Tuesday, March 9, 2010

bagaimana nak buat senarai email dalam csv file, untuk import ke dalam contact email

aku duk pening nak buat senarai emel dari comenter blog, kalu seorang dua tak kisah, main beratus tak larat nak buka satu-satu.

selepas berjaya extract senarai emel tu pakai plugin tertentu. lepas tu kena paste dalam excel, aku guna excell 2007. jadi untuk export senarai emel banyak ke dalam mana email seperti gmail atau yahoo dia akan minta file csv.

aku duk baca tutorial mat saleh pon tak lengkap juga, jadi ni hasil test and error aku lakukan. bagi yang ada masalah seperti ini, jangan rungsing. cuba ikut step ni.

  1. copy nama emel ke dalam excel.
  2. buang sheet kat bawah tu, default biasa ada 2 sheet kosong lagi. tinggal satu jer.
  3. kolum atas sekali, isi dengan email address dan bagi kalar kelabu sket
  4. had senarai kepada 200 sahaja, limit dia 240, nati buat satu file baru lagi untuk nama selebihnya. mula-mula tu aku taruh semua sekali, gmail tak support file csv tu. rupanya limit dia 240 sahaja.
  5. lepas tu save as, amek csv. klip yes aja.
  6. nati siap file cvs. boleh export ke dalam mana-mana email client- gmai, yahoo.

diharap ini membantu.

No comments:

Blog List