Friday, July 30, 2010

malaysia negara baru merdeka, jawapan kepada persoalan masyarakat kita

baru-baru ini aku ada duk bersembang-sembang dengan orang peringkat tua, generasi lepas baru merdeka. kira dah bercicit sekarang ni. dalam duk berborak-borak tu, aku baru terperasan satu benda yang selama ini aku terlepas pandang dalam menilai keadaan atau situasi.

iaitu kenapa, mengapa, sebab apa itu berlaku.

point dari perbualan itu - kenapa banyak attitude dan senario di negara kita berlaku, jauh benar bezanya jika dibandingkan dengan negara-negara lain khusus yang dah maju atau negara berabad lama tamadun diorang.

sebab utama di sini, kita baru merdeka sebenarnya. orang kata - baru nak bangun, baru nak berilmu, baru nak pandai, baru nak berharta, baru nak bermaruah, baru nak berbaik-baik. 50 tahun bukannya masa lama. kalau dikira baru 3 generasi puratanya.banyak lagi kena belajar.



haha- bila aku terperasan benar ni, jadi agak kelakar memikirkan pandangan aku selama ini terhadap masyarakat, kerajaan dan politik di negara kita. jadi bila dah paham benda cam ni, kita akan jadi lebih kool sebenarnya.

dari perbualan itu, betapa peritnya zaman perjajahan dan pra lepas merdeka. jadi jangan terkejut sekiranya ada orang dulu-dulu sanggup makan sisa tulang di bawah rumah orang macam kucing, sebab tiada makanan.

No comments:

Blog List