Friday, December 31, 2010

Rating servis courier di Malaysia, banyak lagi patut dibaiki: KTM courier Tanah Merah buat hal hari ni

Servis penghantaran barangan atau courier adalah elemen penting dalam perniagaan. Kemajuan sebuah negara itu boleh diukur dari sistem ini, ini dari pemerhatian aku sendiri. Di malaysia servis penghantaran masih diperingkat tidak memuaskan. Jujur aku katakan banyak perlu diperbaiki. Sebab ini nadi aktiviti perniagaan dalam sebuah negara.

Korang tengok US punya sistem courier, menyeluruh hinggakan nak hantar lembu pun ada. Sebab itu diorang boleh pi jauh.

Ok, kenapa aku cite bab courier ni.

Petang tadi, adik aku pi ambil barang dekat stesen keretapi Tanah Merah, kebetulan trip ni kitorang order barang dalam stok yang banyak. Bagi yang dah lama berniaga tentu tahu, bila masuk awal tahun dan dah dekat nak raya cina barang mesti sangkut kat paling busuk 2 minggu biasanya sebulan lah senang cite. Jadi bila adik aku buat balik aku tengok kotak barang hampir semua rosak kena air hujan.

bil & separuh dari barang aku yang rosak kena hujan. koranglah nilai sendiri KTM courier punya servis ni..

Mujur barang yang kena tu jenis takder efek sangat dengan air tetapi separuh lagi barang jenis peralatan elektronik. Kalau kena itu mau, buntu aku. Iyalah stok barang kali ni kat berpuluh K.

Aku bengang tengok benda cam ni, iyalah kita bukannya free guna KTM servis. Lagi pun bukan sehari dua aku guna servis diorang dah masuk berbelas tahun. Jadi aku berhak nak buat bising dengan diorang. Mentaliti orang Malaysia ni pun satu tak berani nak complaint kalau ada apa-apa yang terjadi, redha belaka. Jadi bila lah negara kita nak jadi negara berpendapatan tinggi, sahutlah sikit cabaran Najib. Yang nak claim sana sini ramai lah.

Aku amek kamera, shot gambar barang yang rosak tadi. Lepas tu aku call operator stor kat Tanah Merah tanya kenapa jadi macam ni.

Aku bukannya nak marah sangat cuma teriklan sangat sebab servis diorang teruk kali. Benda ni aku perasan berlaku tiap kali musim hujan. Operator tu cakap diorang tak boleh nak buat apa sebab stor sana masa proses turun barang dari lori (korang jangan ingat KTM punya servis pakai keretapi ke, silaplah pakai lori juga) sana tiada bumbung peneduh. Kena musim terkujuh jawabnya habis rosak barang pelanggan.

Aku tanya dia apasal tak buat bumbung. Dia cakap dah puas diorang minta kat pihak pengurusan atasan tapi taknak buat juga. Pihak pengurusan pun satu hal apa masalah yang bengong sangat tak nak buat benda tu. Tolongla buat bumbung oni satu situ.Tolaonglah..

Itu pun dah habis molek diorang angkut barang. Sebab musim bah macam ni hujan jawabnya memanjang kalau nak tunggu hujan berhenti jawabnya tak pergi mana-mana lori KTM tu. Logik juga jawab mamat tu.

Aku pun bagi tahu nilai barang aku dan kalau rosak mati kutu aku. Dia cakap kalau macam tu claim lah. Senang dia cakap, aku rasa ini salah satu sebab KTM asyik rugi berbilion ringgit sebab ramai sangat duk claim barang rosak.

Kita sebagai peniaga bukannya jenis suka bab claim-claim ini sebabnya masa itu duit. Sebab proses claim ini memenatkan, terbaru tahun ini aku baru lepas claim singboard aku yang dilanggar mamat mabuk tu.

Aku dalam hati tiada guna berbalah dengan diorang sebab aku dengar jawabnya mereka pun jujur bunyinya. Ok aku bagi tau, diorang kalau macam tu nati aku buat report rasmi kat KTM. Suruh diorang buat bumbung tu cepat-cepat kalau tak naya kat pelanggan. Budak tu pun setuju benar.

Jadi tadi lepas tu aku email kat KTM dan siap isi form aduan kat web diorang. Aku lampirkan 3-4 keping gambar barang yang rosak.


Rating servis courier di Malaysia

Sepanjang aku terlibat dalam perniagaan ni dah macam jenis courier aku pakai dari drebar teksi hingga ke yang tersohor. Jadi korang nampak tak ni salah satu kes yang merimaskan pelanggan bila terkena macam ni.

Cuma satu aku boleh bagi, keseluruhan rating B-. Contohnya aku yang duk kat luar bandar ni lagilah naya, macam barang biasanya kena ambil kat petrol stesen. Risiko barang untuk hilang adalah tinggi. Paling ok aku tengok pun, servis pos malaysia sebab sini aku kenal posmen yang hantar barang tu. Itu pun lepas kes, aku hilang 2-3 keping cek bank, sebab sini diorang selamba longgok surat satu kampung kat kedai kopi. Percaya tak ada lagi benda macam ni walaupun kita dah setengah kurun merdeka.

Contoh kalau hang order barang dari U.S biasa pakai DHL, diorang akan bagi kat posmen juga macam kes aku kat sini. Sebab kat Kelantan tiada cawangan dia.Jadi walaupun anda pakai DHL tapi hakikatnya anda pakai servis pos biasa jadi. Kena yang order barang berharga contohya seperti jongkong emas (ada tokei kedai emas pakai benda ni order emas dari India) atau barang komputer, kalau hilang nasiblah. Jadi jangan percaya sangat iklan tahyul syarikat courier dalam tv tu.

Aku tengah tunggu KTM call ni harap-harap ada, mana tau khidmat pelanggan diorang teruk macam TNB, haram tak call tanya pun letih aku email masalah blackout kat sini.

No comments:

Blog List