja buat syarat rajin godek2 sini.

sekiranya anda ada buat web, elok berbaik-baik lah dengan syeikh google ini, banyak faedahnya. 

google apps betul-betul menyenangkan aku, rupanya sama dengan gmail cuma beza pakai domain sendiri. dalam duk belajar google apps ni, aku baru betul-betul tahu google terlampau besar, terlampau dominan. menguasai hampir tamadun internet manusia. bukan sekadar gmail atau blogger.

dari google apps, hang akan berjangkit ke segala macam google produk, sini aku papar serba sedikit aku pernah guna atau sekadar tengok -tengok saja.

pernah guna,
  • gmail - email turbo dan mesra alam
  • google doc - aku suka fungsi, senang akses di mana saja tak perlu risau hdisk crash
  • google calendar - buat macam diari sendiri
  • igoogle - modifi default homepage browser anda, google bookmark antara fungsi yang penting bagi aku
  • google talk dan wave - untuk chat, video conference sini antara paling clear aku tengok
  • blogger - tak perlu terang rasanya ramai dah tau
  • google group - boleh letak doc dan hosting data.
  • google reader - berguna untuk baca web/blog yang sakit mata tapi menarik.
  • google scholar - selalu guna masa cari journal dulu2
  • google map & earth - google earth terlampau berat apps dia
apps yang lain, sekadar jenguk
  • google site build - buat web
  • google apps marketplace - macam menarik
  • google apps engin - index web anda terus kat google search engine
  • google alert 
  • google contact
  • google adwords dan adsense - adsense pernah buat tapi tak berjaya.
  • google video
google chrome aku tak berapa berkenan sebab melambatkan pc dan interface dia tak sebagus firefox. sebenarnya banyak lagi produk google, nati aku update lain kali.

seminggu dua ni aku duk godek setting domain biasa untuk parking di google apps. aku baca boleh, cuma tunggu emel dari syarikat domain untuk link cpanel domain. sebab kebanyakan sekarang diorang tak bagi terus link address ini.

sekadar test n error, naik penin kepala dibuatnya. kalu tak buat kita tak tau.

1 comment:

Sham Kamarul said...

mmg hebat google ni...skrg bukan setakat proxy server malah jadi CDN juga

http://web-scents.blogspot.com/2012/11/10-langkah-mudah-untuk-memanfaatkan.html

tapi bukan illegal kah

Blog List