Tuesday, February 23, 2010

kelate kemarau, musim cari ikan sungai dah bermula

panah ngetip ! 
(panas tak goku)

itu gambaran bole diberikan sekarang, kelate dah masuk musim panas. seperti tahun - tahun lepas bila mana masuk bulan 2 -3 dah mula kemarau. bagi budak-budak kg di sini dah tiba musim mencari ikan sungai. pesta atau aktiviti sampingan bagi sorang budak kampong.

antara hasil tangkapan di lata chakoh, Jeli.

pada musim ini paras sungai akan turun, senang nak cari ikan. macam-macam teknik diorang pakai ada menyelam, menimba lubuk atau telaga, bom ikan, memukat, memerai, menjala dan mengail. musim ini juga ikan dah mula naik ke hulu sungai atau orang panggil 'ikan masuk' lubuk.

dalam banyak-banyak teknik tu, bom ikan paling bahaya. tidak digalakkan kepada amatur kalu tak jadi macam kes ini.

namun dalam banyak kes, ikan masuk lubuk saya paling suka. anda mungkin akan menikmati ikan lampam bersaiz sekitar 800 - 1500 gram sekor atau 3-4 ekor sepuloh kilo.goreng sekor-sekor best. kebiasaan fenomena ini terjadi sekitar kemarau panjang 3-5 bulan. sungai menjadi kering.

ikan jenis berkumpulan macam ikan lampam biasa jenis masuk lubuk, sekiranya anda bertuah jumpa lubuk lampam, pendek kata macam ikan dalam kolam. hitam sapa lubuk. antara sungai yang popular di sekitar sini ialah sungai pergau, sungai setir dan sungai dalam suewee.

bagi geng pencari ikan tegar, selamat mencari ikan..

Monday, February 22, 2010

kerenah claim insurans signboard

berkenaan signboard aku yang jahaman. pengawai polis yang amek kes ini suruh bawa dokumen pi kurnia kb.aku pon tepo tanya kurnia kb, dia kata bla bla bla ... kena lantik adjuster atau penilai. pelik aku dengar.

dia bagi 2 no adjuster, aku kal kedua-dua no. satu tak boleh amek tuntutan sivil macam ni (cthnya macam rumah atau bangunan dilanggar) dan satu lagi cuti, iaitu yang boleh amek kes cam ni. dah lah kat kb ni dia lah satu-satunya adjuster yang ada tuk kes cam ni.

dah  lah kurnia cakap nati kos adjusto aku kena tanggung. mau 2-3ratus juga.

pelik. dah lah aku mangsa. aku pulak kena tanggung kos.

aku tak puas hati dengan perjelasan kurnia, cuba cari kawan kerja bab insuran kat kl. setelah borak-borak panjang dengan dia. dia pon bagi tau prosuder lebih kurang cam ni,
  • hang pi kurnia kb, 
  • bawa sekali tuan kereta dan polisi insuran, 
  • isi borang claim.
  • nati tuan kereta sain borang tu.
  • fotostat segala dokumen tu nati untuk rujukan.

nati bab-bab adjuster ke apa benda tu kurnia kena urusankan.

bila dengar cam tu, logik sket bagi aku. satu minggu ni kena gi kb.

harap2 tak banyak sogeh sangat kurnia kb ni.

Thursday, February 18, 2010

ingin buka kedai gambar

semalam aku pi kedai gambar kat pekan ini, tuan kedai ini aku kenal, budak melayu muda lagi dalam 30an femili diorang dah lama berniaga jurus gambar. orang machang namanya mie. kat kelate senang cari kedai gambar melayu, tak macam sebelah luar.

kebetulan dah bertahun aku tak cuci gambar, hanya tau amek. ini pon kes nak claim signbod aku yang dilanggar mamat mana mabuk raya cina baru ni.

azka ' mie cuci gamba'
mie ' bereh'
azka  ' buat 2 salinan, 4 keping semua, lama ko?'
mie ' kejap jah'

sambil dok tunggu, aku pi cari air nyor muda kejap. kebetulan masa datang balik jumpa cek roob, kawan satu sekolah. dah lama aku tak jumpa dia, rasanya betahun. dia duk setle urusan kawin dia dengan budak sabah. kerja dbkl bahagian tunda-menunda.

aku amek gamba tadi, bayar. 8 keping, Rm 6.40 semua.

wei mahal gilo aku kata, jatuh ke 80sen satu itu pon saiz 3r. bila tanya member aku balik, itu mungkin cuci xpress ada cas sket.

-------------
 petang tu aku dah ada angan2 nak buka kedai gamba satu. memang bole cop duit lagu ni.

malam tu aku ada bual benda ini, member aku ket selamba jer cakap ok kar demo cari tempat kawe wat loan 100k. lepas ni aku rasa kena serius pikir benda ini.

apa pendapat korang?

Tuesday, February 16, 2010

officially blog

setelah lama beblog, aku putuskan ini blog rasmi aku untuk umum.

sori klu tak jumpa blog lama kawe

event management

dalam seminggu dua ni, maklum musim cuti banyak program sana - sini. kebetulan geng-geng budak sekolah dulu rancang buat satu bbq seafood kat tok bali, kelantan. jadi secara tak langsung aku terlibat ngam bab event management.

kebetulan member aku pi tasik banding layan house kat sana. dia ada merungut bab event management sebabnya program diorang pi, ada 'ce'dil' atau bermasalah.

aku pon kata' event management ini memen nampak mudah tapi tak semua orang mampu uruskannya'. ini melibatkan pengalaman aku semasa aktif dalam aktiviti mendaki gunung dolo2.

aku sambung balik ' takpe, nati kita plan geng2 kito pi cari kijang di tasik banding'

--------

setelah lama beblog, aku rasa ini official blog aku untuk umum.

Thursday, February 11, 2010

heloo

heloo worlds

Blog List