Thursday, June 24, 2010

JPJ kb hari khamis tutup awal, jam 3

Hari ini aku ke kb, member aku ada urusan kat JPJ Panji. Kebetulan sampai waktu rehat, jadi kuanter tempat dia perlu pi tutup. Tak kata ke jpj, diorang pon lapar. Kena datang balik jam 2 untuk setel urusan saman ni.

Kat malaysia salah satu punca duit kerajaan ialah saman, duit ni yang dibuat bayar gaji pekerja. Bikin jalan bengkan bengkok, taruk double line kofem ada kena saman. Aku pun pelik kenapa jalan kat negara kita kuat sangat kornernya, tempat patut boleh lurus kenapa dibengkokkanya. Tak perlu pi jauh tengok jiran terdekat siam dah terasa bezanya.

semua duk tunggu nak masuk bangunan jpj

Jadi kita datang balik jam 3, tengok orang semut duk hurung gula kat pintu kecil pejabat jpj. Aku tanya sorang brader apasal ni..dia balas jpj tutup awal hari ni. Aku ajat nak naik sambung lesen, member aku pi bangunan sebelah untuk urusan samannya.

Bosan menunggu, buka blog sokernet jap, semua cakap pasal world cup tapi paling menarik ada pengulas cite pasal sistem monopoli malaysia yang turut melanda sukan rakyat ini. Tahun ni semua astro balun.

Sambil duk bawah pokok aku dengar 2-3 brader situ duk merungut pasal apa jpj kb ni tutup awal sangat setiap hari kamis. Diorang mula buat tahun ni, bagi yang tatau datang dari jauh pulak, naya lah. Dahlah masa saman mudah jer, sampai surat jer dumah. Masa nak bayar mak ia susah lagu ni.

Aku tertarik dengar geng brader tepi aku borak 'ada tak pintu lain lagi? ada ikut jendela- balas sorang lagi. 'biasa pintu jendela ni orang dalam jer boleh buka'- tambah yang sorang lagi, sambil diorang ketawa.

Jadi bagi yang tatau lagi, jangan lah gatal nak pi jpj kb petang khamis. Diorang pon nak audit atar duit kat bank. Paham-paham lah.

No comments:

Blog List