Tuesday, December 14, 2010

kenapa susah nak buka akaun semasa syarikat ?

Anda pernah buka akaun semasa ?
Bagi yang ada pengalaman, mesti cakap susah kan? Silap-silap tak cukup syarat dia, tak lepas nak buka.

Kenapa proses membuka akaun semasa atau CA sangat melecehkan.

Sebab utamanya : untuk pastikan adakah anda mampu atau tidak menjaga akaun tersebut.

Ini ciri utama yang diambil kira oleh sebuah bank dalam menentu anda layak atau tidak. Siapa yang cakap, bukan aku yang kata tapi keluar dari mulut pengawai bank sendiri.

Jadi untuk memastikan ciri ini dipatuthi, proses pembukaan CA ini dirumit dengan syarat-syarat boleh tahan tahap mengarutnya. Tengok atas budi bicara pengawai bank tempat hang berurusan. Tetapi ada 2 syarat utama yang wajib dipenuhi.

Syarat 1 : cari introducer

Semalam satu hari suntuk aku kat bandar Tanah Merah, sebahagian besar masa diperuntuk untuk proses buka CA (current account). Tempat aku entah bila maybank ada hati nak pacak satu cawangan sini. Dengan syarat wajib dapatkan tandatangan introducer untuk pembukaan akaun.

Dah lah maybank syarat dia boleh tahan songeh, yang ada CA individu tak layak, kena cari yang jenis buka atas nama perniagaan/syarikat baru diterima. Bahagian ini yang susah sebenarnya, walaupun bunyi macam mudah je.

Akhir sekali pengawai tu cadang aku pi satu kedai makan, minta sign dia dengan dia lepas tu bayar 10ringgit duit air. Kan senang. Dah 2 minggu aku tanya sana sini kat kawasan aku ada tak sesiapa yang buka CA maybank, sekor pun tak der. Bank-bank lain ada lah.

Aku dah ada agrobank punya CA, tapi bila masuk bab-bab proses bayaran, cek statement, nak tahu baki segera dan banyak lagi. Agrobank tak boleh blah bab-bab ini. Tambah-tambah agrobank takder internet banking. Diburukkan lagi agrobank tempat aku ni jenis kedekut resit atm serta sentiasa penuh orang bila hari pasar.

Ini antara sebab aku buka CA lain satu lagi. Kalau hang setakat buka akaun jenis nak cek gaji tu takder masalah besar sangat. Tapi yang jenis atas urusan niaga, agak membuang masa dan tenaga anda. Iyalah contohnya kita nak tau juga siapa yang dah bayar ke belum, bila bayar, nak audit akaun hujung bulan pun susah. Takkan nak pi beratur sokmo kat bank tu.

Cuma satu aku boleh puji atm agrobank terbaik setakat ni, withdraw limit 6k satu hari dan boleh transfer duit mana-mana bank on the spot kat situ cas pun seringgit je. Murahkan.

Untuk sign introducer tu, mula-mula tu aku minta sign satu kedai hardware cina ni, tapi dia bagi no acc tak sama sign dan cop. Tokei cina ni pun satu, jenis yang banyak sangat akaun dari ayah dia, dia, bini dia punya acc hinggalah acc syarikat dia. Maybank terus tendang.

Syarat 2 : IC kena ok

Yang jadi masalah aku semalam, ic ayah aku tak boleh baca. Rosak, kad reader tu tak boleh baca. Ini syarat wajib nak buka akaun kat mana-mana bank di Malaysia, IC  mesti boleh dibaca untuk sahkan data diri anda. Sebabnya ramai sangat ic palsu sekarang khususnya kat Borneo sana, banyak kes mat indo di Sabah kantoi masa buka akaun maybank. Kelantan 3-4 tahun ada satu dua kes. Jelas pengawai bank tu panjang lebar.

Sebab akaun ni dibuka atas nama daftar niaga, jadi nama-nama yang terpapar kat daftar niaga tu semua kena hadir. Untuk cop dan sign depan pengawai maybank tu. Aku pernah dulu sekali buka akaun syarikat, atas tu ada 4 nama, mak oi susah gila nak bagi 4 ekor tu himpun sekali.

Jadi pengawai maybank tu, lupa nak bagi tau namanya Abe Wong (mr. wong) suruh pi buat ic baru dulu. Baru boleh proses. Dan pagi tadi baru tahu proses siapkan ic tu makan masa sebulan. Terima aja lah.

Banyak perkara yang mr. wong ini kongsikan dengan aku, itu pandangan dari orang bank mengenai kerenah pelanggan, isu keselamatan akaun, tanggungjawab pelanggan dan jumlah duit dalam maybank pun dia ada cerita terus terang.

Satu yang tak boleh lupa dia tunjuk contoh macamana pihak maybank boleh kesan cek itu ditulis oleh pemegang akaun atau tidak. Rupa-rupanya setiap cek yang hang depo kat mesin cek tu diimbas di KL baru boleh ditunaikan atau tidak.

Nati bila aku siap semua buka akaun ni, aku akan tunjuk pula macam cara-caranya untuk aktifkan maybank2u.com untuk akaun syarikat. Ramai yang tak tau, aku dah puas tanya google pun takder orang ceritakan benda ini. Selain maybank2u terdapat juga maybank2e.net, ramai tak perasan tapi bagi yang ada syarikat mungkin lebih amek kisah.

Ini dah masuk kali ke-3 aku buka CA atas nama syarikat, 2 daftar niaga biasa dan satu sdn bhd. Dari semua proses ini satu je kesimpulan aku boleh buat. Hang kena buat 'ayam' oleh pihak bank.

Pernah aku kena kelentong oleh pengawai Cimbbank Cyberjaya, siap bagi alasan cawangan sana nak tutup, suruh pi buka tempat lain. Yang tak tahan perempuan tu muka baik jer aku tengok, cakap pun lemah lembut. Tak boleh terima akal langsung tapi nak buat camana diorang punya bank. Terima aja la.


Jadi siapa-siapa yang berhajat nak buka CA sabarlah banyak-banyak.

3 comments:

MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) said...

Salam. Tahniah di atas perkongsian yang bermanfaat. Jika perlukan bantuan sebagai introducer Current Account Maybank atau CIMB Bank boleh whatsapp saya 013-9790000. Saya boleh jadi introducer untuk mana-mana cawangan.

Unknown said...

Memang mencabar

Unknown said...

Utk uob bank blh x encik

Blog List