Sunday, June 20, 2010

turun kl, banyak dah benda berubah

Menulis sambil mengisi masa sebelum sampai kl. Malam ni aku turun kl teman member hantar femiili dia. Rasanya dah setahun lebih aku x turun kl banyak juga perubahan aku tengok sepanjang jalan gua musang - kl ini, dah banyak pertol stesen khususnya caltex dibuka. Klu dulu masa balik pakai moto susah  betul nak isi minyak, lepas padang tengku(bunyi dalam loghat kelate) nun gua musang sana baru ada. terpaksa topup petrol dalam botol.

aku jenis mudah mengantuk klu duk kat luar, klu hadap pc siap boleh tahan nafsu mengantuk tu. Lepas makan kat port lama gua musang tadi, mata dah kuyu semacam. Tak boleh jadi macam ni, dengar mp3 pon semua lagu lentok belaka member aku sumbat dalam tu. Sampai kat Raub amek tepo godek-godek blog. Line celcom masalah jalan sini, x dapat lansung. Kena tulis kat office phone dulu nati ada 3g paste kat blog. Yang penting mata aku dah cerah bila ada elemen internet.


Gua Musang port lama

guo muse - panggilan dalam loghat negeri aku antara persinggahan paling kerap aku khusus di kawasan medan selera depan petronas sana. kerana port sini kurang orang berbanding kedai makan tepi shell jalan besar tu, senang saja hang nak singgah sini amek jalan menghala ke cameron highlands nati jumpa pertonas sebelah kiri depan petronas tu sebelah kanan ada medan selera. Sini sebenarnya port orang sekitar sini makan malam. Ok lah sikit daripada bersumbat kat shell sana.

masjid gua musang port ke-2 aku, masa gila2 aktiviti gunung dulu siap aku tido sini dulu sebelum naik gunung Rabung di felda perasu (jalan ke tasik kenyir sekarang). Aku perasan tandas sini agal terjaga sedikit dari segi bekalan air tu, walaupun tahap kebersihannya tidak setanding r&r plus. Tapi padanlah dengan cara orang kampung urus. Cuma tadi aku perasan banyak dah pam tandas tu rosak, klu ada keje kilang buat alat ganti pam tu masa balik raya tu bawa balik separt kat tandas masjid ini, sebab klu nak sedekah duit jawabnya lambat lagi lah nak digantinya.

masjid ini selalu penuh terutamanya masa nak balik raya puasa sebab senang nak sahur sini tadi aku perasan ada 2-3 wakaf baru dibina. Aku bosan bila naik highway karak dari bentong menuju kl sebab ntah apa dari dulu lagi masa balik cuti semester, terasa jauh bebenor. Boring betul.

esok ntah apa aktiviti biasalah tumpang orang ini kena ikut caranya. Cuma harap-harap sempat jumpa geng2 1427 serdang.

*ejaan banyak silap ni lah bila menulis kat hp

No comments:

Blog List