Friday, July 2, 2010

penyakit kulit gatal sebelah malam, alahan pada sejuk: penyakit kulit sensitif

aku dah kat seminggu bila malam mesti gatal-gatal kat kulit, macam kena ulat bulu. berbedam naik sana sini, menyeksakan betul. takdop apa-apa sebab tiba-tiba saja anda akan rasa gatal gila kat kulit, yang tak tahan bila dia gatal sampai ke kepala, paling seksa gatal kat mata. semalam aku kena.

penyakit ini aku pernah kena tahun lepas. dokte kata kulit aku alahan pada sejuk, tu pasal bila malam akan kena. dia ada bagi ubat, lepas tu tahan. tahun ni, lebih kurang sama masa dengan tahun lepas penyakit ni datang menyerang.

satu lagi aku perasan sekarang tempat aku masuk musim hujan, sebelum ni musim kemarau gila, panas nak mapos. macam tahun lepas aku duk kl, rumah sana panas tak ingat bila balik kampung sini kawasan sejuk. tu aku rasa sebabnya. ini hanya pandangan aku dari data yang lepas, kalau ada pakar perubatan boleh bagi info yang betul kat sini.

 gatal nak mapos bila malam, tengok berbedam kulit macam kena ulat bulu

aku ada baca kat internet ada kata penyakit gatal malam ada kait dengan masalah hati. ntah betul atau tidak.. sebab yang ni tiba-tiba kena kronik pula tue.

apa-apa pun aku trip ni aku kena pi kelinik kulit, jumpa pakar tanya. malas nak pi klinik biasa dah. sebenarnya dalam hujung tahun lepas baru ni aku dah kena penyakit kulit kronik dokte kulit tu kata kulit aku sensitif, mandi jangan pakai sabun. kat 3 - 4 bulan tak menyabun sampai bersisik kulit.

14 comments:

Anonymous said...

saya pun pernah kena gak mcmni.. "alahan pada sejuk" tu yg aku wat analisis sendiri..sbb dokter pun xtau alahan sbb ape..

pas makan antihistmine ok la tu..
penyakit ni penyakit genetik..

kuliah/kelas byk ponteng disbbkan penyakit ni.. result down teruk semesta tu.. nasib baikla dh sembuh

azka said...

ok lagu tu dh sembuh, yg aku kena ni sebab cacing makan ubat cacing baru ok. benda ni ada aku bagi tau kat post satu lagi

thilla said...

pakai shampoo pon boleh..

penawar penyakit kulit dan kulit sensitif!!!!
http://www.sshapeup.co.uk/specialoffer.htm
atau
1 300 88 9338(nasihat pakar)

azka said...

masa mula2 aku kena alahan kulit dulu 3-4 bulan juga mandi x bersabun & shampo. pakar kulit kata sabun/shampo salah satu punca.

thilla said...

skunk dah ok ke?

azka said...

iya dh ok. kena lps telan obat cacing.

Anonymous said...

dulu sy ada sakit nih dua tahun lepas...mmg teruk...bila garu 2 naik bijik ke satu bijik merah...pastu sy pakai bio oil benti garu...alhamdulilah dh sembuh..

azka said...

syukur..gunalah apa cara pun asalkan hilang benda ala ni.. seksa hanya orang kena tau.

thilla said...

masalah hati ada kaitan ngan ubat cacing ke?
huhuhu..
confuse..

azka said...

doktor klinik sini ckp ada, aku nak ulas lebih2 tak reti sangat. cuba tanya syed gugle..

Anonymous said...

Ksiannya...ada sedara kena mcm ni jugak dia try BioVCO, katanya dah agak krg lps 1mgu guna, biznillah, maybe adik boleh cuba? Linknya: http://www.biovco.com/?ref=esihat

Penyakit alahan ni sampai sekarang Dr pun x tau sgt/x leh conquer, x tau knapa...tp sesejuk ni kdg2 ada kaitan thyroid kot? Semoga cepat sembuh. Allah yasfik!!!

Anonymous said...

saya pun alami penyakit macam ni..dh nk masuk 5 bulan penyakit gatal ni...bila malam,gatal tuhan saja yang tahu...bila pg ok je.. pergi klindoktor kata alahan pd makanan,persekitaran dll...skrg ni btahan dgn ubat..tp kadang2 xmjadi jgk..xthu nk buat apa...mcm kena dibuat orang je,bila pikir2...

Anonymous said...

salam hormat is3 saya pun kena juga dah 1thn mcm2 dah buat dh jumpa pakar di putrajaya test darah, semua ok,kesian bila mlm gatal2 naik 1 badan,pagi esk baru hilang kena mkn ubat doc selalu tapi mulai lps raya lalu bln jun 2011 semua gatal2 tu dah hilang,selain sakit belakang serta masalah kitaran haid dia jadi normal bila dia mula minum jus buah ni...cnfm gatal2 dia semua dah baik, la ni x perlu mkn ubat hospital dah...sapa2 nk cuba leh cll saya,sms nk sharen i blh tlg poskan trus ke rumah anda,InsyaAllah-0196437996

SITI HAJAR said...

sy tengah kena mcm nie la. naik bengkak mcm dlm gambar. tp x la teruk sgt gatal dia. gatal kdg2 je, tapi bila garu, x lama lepas 2 jadi mcm dlm gambar. tapi dlm 10 minit cmtu dia hilang sndiri. pelik. tak kan allergic kot sbb sblm ni x penah kena pon.

Blog List

  • PJK - _Boleh tahan kasihan juga dengan budak-budak zaman iPad ini. Kenapa? Sebab budak-budak ini tak pernah berkenalan dengan permainan klasik lagi tradisional ...
    1 month ago
  • I just want everyone to be happy :) - This morning I discovered that one of my stalker(s) got married last weekend. When I say stalkers, acik bukanler ramai peminat, kita bukannye Neelopak ke s...
    2 months ago
  • Prebet Kapitalis - Kalau ditanya apa kesan paling jelas dengan isu kenaikan harga, maka yang paling ternampak adalah bermulanya bibit kebencian marhein kepada kumpulan eliti...
    3 months ago
  • Lessons in life - Good Night, some great advise that I need to follow. From Life’s little instructions book. Compliment three people each day. Watch a sunrise at least once ...
    4 months ago
  • Selamat tinggal jeliloni.com - Akibat kurangnya respon positif dari warga Jeli sendiri, saya mengambil keputusan untuk menamatkan web komuniti ini. Selama hampir 2 tahun beroperasi, tiad...
    2 years ago