Tuesday, July 6, 2010

bagi yang nak servis kereta toyota anda di pusat servis toyota kota bharu, sila baca ni

semalam, aku rasa benda paling bosan aku pernah buat kat kb. member aku bawa hilux baru dia nak servis dah cukup 1000km kat pusat servis toyota kota bharu, aku pulak pi hantar dokumen untuk kes claim signbod aku kat kurnia kb.

temujanji dengan toyota pukul 1 tengahari, aku cakap awal-awal kat member aku kita setel dulu kerja aku sebab aku rasa macam kena buat perkara itu dulu sebelum ke pusat servis. dia pun ada kerja kat wisma hal imigresen pekerja. lepas pasang doublelock hilux kat lundang terus pi kat toyota.

besar betul pusat servis menate toyota ni, sebelum ni tengok kat luar jer. masuk kat dalam pening-pening juga kitorang, tanya pekerja kat situ. diorang suruh pi kuanter servis, jalan pi sana. sampai sana, jumpa kakak yang jaga kuanter tu, bagi tau nak servis. ok dia kata, minta dokumen mana patut.

ok last sekali jawapan paling best aku dengar: kereta encik nati siap pukul 5.30 petang. sekarang baru satu suku, gila babai. tak kan nak melepak sini separuh hari, member aku dah muka macam orang lembu kena curi. gelisah. dia banyak lagi urusan tertangguh, sebab dia agak kalu pukul satu temujanji, dia akan buat selalu. apa kena ikut giliran. memang jenuh menunggu. dari pukul 1 sampai pukul 5 kat situ, gila buang masa betul.



jadi kesimpulannya, lain kali bawa 2 biji kereta kalau malas nak menunggu. mana kitorang tau prosedur servis toyota macam ni. ni servis kereta kelas orang kaya-kaya. amek mu padan muka! mujur kerja aku dah setel, kalu tak duk round-round kb dengan teksi jawabnya hari.

mujur aku suruh dia bawa laptop awal-awal, cucuk bb boleh lah buat kerja kat situ tak boring sangat, sambil berbual dengan seorang brader servis camry dia. brader ni kerja cikgu kat kuala krai kira kat kawasan hulu naik bot saja 45 minit. memang patut dia akat camry buat ulang alik hari-hari dari kb ke k.rai.

rupanya ramai duk menunggu kat tempat menunggu ni, semua muka letis aku nampak. ada tertido, ada layan bola kat tv dan yang paling ramai duk topup teh/kopi susu pree kat situ. aku minum segelas je, sebab biasanya perut aku tak tahan kalau jenis air topup cam ni.

yang aku perasan : gelagat mereka tengok kereta dah siap servis ke tak, serupa macam tengok baby baru lahir kat hospital tu. sebab tempat menunggu menghadap kawasan bengkel belakang tu.

** lain kali baik servis bengkel biasa, buang masa jer.

No comments:

Blog List