Friday, April 9, 2010

kebetulan: jumpa perempuan menarik di kb dan kenapa penting high level kofiden dalam berniaga

semalam ke kb, teman kawan book keta.

ada sesuatu menarik aku tengok semalam masa duk bincang harga hilux kat showroom toyota kb ni. lepas kitorang park keta, ada satu pajero lama pon park belakang kitorang. maklumlah jalan kat kb semakin lama semakin tepu dengan kenderaan. rimas rasa bila sebut ke kb.

kebetulan salesman yang ditunggu sampai. aku kuar keta dan terus masuk dalam. sana banyak meja untuk pelanggan bincang harga, proses booking dan sain mana-mana patut. besar juga showroom toyota aman razak ni. aku tengok pajero belakang keta kitorang memang kurang ajar parking.

tiba-tiba kuar pompuan pemandunya, budak muda rasanya sekitar 24 -27 jangkaan aku, selalu tak lari banyak aku teka. rilek jer sorang, pi meja depan kami. rasanya macam nak booking toyota satu. kofiden gila aku tengok budak perempuan ni,


bertudung, gaya macam orang niaga.muka bole tahan juga, sampai bersiul juga geng-geng salesman kat showroom bila budak ni masuk, tapi dia buat kepala sendiri tak amek pusing.

aku selesa tengok gaya budak pompuan ni, sebab tak ramai high level kofiden cam ni selalu aku nampak. susah jumpa. melainkan dia berpengalaman kerja mana-mana, atau pernah training cam mlm, banking atau ekzekutif pemasaran. tapi kebanyakan berumur 30an ke atas, ini dari pengalaman aku.

pada tekaan aku budak ni:
  • jenis berniaga sendiri atau handle bisnes femili
  • mungkin pernah kerja dalam bidang profesional cam law, sebelum balik berniaga
  • mungkin pernah studi oversea
  • dah ada kedai sendiri
  • dari segi adek beradek rasanya anak sulung/ kakak tua/tunggal pompuan
  • dan mungkin dah kawin
  • bisnes dihandlenya dah stabil, cuma amek urus jer

member aku duk kalut nak taruk pagar, letak kagaruu bar, tukar tayar hilux dia. aku dah bosan melilau jer layan trafik depan simpang kbmall ni, gila jeng.. aku rasa kb kalu 3 - 6 tahun tak tambah laluan baru. banyak masa kena habis atas keta kalu datang sini. sebab utama bandar kb ni tak terancang tak macam kt.

aku tengok budak pompuan tu, keluar selamba jer, mungkin dah setle kerja dia kot. sebenarnya tiada apa point aku nak tulis sini, cuma bila kamu berniaga sebenarnya agak sukar mencari orang berkualiti dalam bidang ini. maksud aku di sini, dengan sekali tengok kita dah dapat jangka karektor seseorang itu. tambah budak muda sekitar awal dan pertengahan 20an. ramai berniaga tapi segelintir jer yang betul yakin apa diorang buat.

kofiden amat penting dalam alam perniagaan, asas utama motivasi kamu untuk terus survival.

kalau kamu terjun awal dalam bidang perniagaan, rata-rata akan berurusan dengan orang akhir 30an dan sekitar 40an. kadang-kadang tu naik boring kalu kita oghe mudo, sebab cito orang peringkat ni biasanya anak amek pmr, result spm bagus, lepas tu masuk u.

tapi aku laye jer.

jadi bila berjumpa dengan karektor begini tambahan perempuan, kamu akan merasa kelainan dan tarikannya. mungkin pada orang biasa tiada apa menariknya. takdop arah meja dia membelakang kitorang kalu dekat-dekat selamba je aku nak tegur paling kurang bole tau tak tekaan ni aku tak merapu-rapu lagi.. hehe

1 comment:

famia said...

Hehe. Lain kali tegur je. Boleh tukar2 pengalaman.

Blog List

  • PJK - _Boleh tahan kasihan juga dengan budak-budak zaman iPad ini. Kenapa? Sebab budak-budak ini tak pernah berkenalan dengan permainan klasik lagi tradisional ...
    1 month ago
  • I just want everyone to be happy :) - This morning I discovered that one of my stalker(s) got married last weekend. When I say stalkers, acik bukanler ramai peminat, kita bukannye Neelopak ke s...
    2 months ago
  • Prebet Kapitalis - Kalau ditanya apa kesan paling jelas dengan isu kenaikan harga, maka yang paling ternampak adalah bermulanya bibit kebencian marhein kepada kumpulan eliti...
    3 months ago
  • Lessons in life - Good Night, some great advise that I need to follow. From Life’s little instructions book. Compliment three people each day. Watch a sunrise at least once ...
    4 months ago
  • Selamat tinggal jeliloni.com - Akibat kurangnya respon positif dari warga Jeli sendiri, saya mengambil keputusan untuk menamatkan web komuniti ini. Selama hampir 2 tahun beroperasi, tiad...
    2 years ago