Wednesday, April 28, 2010

cara kerja: orang kita suka nampak benda kecil-kecil, yang besar tak nampak atau buat tak tahu

2 minggu ini aku sibuk berat, kejar ke kb untuk setel hal refinance jentera dan claim singboard. campur kerja luar dah stat berlambak.

dalam celah-celah tu aku sempat rembat tepo kawan aku, tulis artikel masa atas keta. aku jenis boring kalau nak keta takder buat apa, logik biasanya kita akan tengok pemandangan sama je tiap kali lalu jalan yang sama. paling tak aku duk cerita hal-hal bisnes dengan kawan aku. dia hanya diam je, macam cakap dengan hantu, sekali pikir

menulis di smartphone, aku rasa ok juga buat artikel web, paling sesuai buat draf. duk dalam keta, time panas-panas kat kb sambil taip artikel untuk web, kecil mata rasa nak juling duk tengok skrin hepon ini. antara benda baru aku cuba buat sekarang.  kelakar ada, macam budak kecil jer. betul kata ahli agama, dunia akhir zaman manusia akan jadi budak-budak (sifat) balik.

salah eja. memang perkara biasa, keypad kecil sesuai untuk jari baby. cuma aku perasan, satu yang tak best nokia punya software: dia tidak autosave, jadi kalau ada panggilan, hang tak ingat save, kena taip semula. aku kena 4-5 kali juga, baru tau.

sempat juga aku taip satu dua artikel untuk taruh publish dalam web komuniti nanti.


aku cek sekali harung jer artikel, terus publish sebab lama web dah berhabuk. bagi aku yang penting artikel kena banyak kat situ bukannya kesalahan kecil-kecil macam salah ejaan dan tatabahasa. nak harapkan yang lain tak pikir lagi buang masa jer.

nak jadikan cerita, tadi aku dapat emel sorang mamat ni tegur banyak salah ejaan situ. bagus ada juga kritik ada ambil berat.

*****
cuma dari satu sudut lain aku nampak, orang kita khususnya orang melayu, cepat nampak kalau benda kecil macam ini, kira juara bab kritik atau complain. tak perlu pergi jauh, kawan dekat aku pon perangai sama.

aku pun pelik. bukan aku tak terima kritikan atau teguran, sebab itu bagus cuma sini aku nampak perkara tak betul kat dalam masyarakat kita. contohnya bila aku buka tawaran ramai-ramai nak menulis situ, semua senyap bagi seribu alasan, itu ini.

tapi bila aku cuba, ramai pula nampak apa yang salah, kebanyakan benda remeh temeh. nampak sangat pemalas orang kita. tau nak komplain. jadi aku selalu, cakap yang penting kita buat dulu benda besar-besar atau yang penting, yang kecil baiki kemudian. itu pun ramai tidak faham. nampak sangat kesan didikan formal terlekat dalam kepala. susah nak cuci.

contohnya bagi salah ejaan aku bagi cadangan kalau nampak salah tolong betulkan terus. contohnya, untuk artikel panjang, kofem ada salah. kalau tidak, takkan ada jawatan editor di mana-mana syarikat penerbitan.

aku sendiri tatabahasa aku langgar terus, sebab taip kat dalam cms sistem, cam blog mana ada huruf besar automatik lepas noktah, lain hang buat dalam office lepas tu copy paste balik. kalau spm kofem, dapat 9 (zaman aku dulu).

bangsa tidak suka mencipta benda baru

kita harus terima hakikat bangsa kita bukannya bangsa yang suka buat atau terima sesuatu yang baru. ini jelas dalam semua cara hidup, dari sekolah sampai lah alam kerja. sukar untuk ubah, makan 2-3 generasi baru jadi.

jadi sekarang aku cuba, ubah atau paling tidak bagi tau yang terdekat dengan aku. apa yang sepatutnya kita buat, contohnya macam kes artikel kat web tadi.

aku pon taktau apa nak cerita kat sini, tapi bagi yang faham tu alhamdulilah, bagi yang tidak tu harap satu masa anda akan faham. kat blog ini sendiri aku banyak salah eja dan langgar tatabahasa. harap maaf semua.

No comments:

Blog List