Tuesday, June 22, 2010

melawat kawan yang kahwin

baru ni aku berkesempatan melawat member aku yang dah kahwin hampir 2 tahun di kl, hassan namanya. boleh kat hampir semua member2 aku berlonggok-longgok kat kl belaka, sana lubuk duit. kerana kepenatan sebab lama tak jalan jauh, semua tertido letis sangat. tersasar sikit waktu jumpa hassan, lepas tu terus ke kajang makan satey sana. kebetulan ada member aku yang nak merasa makan satey.

kami beborak hal-hal lama campur bab rumahtangga, hassan napak begitu ceria, napak sangat bahagia sejak ada bini ni. hidup lebih terurus katanya. beborak pasal masa depan, baru aku tau kerja navy pon takder gerenti walaupun kerja kerajaan kerana servis diorang setakat 10 tahun saja, lepas tu kena sambung balik kontrak lagi 10 tahun itu pon kalu dapat.


contohnya hassan cakap sendiri, dia pon tengah penin kerana tak siap lagi degree dia, sebab klu bole sambung pon dalam 3 tahun saja dah dalam masa ni kena perabiskan degreenya. kalu tak jadi macam 2-3 membernya yang tak dapat sambung, penin sebab anak baru besar, tiba-tiba kena berhenti kerja. horror betul bunyi.

tentera laut pon semua sekarang nak pakai degree, peringkat pengawai. kalu dulu masuk dengan spm tak per, amek dip lepas tu napak selamat tapi sekarang ni ada degree baru ok.

aku tanya lepas tu san? nak buat macam mana.... dia balas, buat mana patut ka.

jadi sebenarnya kerja apa-apa pon tiada jaminan

No comments:

Blog List