Friday, December 31, 2010

Rating servis courier di Malaysia, banyak lagi patut dibaiki: KTM courier Tanah Merah buat hal hari ni

Servis penghantaran barangan atau courier adalah elemen penting dalam perniagaan. Kemajuan sebuah negara itu boleh diukur dari sistem ini, ini dari pemerhatian aku sendiri. Di malaysia servis penghantaran masih diperingkat tidak memuaskan. Jujur aku katakan banyak perlu diperbaiki. Sebab ini nadi aktiviti perniagaan dalam sebuah negara.

Korang tengok US punya sistem courier, menyeluruh hinggakan nak hantar lembu pun ada. Sebab itu diorang boleh pi jauh.

Ok, kenapa aku cite bab courier ni.

Petang tadi, adik aku pi ambil barang dekat stesen keretapi Tanah Merah, kebetulan trip ni kitorang order barang dalam stok yang banyak. Bagi yang dah lama berniaga tentu tahu, bila masuk awal tahun dan dah dekat nak raya cina barang mesti sangkut kat paling busuk 2 minggu biasanya sebulan lah senang cite. Jadi bila adik aku buat balik aku tengok kotak barang hampir semua rosak kena air hujan.

bil & separuh dari barang aku yang rosak kena hujan. koranglah nilai sendiri KTM courier punya servis ni..

Mujur barang yang kena tu jenis takder efek sangat dengan air tetapi separuh lagi barang jenis peralatan elektronik. Kalau kena itu mau, buntu aku. Iyalah stok barang kali ni kat berpuluh K.

Aku bengang tengok benda cam ni, iyalah kita bukannya free guna KTM servis. Lagi pun bukan sehari dua aku guna servis diorang dah masuk berbelas tahun. Jadi aku berhak nak buat bising dengan diorang. Mentaliti orang Malaysia ni pun satu tak berani nak complaint kalau ada apa-apa yang terjadi, redha belaka. Jadi bila lah negara kita nak jadi negara berpendapatan tinggi, sahutlah sikit cabaran Najib. Yang nak claim sana sini ramai lah.

Aku amek kamera, shot gambar barang yang rosak tadi. Lepas tu aku call operator stor kat Tanah Merah tanya kenapa jadi macam ni.

Aku bukannya nak marah sangat cuma teriklan sangat sebab servis diorang teruk kali. Benda ni aku perasan berlaku tiap kali musim hujan. Operator tu cakap diorang tak boleh nak buat apa sebab stor sana masa proses turun barang dari lori (korang jangan ingat KTM punya servis pakai keretapi ke, silaplah pakai lori juga) sana tiada bumbung peneduh. Kena musim terkujuh jawabnya habis rosak barang pelanggan.

Aku tanya dia apasal tak buat bumbung. Dia cakap dah puas diorang minta kat pihak pengurusan atasan tapi taknak buat juga. Pihak pengurusan pun satu hal apa masalah yang bengong sangat tak nak buat benda tu. Tolongla buat bumbung oni satu situ.Tolaonglah..

Itu pun dah habis molek diorang angkut barang. Sebab musim bah macam ni hujan jawabnya memanjang kalau nak tunggu hujan berhenti jawabnya tak pergi mana-mana lori KTM tu. Logik juga jawab mamat tu.

Aku pun bagi tahu nilai barang aku dan kalau rosak mati kutu aku. Dia cakap kalau macam tu claim lah. Senang dia cakap, aku rasa ini salah satu sebab KTM asyik rugi berbilion ringgit sebab ramai sangat duk claim barang rosak.

Kita sebagai peniaga bukannya jenis suka bab claim-claim ini sebabnya masa itu duit. Sebab proses claim ini memenatkan, terbaru tahun ini aku baru lepas claim singboard aku yang dilanggar mamat mabuk tu.

Aku dalam hati tiada guna berbalah dengan diorang sebab aku dengar jawabnya mereka pun jujur bunyinya. Ok aku bagi tau, diorang kalau macam tu nati aku buat report rasmi kat KTM. Suruh diorang buat bumbung tu cepat-cepat kalau tak naya kat pelanggan. Budak tu pun setuju benar.

Jadi tadi lepas tu aku email kat KTM dan siap isi form aduan kat web diorang. Aku lampirkan 3-4 keping gambar barang yang rosak.


Rating servis courier di Malaysia

Sepanjang aku terlibat dalam perniagaan ni dah macam jenis courier aku pakai dari drebar teksi hingga ke yang tersohor. Jadi korang nampak tak ni salah satu kes yang merimaskan pelanggan bila terkena macam ni.

