Friday, April 2, 2010

janji pada pelanggan, umpama surat mati anda: peniaga sila ingat baik-baik benda ni

semalam aku duk belek file folder kat satu kedai stationery, kebetulan untuk kemaskini projek kerjasama aku dengan sorang kawan. aku fikir kita perlu bersikap profeisonal dari segi kerja walaupun sekadar dengan sorang kawan. sebab itu caranya

kat pekan kecil cam ini, tak banyak pilihan yang ada. jadi kena cari yang terbaik dalam terhad. sini aku bukan nak cite bab file holder ni. cuma masa duk ralit membelek tu telinga aku terdengar satu perbualan seorang pelanggan ini dengan jurujual.

dia bertanyakan rubber stamp yang ditempah telah siap ke tak? jurujual cek semeta. jawab balik' dah siap tapi tak de kat sini, brader tu tiba-tiba suaranya bertenaga semacam, jadi telinga aku pon lebih fokus. ' macam mana boleh jadi cam ini, saya dah janji hari ini. dah lah hari ni nak pakai benda tu, ppd ada datang.. mati saya cam ni'  kofem brader ni cikgu atau kerja jabatan pendidikan dari nadanya tadi



'entah tuan kedai terbuh dalam bag dia, lepas tu wat pi langkawi' jawab jurujual kecik comel tu. ' ni laa kita bukan tak nak tulun melayu niaga, bila buat timbul cam ni. kito juga hok susah' brader tu dengan muka tak puah ati.'

'saya bukan seringgit dua dah buat kat sini, dah beratus ringgit rubber stamp saja lempar kat sini' testimoni dia lagi.

kadang-kadang aku kesian bila kes pelanggan ditipu hidup-hidup macam ni, bukan setakat kedai melayu kalu masuk bab rubber stamp kedai cina sama juga. aku pernah kena sekali dulu, masa kat serdang janji seminggu mula2, tapi kat sebulan baru dapat tu pon duk ulang alik tanya bagi susah tuan kedai. dah laa benda tu penting nak pakai masa nak buka acc syarikat.

seperti di ketahui rubberstamp ni biasa satu tempat jer yang betul-betul buat lain - lain tempat sekadar amek tempahan.

***
cuma dari kes ini, sebagai peniaga ' janji kepada pelanggan anda umpama surat mati anda' . kalau kamu sebagai peniaga tak tepati janji jangan harap pelanggan datang lagi. kes rubber stamp ni contoh jelas di mana brader tu akhir sekali siap sound ' kalu macam ni setakat ini urusan saya di sini, lain kali cari tempat lain'

mungkin bagi peniaga, kecil benda sebegini tapi sebaliknya pelanggan kita satu benda besar, mungkin melibatkan 'hidup mati' tambah perkara libatkan maruah atau air mukanya. masalah ini sering menghantui peniaga melayu, tambah-tambah jenis buat dua kerja dalam satu masa: kerja makan gaji sambil tu berniaga. perkara sama pada kes kedai stationery ini.

bukan kata salah, tapi bila melibatkan urusan kedai/perniagaan yang semakin bertimbun kebanyakannya tidak dapat urus dengan baik maka timbul perkara sebegini.

bagi aku hanya terdapat 1 pilihan saja dalam berniaga: nak berniaga buat cara berniaga, atau nak kerja dengan orang buat cara makan gaji.

itu lebih profesional. mungkin ramai tak setuju tapi kalu kamu alami sendiri benda ini baru kamu faham kenapa aku cakap begini.

No comments:

Blog List