Friday, May 28, 2010

berjiran, kenapa aku tak suka konsep lapuk ni

nak tak nak dalam hidup ni kita kena berjiran. cuma aku sendiri tak suka konsep berjiran, mungkin agak janggal bagi setengah orang.

ada beberapa sebab dan konsep jiran tu aku tak berapa ngam. bila kita berjiran, automatik kita kena kongsi segalanya, tipikalnya kongsi jalan, kongsi pagar, kongsi dinding rumah bagi yang tinggal di bandar-bandar besar, kongsi anjing kalu dengan cina dan india, menyalak pagi-pagi.

namun korang sedar tak, dalam berjiran banyak benda korang terpaksa kongsi iaitu masa korang, hak peribadi korang, bunyi jiran sekali dengan ekzos kereta + binatang peliharaan diorang. kalau kat kampung korang kena kongsi batang paip air, biasanya jenis pakai air bukit.

contoh kes: air paip di kampung

time ada air no hal.
time takde air, tau lah mana hati perut jiran korang. contohnya kes aku, rumah duk bawah bukit, rilek jer diorang tutup kort (macam pili paip tapi letak kat batang paip tu) atas sana, sebab air ikut ikut graviti suka pat rendah dulu, baru naik ke atas. apa-apa hal yang penting lepas diorang. aku dah kena 2 kali dengan 2 orang jiran tapi satu keluarga. bukan nak bawa berbincang pun dengan kita.

satu lagi sistem paip kat kg sebenar design diorang teruk, pakai konsep 40 tahun lepas lagi. apa bole buat itu pendapat ramai.

aku perasan orang kampung sebenarnya sifat kurang ajar lagi tinggi dari orang bandar ini dari pengalaman lepas. tak kira berkopiah atau serban besar periuk.

jadi apa sebenarnya faedah berjiran ni, bagi aku takde faedah yang besar sangat. katakan kenduri, berjam sangat dia tolong. kenduri kendara sekarang dah jadi industri. kalau pencuri masuk rumah kita, kebanyakan jiran kamu pon tak sedar-sedar, kalu sedar pon bukan nak tulun, baik sayang nyawa sendiri. ini aku pernah tengok sendiri. betul juga balik dia. aku suka cakap benda realiti.

ini belum masuk bab dengar anak jiran menangis kalau jenis ikut timing tak per, kalau menangis jenis tak ingat dunia, pagi-pagi dah panas enjin. aduh letih aku dengar.

belum masuk bab jiran jenis bercakap kuat-kuat, kat kg, petang-petang makcik-makcik suka lepak, gosip sana sini. biasa cakap macam cina belaka. aduh sakit telinga dibuatnya, belum masuk dosa free kita tumpang sekali.

belum masuk yang melalak pasang radio atau karaoke kuat-kuat..

satu part aku bagi aku penting. masa.

masa kita. sepatutnya masa tu boleh guna untuk perkara lain, tak pasal-pasal kena layan jiran. aku jenis tak suka layan orang, sekarang ni aku cakap direct terus. ambil lah korang nak rasa apa. hakikatnya diorang pun bukan jaga perasaan kita pun. cuba hang perati tengok apa aku kata ni.

ada juga orang setuju konsep ni

benda ni, sebenarnya aku tak suka kongsi dengan sesiapa sebelum ni. tetapi baru-baru ni aku ada cakap konsep ni kepada salah sorang kawan. terkejut aku, dia pun turut setuju dari banyak segi.

salah satu ayat dia.. betul ka, gapo hok demo kata tu, dengan berjiran kita terpaksa kongsi segalanya, masa kita, privasi kita..

jadi rupanya ada juga anomaly macam aku.

tips aku bila-bila kalu hang ada tanah luas atau plan nak buat rumah baru, jangan buat rumah tepi sempadan. buat tengah-tengah tanah. kofem selamat dari benda remeh temeh ni.

No comments:

Blog List