Cuma satu aku boleh bagi, keseluruhan rating B-. Contohnya aku yang duk kat luar bandar ni lagilah naya, macam barang biasanya kena ambil kat petrol stesen. Risiko barang untuk hilang adalah tinggi. Paling ok aku tengok pun, servis pos malaysia sebab sini aku kenal posmen yang hantar barang tu. Itu pun lepas kes, aku hilang 2-3 keping cek bank, sebab sini diorang selamba longgok surat satu kampung kat kedai kopi. Percaya tak ada lagi benda macam ni walaupun kita dah setengah kurun merdeka.

Contoh kalau hang order barang dari U.S biasa pakai DHL, diorang akan bagi kat posmen juga macam kes aku kat sini. Sebab kat Kelantan tiada cawangan dia.Jadi walaupun anda pakai DHL tapi hakikatnya anda pakai servis pos biasa jadi. Kena yang order barang berharga contohya seperti jongkong emas (ada tokei kedai emas pakai benda ni order emas dari India) atau barang komputer, kalau hilang nasiblah. Jadi jangan percaya sangat iklan tahyul syarikat courier dalam tv tu.

Aku tengah tunggu KTM call ni harap-harap ada, mana tau khidmat pelanggan diorang teruk macam TNB, haram tak call tanya pun letih aku email masalah blackout kat sini.

Tuesday, December 28, 2010

kenapa malaysia kita banyak hari cuti yang merapu-rapu, korang tak rasa bersalah ke ?

Ahad semalam buat kali ke-2 aku terkena lagi, pi bank sampai sana bank tutup. Aik takkan cuti lagi, ini negeri islam kalau belah KL sana logik laa hari natal sampai 2 hari, ini Kelantan lah bro nama pun KB sana bandaraya islam.

Percaya kalau anda jenis kerja sendiri anda sebenarnya tak ambil kisah pasal cuti-cuti ni. Ini sekaligus membuat satu perkara anda akan rasa menyampah kat Malaysia ni ' kenapa negara kita ni banyak sangat cuti, cuti yang bodoh-bodoh bagi aku'. Aku tengok setengah-tengah hari kebesaran tak perlu pun dibuat cuti hari tersebut merugikan produktiviti dalam negara jer. Nak jadi negara berpendapatan tinggi lagu mana kalau asyik duk bercuti..

Ok mari kita buat kira-kira level tadika untuk tengok benda ni,

Perkerja kat sektor awam saja sekarang ada 1.2 juta, kita ambil purata gaji sebulan 1,000 ringgit. Jadi sini aku buat kira-kira tadika dengan sorang kawan bertapa ruginya duit cukai kita bila satu hari cuti dalam negara ini. Senang citer makan gaji buta lah.

1,200 000 x 1,000 = 1.2 bilion/bulan

satu hari kerajaan kena bayar = 1.2 bilion/30 hari
 = 40 juta sehari


ini perangai orang kerja kerajaan pula..

Ada member aku sorang tu bila aku tanya kenapa kita cuti banyak sangat. Dia selamba balas - kita kan negara islam kena ikut kalendar islam lah..maal hirjah, awal muharam..bla bla. Habis tu yang hari natal, thaipusam tu apa kejadah korang cuti juga.

Member aku seorang lagi masa duk cogak-cogak tadi siapa kata.. cuba tanya ustaz man ( kerja cikgu kafa) dia tak rasa bersalah tak makan gaji buta. Iya betul juga ikut akidah islam korang tak rasa bersalah ke makan gaji buta banyak sangat (berkadaran dengan cuti)

Aku saja tulis benda ni, sebab bila kena macam ni sekali dua rasa bengang juga. Hampeh

Friday, December 24, 2010

sedarkah anda: wakil rakyat kita banyak jenis makan gaji buta, cuma kita yang buta tak nampak.

Satu hari dalam kereta. Borak-borak politik dengan kawan-kawan sebelum sampai pos imigresen Rantau Panjang.

Member aku cakap, kita bukan apa pilih parti ini. Sebabnya kawe runsing tengok orang murtad hari-hari, berapa ratus ribu (angka ini agak merapu bagi aku). Undang-undang islam tidak pun diamalkan dalam negara ni.

Dia ahli pemuda parti tu. Banyak juga dia bagi hujah sana sini. Isinya tetap sama, tipikal sangat hujah orang kebanyakan.

Aku pun cakap.. bukan aku tak nak pilih tok wakil parti tu. Nak tegak undang-undang islam macam mana kalau 5 tahun tak nampak batang hidung sekali pun masuk kampung aku. Asyik di berniaga kerjanya. Usahkan isu murtad, nak cat surau pun belum tentu boleh buat.

