Saturday, June 26, 2010

budaya orang bujang tinggal sendiri, masih janggal di malaysia kita

tadi aku ada sembang benda ni sekali lagi dengan member aku. sebab dia dalam dilema sekarang, sebabnya abangnya baru kawin jadi sekarang ada orang baru dalam rumahnya. penting aku kata- kita walaupun orang bujang perlu ada rumah sendiri, sebab kita ada cara hidup kita sendiri dah sekarang. Benda ini aku dah sebut sebelum ini lagi, tapi dia tak amik kisah masa tu.

aku ada tengok cara hidup geng2 bachelor kat euro/us dalam tibi, mereka ni lepas graduate kerja terus cari rumah sendiri biasanya apartmen duk sorang-sorang. sini agak janggal sebab kita masih kuat amalkan budaya orang nusantara iaitu berkeluarga besar, kecuali ada seorang member aku budak kuantan, rilek jer sewa bilik sorang-sorang kat dalam apartmen cina lepas grad sebab nak dekat pi pejabat, dia menang kool! maju sangat ke depan.



aku kata kat member aku kita dengan ayah kita dah tak sama, sebab cara dan pengaruh semasa kita membesar buatkan benda ini beza. tambah-tambah sistem pendidikan sekarang. tu penting bawa haluan sendiri, anda akan lebih sukses lagi. member aku mengeluh' ayah aku ingat kito ni budak-budak lagi ko!... bagi aku tak boleh salah orang tua 100% kerana pada zamannya perkara ni mungkin biasa sahaja. konflik zaman.

aku pon tak boleh cakap banyak-banyak benda begini sebab budaya ini masih agak 'luar dan asing' lagi mungkin di masa depan menjadi amalan masyarakat. sebab kita sedikit demi sedikit sehari demi sehari mengikut apa yang negara maju dah lalui dahulu. jangan tipu dirilah cuba lihat sekeliling anda mesti anda terperasan tak sikit atau banyak.

No comments:

Blog List