Sunday, March 28, 2010

minda peniaga: perkara paling penting sebelum kamu jadi seorang peniaga

minda peniaga.

perkara ini bagi aku sangat penting sekiranya kamu nak jadi peniaga. sebab aku tengok sorang kawan aku, dia mekanik pandai beki keta, pendek kata enjin dalam kepala. tapi masih tak yakin nak buka bengkel walaupun dah 2-3 orang offer dia buka bengkel kereta. dah hampir setahun offer.

sebab apa?

sebab utamanya, dia masih berminda seorang pekerja bukan minda boss. selagi benda ini dia tidak buang dalam kepalanya selagi itu tidak mampu untuk berniaga. apa itu minda berniaga.

minda berniaga bagi aku senang aja, kalu kamu sanggup menanggung kedua-dua perkara dalam satu-satu masa iaitu risiko dan ganjaran. kamu boleh dikatakan berminda seorang peniaga. ramai antara kita ingin/minat berniaga tetapi bila disebut hal risiko masing-masing cuba melarikan diri atau memencil. cuba mencari ruang paling selamat.

aku cuba menerangkan kepada kawan aku secara teliti tentang minda seorang peniaga dan bezanya dengan minda sorang pekerja. contoh ringkas antaranya, kenapa selama dia masih begitu, masih ingin turun kl cari kerja di bengkel sana.

aku nasihatkan dia buat satu langkah penting dalam hidupnya, pergi jupa rakan kongsinya cakap sanggup nak buka kedai dan sedia pikul tanggungjawab.

akhir sebelum balik aku minta tulun dia buat 2 perkara ' selain sanggup buka kedai' satu lagi cuba tanam dalam diri minda seorang peniaga. baru lah kita boleh jadi seorang peniaga.

No comments:

Blog List