Terus budak tu senyap. Mati hujah. Dan dia terus cakap, kawe setuju dengan demo kalau bab tok wakil tu.

Apa tugas sebenar wakil rakyat

Aku bukan apa, parti politik kat negara kita ni kadang-kadang kala taksub sangat dengan pemimpim lama. Perkara ini terbawa-bawa kat kita generasi muda sekarang. Cuba lah bagi cam kat muka baru, apa masalahnya. Orang muda, fikiran baru dan tenaga pun kuat.

Ni duk bagi juga yang lama. Dah tentu-tentu orang benci satu hal, nak buat kerja tak larat. Kena-kena yang berpenyakit tak pasal-pasal sibuk pilihanraya kecil. Tengok 2-3 tahun ni, banyak betul pilihan raya kecil.

Sebagai pengundi aku cuma nampak, bila dia diberi amanah jadi wakil rakyat tempat aku. Jalanlah tanggungjawab tu. Apa masalahnya. Tak kisah hang dari parti cap apa. Ramai yang tak nampak perkara ini, sebab terikut-ikut trend orang dulu-dulu. Sebab wakil rakyat pun duit rakyat yang duk bayar gaji diorang bulan-bulan. Kalau tak buat kerja dah tentu-tentu makan gaji buta.

Harap semua celik sikit perkara ini, jangan terpengaruh sangat dengan blog-blog politik. Banyak merapu-rapu aku tengok, baca boleh nak percaya pikir-pikir sikit.

Satu perkara aku perasan sejak akhir-akhir ini. Orang dari parti ni, kat kelantan ni tak boleh dikritik langsung. Ini hasil perbualan aku dengan kawan-kawan yang hardcore fahaman parti ini. Macam lah tok wakil diorang tu pernah tak buat salah pun. Fahaman macam ni bagi aku merugikan untuk masa depan.

Aku tengok dah terbalik kuang, baik pembangkang kat kelantan ini lebih terbuka. Rilek jer terima kritikan.

Akhir sekali semua terus senyap tak cakap bab politik sebab dah nak masuk Sg Golok. Semua duk teringat nasi air kat situ. Memang best.

Saturday, December 18, 2010

anda sedang cari buku kenal diri, saya ada tempatnya

Susah mencari bahan bacaan untuk ilmu tarikat. Bagi yang ingin mendalami salah satu cabang ilmu agama ini, di Malaysia bahan bacaan sebegini agak sukar untuk didapati pada masa sekarang. Tambahan sesetengah-tengah ajaran sufi ini telah difatwakan sesat kerana tidak sesuai dengan budaya orang kita di sini.

Aku ada terjumpa lokasi yang menjual buku sebegini secara kebetulan.

 Mengenali Diri & Wali Allah, antara yang mencuri perhatian di pekan Muduk

Semalam satu hari suntuk aku kat belah Thailand sana, di sekitar bandar/pekan tepi sempadan. Atas urusan perniagaan. Aku sempat singgah kat salah sebuah pekan tepi sempadan paling top kalau nak membeli belah sebelah kelantan sini. Pekan Munok atau orang kelate panggil Muduk.

Sehinggakan ramai orang luar kelantan pun turut datang sini, cuma nasihat aku kalau nak datang bawa kawan-kawan orang kelate kalau tak anda kena sembelih nati masa beli. Sini syurga beli belah bagi golongan ibu. Kedai periuk, pinggan, kuali, senduk sundip hinggalah kepada bapak kawah untuk kacau bubur asyura pun ada jual.

Tips dari aku, kalau singgah pekan ini

  1. Cuba rasa laksam kuah siam, kedai makan paling hujung sebelah kanan jalan sebelah kedai jual periuk kuali. Sedak dan unik rasanya lain dari laksa kelantan. Ini pun kawan yang biasa belah sini cadangkan.
  2. Pakai selipar/sandel sebab pekan belah Thai ni atas tanah merah macam tu bukan bersimen atau batu macam tempat kita. Kena macam semalam hari hujan, becak habis.

Gerai buku

Dalam banyak kedai aku tertarik pada sebuah gerai kecil jual buku. Wah sini pun ada jual buku juga. Aku pantang ada kedai buku mesti nak singgap cuci mata jap. Dah tentu-tentu sini buku agama saja yang dipamerkan. Kawasan belah Pattani sini, pegangan orang melayu terhadap sistem pendidikan islam khusus sistem pondok masih kuat.

