Friday, March 26, 2010

ramai sekadar pikir untuk niaga, tapi tidak buat... kenapa ?

kalau dirujuk tajuk atas, mesti ramai mempunyai angan-angan untuk berniaga suatu hari nati..... tapi sapa bila?

selepas grad dulu, pernah kawan-kawan aku tanya nak kerja apa. aku terus cakap kerja sendiri!. sapakan ada yang tanya balik apasal tak makan gaji dulu buat modal niaga nati. aku jawab, susah kalau buat dua perkara dalam satu-satu masa. kita hilang fokus, silap-silap lingkup perniagaan kita.

apa yang nak ditakut sangat dengan berniaga. risiko dan ganjaran tetap ada.

Thursday, March 18, 2010

kerenah pelanggan, tabiat menarik untuk dikaji dan perlu ambil tahu

kalu hang penjual, hang akan berjumpa bermacam-macam ragam pelanggan. ada ke hulu ada ke hilir. petang tadi ada seorang pelanggan, lelaki baya setengah abad dah umurnya. dia tanya ada tak barang, aku cakap ada. lepas tu abes-abes nak tengok, dia tanya camana, aku cakap rupa barang besar tu panjang mana. dia cakap balik nak tengok juga.

Tuesday, March 16, 2010

tips berniaga: kenapa perlunya stok barang jualan sentiasa ada

ahad baru ni, aku teman kawan cari blackberry kat kota bharu. pusing - pusing satu kb, akhirnya kena pi celcom kb juga. semua tempat tak der stok. kat celcom ni pon kena booking 2 minggu baru dapat. dah lah pakej celcom blackberry ni merapu-rapu.

setengah bulan kena tunggu, macam nak beli kereta plak, harganya boleh tahan, cukup untuk 3 bulan ansurans wira. aku pon pelik, besar - besar celcom kb pon tak berani simpan stok.

Sunday, March 14, 2010

google bukan sekadar email atau blogger, besar dari jangkaan aku

seminggu dua ni, aku mendalami dunia google.

untuk itu aku angkat domain satu kat google apps, saja buat syarat rajin godek2 sini.

sekiranya anda ada buat web, elok berbaik-baik lah dengan syeikh google ini, banyak faedahnya. 

google apps betul-betul menyenangkan aku, rupanya sama dengan gmail cuma beza pakai domain sendiri. dalam duk belajar google apps ni, aku baru betul-betul tahu google terlampau besar, terlampau dominan. menguasai hampir tamadun internet manusia. bukan sekadar gmail atau blogger.

Saturday, March 13, 2010

aku paling tak suka, kalu perkara di bawah ini berlaku.

lain orang lain pantang dirinya.

aku paling tak boleh blah, masa tido waktu petang ada orang call. kofem aku tak akan angkat. sebabnya masa ini mamai tahap tinggi. campur dengan penin. tambahan masa tengah tido ada orang datang. lagi - lagi lepas asar. masa bangun tu rasa macam baru lepas perang dalam kepala.

sejarahnya bermula....

Blog List