Saturday, December 11, 2010

apa beza kelantan dari sudut pandangan komuniti peniaga malaysia

Kita sering mendengar pendapat atau pandangan berkenaan Kelantan dari media massa perdana. Tak ramai nak ulas pandangan komuniti peniaga malaysia terhadap negeri ini. Ok sini aku ulas serba sedikit.

Bagi yang membesar 20 tahun lepas. Salah satu faham yang ditanam dalam kepala otak kita, negeri termundur di malaysia ialah Kelantan. Kadar kemiskinan tertinggi, ibu tunggal paling ramai, bantuan pusat yang berbillion ringgit setiap tahun..bla,bla,bla.. sehingga segala bentuk provokasi di letak di atas setiap bahu rakyat negeri ini.  Lahir terus dapat status ini cuma tak tulis kat atas ic jer.

Sekiranya anda membesar di negeri pantai timur ini, anda turut sama terasa. Iyanya macam dicop atas dahi cuma tidak bertanda saja. Aku tak nak mengarut politik sini. Cuma bila meningkat dewasa dan memilih perniagaan asas kerjaya, aku perasan komuniti peniaga mempunyai satu pandangan lain terhadap rakyat negeri ini.

Sekiranya stigma lelaki kelantan jenis malas berkerja cuba diketengahkan oleh mereka yang tak bertanggjawab. Namun bagi komuniti peniaga mereka melihat orang lelaki kelantan paling rajin berusaha. Mungkin anda tengok golongan hawa mendominasi pasar basah di sekitar kelantan, cuba ringankan mulut tanya suami diorang kerja apa.. kalau tak tukang rumah, mungkin kontraktor kelas F.

Di kelantan bisnes sekunder seperti ini diserah kepada golongan wanita kerana mudah serta sesuai untuk golongan ini. Iyalah bisnes jual ikan kering, kueh mueh, sayur dan pakaian biasa wanita yang urus salah satu sebabnya target pasaran pun pelanggan wanita.

Cuba tengok kat pasar tu yang jual daging lembu, ikan atau ayam baru lah nampak batang hidung lelaki. Kerja nak perlu kudrat sebegini lebih layak untuk lelaki.

Aku sendiri terlibat dengan industri aquakultur yang jarang diceburi oleh rakyat negara ini. Kadang kala ada sebutan bahasa industri ini yang orang tak pernah dengar bila kita cakap. Jadi bila mana terlibat dalam bidang ini jaringan perniagaan agak luas dengan rakan niaga baik dalam atau luar negara.

Bila mana aku sendiri terlibat dengan beberapa projek yang hanya bermula di Kelantan kemudian menjadi trend di luar kelantan sana. Disamping ada beberapa penggunaan teknologi maju dari luar negara yang hanya banyak dipraktikan di sekitar daerah tempat aku ni. Ini dikuatkan lagi dengan cerita kawan-kawan yang merantau berkerja di luar kelantan berkenaan tempat dan penggunaan pakai teknologi di sana.

Aku boleh buat satu kesimpulan.. rakyat kelantan antara paling terbuka menerima perubahan.

Jadi di kalangan komuniti peniaga malaysia khusus bangsa cina diorang agak hormati orang kelantan kerana orang kelantan boleh menembusi dominasi diorang dalam beberapa bidang di negeri ini.

Aku tengok ini banyak dibantu oleh sifat asas keusahawan yang banyak menjadi teras pegangan rakyat negeri ini. Atau ini mungkin salah satu kesan perang saikologi kerajaan ke atas rakyat kelantan selama 20 tahun ini.

3 comments:

AkuMuzikFilem said...

well, aku kenal orang kelantan. satu je aku boleh cakap, suku melayu paling bijak berniaga ialah melayu kelantan, dan orang mamak. mamak bukan melayu dari segi darah, tapi aku golongkan sekali sebab consider sebagai islam.

itu dari segi berniaga, tak cakap hal lain lagi. satu je aku leh cakap, salute. trait melayu kelantan berbeza dengan suku melayu lain.

azka said...

anak-anak kelantan ni aku perasan ada satu sifat 'gila' dalam diri mereka. perkara ini mungkin anda sedari dengan ketara kalau anda pernah hirjah/berkerja di luar kelantan.

kadang2 sebagai anak kelantan pun, aku kelu memikir sifat ni..kesannya ada yang positif dan tak boleh lari yang negatifnya pun ada.

hang sekarang ni menetap kat bentong ke ?

AkuMuzikFilem said...

yup, back to hometown setelah lama d kota bharu. hehe

Blog List