Rata-rata buku ditulis dalam jawi dan siam. Yang tulisan rumi kebanyakan buku belah Malaysia kita. Dalam banyak-banyak buku agama tu aku tertarik pada, sebuah buku ini. Sebab aku pernah tengok dalam koleksi seorang pengamal ilmu kenal diri masa kat KL dulu. Bila perati betul-betul, iya kofem buku tu.

Ini antara buku popular bagi yang mendalami ilmu kenal diri. Biasa buku ni golongan 40-an ke atas yang baca. Jadi aku pun tanya harga dan sambar satu. Ada 2 versi, satu rumi dan satu jawi. Tak silap buku ini diharamkan di Malaysia. Kalau ada pun tempat-tempat cam ni dan tak silap kat kedai buku jaafar rawas kat KB pun ada jual jugak. Rezeki.

Kat belah Thai sini buku-buku cam ni tiada masalah untuk didapati, sebab bukannya terikat dengan undang-undang Malaysia sana.

Banyak buku agama dalam tulisan siam, tapi sayangnya aku tak reti bahasa ni walaupun kat uni dulu pernah ambil krusus bahasa ini. Kalau yang jenis lidah lembut aku rasa hang boleh ambil krusus ini. Cina kebanyakkan yang amek kerana sebutan diorang lebih kurang sama.

Orang pergi pekan Muduk beli beras atau periuk belanga, aku pula selamba beli buku kenal diri. Siap kawan aku tengok pelik semacam. Dia pun ada kata, ayahnya pun ada sebiji buku ini tapi yang tulis jawi. Rupanya orang dulu ramai yang belajar ilmu ini sebegini dalam melengkapi diri.

Buku sebegini pada pandangan aku, tak salah dibaca boleh untuk tambah pengetahuan tapi kalau nak beramal kena cari guru yang layak. Kerana silap-silap boleh mereng kepala otak hang nati.

Betul ke cabang sufi ini wujud ?

Aku pernah sembang-sembang dengan mereka yang dalam bidang ini, nasihat dia tak semua orang dipilih melalui jalan sufi ini. Kerana kita masing-masing ada cara untuk beramal ibadah. Sekira tidak sesuai dengan jalan sufi, kita pakai jalan syariat biasa iaitu sembahyang, puasa, haji. Islam itu tidak merumitkan umatnya.

Kerana bagi bagi yang amal tarikat mereka pun tetap beramal ibadat macam orang normal lain. Mereka tetap menjalani rutin manusia biasa kahwin, ada anak bini, anak masuk sekolah dan berkerja nak sara keluarga.  Aku tengok nasihat lagu ni logik juga diterima akal. Sebab sekarang ramai dah melalut tak tahu mana arah, cuba mendalami ilmu sebegini.

Thursday, December 16, 2010

bengong dengan kalendar siam... roadtax kereta motor pun tulis pakai ni

Tahukan anda belah Thailand pun ada tarikh diorang sendiri dan yang lebih buat aku kagum, diorang pakai dalam urusan rasmi macam surat menyurat. Macam kita ada tahun hijrah diorang pun kalendar lunar. Ini pun aku googlekan balik.

Tadi member aku duk belek-belek roadtax siam, cuba tengok tarikh luput. Sebab esok rancang nak masuk bandar Sg Kolok dengan kereta. Biasanya bagi penduduk sekitar sempadan ni, yang ada kenderaan diorang akan buat satu pas untuk kereta bagi membolehkan kereta dipandu sebelah Thailand sana.

Hari dan haribulan tu boleh baca lagi tapi tahun tu dia tulis 2553. Bengong sekejap.

Last-last kitorang selamba tanya seorang tokey balak, dia selalu singgah kedai member aku. Cina ni ada rumah kat sg golok sana dan yang pelik satu-satu cina aku jumpa suka layan lagu P.Ramlee, siap pasang kuat-kuat dalam merz dia.

Dia kata.. 'itu tahun 2010 kalau 2553'. Jadi kofem roadtax tu dah mapus.

Jadi bagi kalendar Thai 2553 = 2010.

Satu aku perasan website belah-belah thai sana tak boleh blah, jauh ketinggalan. Majoriti stail oldskol lagi.

Tuesday, December 14, 2010

kenapa susah nak buka akaun semasa syarikat ?

Anda pernah buka akaun semasa ?
Bagi yang ada pengalaman, mesti cakap susah kan? Silap-silap tak cukup syarat dia, tak lepas nak buka.

Kenapa proses membuka akaun semasa atau CA sangat melecehkan.

Sebab utamanya : untuk pastikan adakah anda mampu atau tidak menjaga akaun tersebut.

