Wednesday, May 26, 2010

perlunya kita buat ketika itu, bukannya pikir selepas itu

tajuk ini aku suka kupas, sebabnya ramai diantara kita termasuk aku sendiri sebelum ini mesti buat perkara ini.

petang tadi aku ada sempat sembang-sembang dengan budak-budak ini lepas tengok site untuk pasang signboard baru aku. dalam duk berbual-bual tu, ada terkeluar tajuk kes mencuri dan kaitan dengan polis. masing-masing kuar pendapat sendiri, namun semua ulas benda sama, iaitu apa perlu kita buat selepas perkara itu terjadi.

dalam duk hangat-hangat tu aku mencelah: kita ni sebenarnya suka pikir perkara yang akan berlaku, bukannya perkara tengah berlaku.

contohnya kalau pencuri naik atas rumah kita, apa patut kita buat:
  • nak tembak nati dengan kita-kita pun masuk lokap,
  • nak kejar nati kena dakwa: macam kes kat pasir mas hari tu, tuan rumah kena dakwa kes kejar peragut- member aku tadi bagi tau, dengan nada tegas.

aku kata, kita tak perlu pikir dah perkara akan berlaku. sepatutnya kita pikir sepenuhnya tindakan ketika tu, kalau rasa patut tembak atau kejar, buat saja. yang lain tu belakang kira. itu tindakan yang betul.


ini tidak, asyik salahkan orang lain lepas tu. ada otak patut pikir tika tu.

semua senyap bila aku buat kuar benda cam ini.

apa lah minda orang kita, napak sangat pengecut, semua nak harap polis setel. benda cam ini kena betulkan dalam masyarakat. dah jadi macam barah. semua sama, asyik bincang tindakan perlu lepas satu-satu kejadian itu berlaku, bagi aku tak der faedah.

aku ada terbaca satu buku, agak keras kenyataannya: memikirkan hari esok yang tidak tahu hujung pangkal boleh jatuh haram dalam islam.

contohnya dalam kes curi kabel telefon, kalau jumpa pencuri masa tu, kejar dulu, baru call polis. ini tidak tunggu polis datang, pencuri dengan kabel-kabel dah lesap tatau mana.

sama kes dengan berniaga, juga ambil tindakan masa tu bukannya pelanggan dah balik baru nak cari barang. tak kena lah.

No comments:

Blog List