Thursday, March 11, 2010

satu-satunya perkara, yang buatkan anda hormat pada kawan

hormat.

lain orang lain faktor diambil kira untuk hormat kepada seseorang itu. sejak kecil-kecil dulu seperti kebanyakan kanak-kanak lain aku hormat seorang itu sebab tua atau kaya. biasa lah budak-budak lagi.

bila dah dewasa, berkawan dan bercampur macam-macam. rasa hormat atau respect aku terhadap seorang kawan itu kerana prinsip hidup dia. aku tak kisah baik dia miskin atau kaya. orang jenis ada pegangan atau tidak.

itu yang aku rasa layak untuk direspect baik sebagai seorang kawan. tambah-tambah sebagai lelaki.

kebanyakan kawan sekitar aku, masa bercakap berapi-api itu. tapi bila ada 2 perkara ini semua jadi terbalik:
    1. perempuan
    2. wang atau harta
    ramai kawan-kawan aku berubah kerana no 1, sekiranya sebelum ini keras, bila ada perempuan lembik jer. umpama lalang ditiup. kata orang jer lebih.

    orang macam ni' jenis tak makan siku' - cop kawan aku.

    orang macam ini, aku sekadar bertegur sapa sahaja selepas itu. slow, tak berkawan macam dulu-dulu.

    satu lagi no 2. bila dah berharta sedikit. banyak sifat sebenar diorang akan nampak.

    bagi aku,

    cakap lain buat lain atau orang tiada prinsip untuk dipegang, tidak layak untuk di'respect'.

    No comments:

    Blog List