Saturday, September 4, 2010

tikam nombor : katak puru besar pun jadi

Tadi bosan-bosan aku pi kedai kawan aku untuk gunting rambut, bukan nak gunting sangat sebab aku tau dah masa kat raya ini mesti penuh kedai dia. Cuma datang ajak dia ke majlis reniuon budak-budak ni nati masa raya. Dia minta maaf sebab kena beraya kat metua raya ke-2. Itu lah bila dah berkahwin masa pun kena bagi sana sini. Bagi yang bujang tu sila nikmati masa raya anda, bebas pi sana sini.

Lepas tu, aku lepak kedai ikan kawan aku. Duk sembang-sembang kosong dari bab tokek/pok ke yang mahal berjuta-juta ke tenggiling yang sekarang hampir 200 ringgit sekilo. Sembang kampung biasa lah. Tiba-tiba tuan kedai runcit sebelah tu ada sebut - demo ada tak katak besar, ada oghe nak beli beribu sekor ?'.


Aku saja layan bodoh ' besar mana nak'?, 'Besar pinggan makan ada tak' - jawabnya sambil tuding jari ke kerusi aku duduk. 'Isk kalu besar tu susah dapat tapi kalu besar paha ada lah kat kawasan kolam kawe'- sambil aku pegang paha tunjuk. 'Owh besar dah tu bole dah' - katanya, sambil terkejut mungkin jarang-jarang dengar katak besar.

Jangan pelik memang ada katak jenis besar tapi jarang-jarang mungkin jangka hayat katak ni pendek kot. Nak besar lagi ke pergi tengok anime naruto, siap seru katak sana sini..hehe


Memang ada sekor katak saiznya besar paha aku boleh, kalau kena smash kat dia masa dia lompat boleh senak perut. Katak besar ni memang susah dan jarang-jarang boleh nampak, kalau ada pun satu tempat jer menate ni lepak.

'Tapi ni jenis katak baruh (sawah)' - jelas aku. ' Laa tak leh kata tu, kawe nak jenis katak puru' - kecewa dia. "katak puru nak buat gapo wei"? aku soal balik. " BUAT BOMOH TIKAM NOMBOR" - jelasnya. Kakaka kelakar juga aku dengar, tapi aku soal balik - " ada ke katak puru besar pinggan" selama ini aku tengok katak puru paling besar pun tapak tangan. " ada tak jumpa lagi" - jawapannya macam celaka.


Kadang-kadang pelik dan kelakar juga bila dengar kaki nombor ekor ni berbomoh.  Katak ni dia guna stail mana pula untuk bomoh.

Dulu kawan aku cerita, ada kaki nombor guna guna kura-kura syarat pertama kena jumpa kura-kura tu lintas jalan lepas tu, syarat ke-2  kura-kura tu kena lintas habis jalan tu (kena menunggu dulu laa) baru boleh bawa ke tok bomoh. Lepas tu nati bomoh tu gosok bawah perut kura-kura berasap-asap sampai keluar nombor. Yang kesian kura-kura tu sampai terberak terkencing sebab panas kena gosok. Bengong.

Industri katak... satu perniagaan lumayan

Bila dah masuk bab katak ni, aku ada terkeluar hal katak ni memang cina singapura gilakan benda ini. Tak caya bukan astro channel masakan atau travel. Diorang sana masak kari campur dengan nasi air dalam clay pot tu. Kira makanan popular kat sana. Siap promosi kat mat saleh lagi.

Industri katak ni besar, cuma kebanyakan diimport dari Thailand sana. Kalau 10 tahun dulu pun dah 9 ringgit perkilo harga sekarang tatau berapa - sambung tokey kedai runcit tu tadi. Katanya kalau nak tau orang bawa katak atau tidak masa kat Rantau Panjang , cuba perati hilux atau lori ada kabin/ peti warna merah. Ala peti macam orang masukkan ikan laut tu.

Aku kata - sini cuma orang melayu kita tak boleh bela kalau tak bertimbun-timbun jadi penternak katak..haha. Yang tak tahan tokey kedai runcit tu jadi emo, siap bersyarah panjang tiba-tiba masuk bab hukum hakam bela katak..haha. Katak tak boleh bela tapi tenggiling ramai pula orang kita selamba badak jual.

4 bulan lepas aku ada borak-borak panjang dengan seorang brader askar kem kat sini. Dia kata, masa keluar operasi dalam hutan kalau ada pribumi sabah/sarawak diorang selamba jer tangkap katak masak dengan maggi. Dia orang kata sedak, daging katak manis dari daging ayam. Katak + meggi = rasanya adunan sesuai bebenor...hahaha. Meggi cap katak.

Yang tak tahan brader tu kata- 'kalau dia guna tempat lain untuk siang katak tu tak pa, ni tempat kita nak wuduk dibahamnya siang katak situ'.

Masa duk borak-borak tu tadi, ada orang tua bagi petua nak tangkap tenggiling senang jer katanya - kalau jumpa tenggiling lintas jalan, hang sepak jer badan dia nati dia akan bergulung badan. Lepas tu cari kain/baju atau guni ikat kemas-kemas, jarang bagi menate tu boleh cakar kalau tak lari. Lepas tu cari tokey jual, kalau 8 kilo dah 1.6k duit boleh wat belanja. Mahir betui diorang ni bab mendatangkan duit.

Kelakar juga jumpa orang-orang kebanyakan ini, macam-macam citer kita boleh dapat. Kadang-kadang tak logik buat orang sekarang tetapi itu hakikatnya di luar sana.

Jumaat 2 minggu lepas, boh aku nyaris nak langgar tapir yang keluar mengejut lompat guardrail. Mujur sempat brek kalau tak bersempai kat situ. Tapir ni ada orang panggil cipan, orang kampung pula panggil badak tampun.

No comments:

Blog List