Ini ciri utama yang diambil kira oleh sebuah bank dalam menentu anda layak atau tidak. Siapa yang cakap, bukan aku yang kata tapi keluar dari mulut pengawai bank sendiri.

Jadi untuk memastikan ciri ini dipatuthi, proses pembukaan CA ini dirumit dengan syarat-syarat boleh tahan tahap mengarutnya. Tengok atas budi bicara pengawai bank tempat hang berurusan. Tetapi ada 2 syarat utama yang wajib dipenuhi.

Syarat 1 : cari introducer

Semalam satu hari suntuk aku kat bandar Tanah Merah, sebahagian besar masa diperuntuk untuk proses buka CA (current account). Tempat aku entah bila maybank ada hati nak pacak satu cawangan sini. Dengan syarat wajib dapatkan tandatangan introducer untuk pembukaan akaun.

Dah lah maybank syarat dia boleh tahan songeh, yang ada CA individu tak layak, kena cari yang jenis buka atas nama perniagaan/syarikat baru diterima. Bahagian ini yang susah sebenarnya, walaupun bunyi macam mudah je.

Akhir sekali pengawai tu cadang aku pi satu kedai makan, minta sign dia dengan dia lepas tu bayar 10ringgit duit air. Kan senang. Dah 2 minggu aku tanya sana sini kat kawasan aku ada tak sesiapa yang buka CA maybank, sekor pun tak der. Bank-bank lain ada lah.

Aku dah ada agrobank punya CA, tapi bila masuk bab-bab proses bayaran, cek statement, nak tahu baki segera dan banyak lagi. Agrobank tak boleh blah bab-bab ini. Tambah-tambah agrobank takder internet banking. Diburukkan lagi agrobank tempat aku ni jenis kedekut resit atm serta sentiasa penuh orang bila hari pasar.

Ini antara sebab aku buka CA lain satu lagi. Kalau hang setakat buka akaun jenis nak cek gaji tu takder masalah besar sangat. Tapi yang jenis atas urusan niaga, agak membuang masa dan tenaga anda. Iyalah contohnya kita nak tau juga siapa yang dah bayar ke belum, bila bayar, nak audit akaun hujung bulan pun susah. Takkan nak pi beratur sokmo kat bank tu.

Cuma satu aku boleh puji atm agrobank terbaik setakat ni, withdraw limit 6k satu hari dan boleh transfer duit mana-mana bank on the spot kat situ cas pun seringgit je. Murahkan.

Untuk sign introducer tu, mula-mula tu aku minta sign satu kedai hardware cina ni, tapi dia bagi no acc tak sama sign dan cop. Tokei cina ni pun satu, jenis yang banyak sangat akaun dari ayah dia, dia, bini dia punya acc hinggalah acc syarikat dia. Maybank terus tendang.

Syarat 2 : IC kena ok

Yang jadi masalah aku semalam, ic ayah aku tak boleh baca. Rosak, kad reader tu tak boleh baca. Ini syarat wajib nak buka akaun kat mana-mana bank di Malaysia, IC  mesti boleh dibaca untuk sahkan data diri anda. Sebabnya ramai sangat ic palsu sekarang khususnya kat Borneo sana, banyak kes mat indo di Sabah kantoi masa buka akaun maybank. Kelantan 3-4 tahun ada satu dua kes. Jelas pengawai bank tu panjang lebar.

Sebab akaun ni dibuka atas nama daftar niaga, jadi nama-nama yang terpapar kat daftar niaga tu semua kena hadir. Untuk cop dan sign depan pengawai maybank tu. Aku pernah dulu sekali buka akaun syarikat, atas tu ada 4 nama, mak oi susah gila nak bagi 4 ekor tu himpun sekali.

Jadi pengawai maybank tu, lupa nak bagi tau namanya Abe Wong (mr. wong) suruh pi buat ic baru dulu. Baru boleh proses. Dan pagi tadi baru tahu proses siapkan ic tu makan masa sebulan. Terima aja lah.

Banyak perkara yang mr. wong ini kongsikan dengan aku, itu pandangan dari orang bank mengenai kerenah pelanggan, isu keselamatan akaun, tanggungjawab pelanggan dan jumlah duit dalam maybank pun dia ada cerita terus terang.

Satu yang tak boleh lupa dia tunjuk contoh macamana pihak maybank boleh kesan cek itu ditulis oleh pemegang akaun atau tidak. Rupa-rupanya setiap cek yang hang depo kat mesin cek tu diimbas di KL baru boleh ditunaikan atau tidak.

Nati bila aku siap semua buka akaun ni, aku akan tunjuk pula macam cara-caranya untuk aktifkan maybank2u.com untuk akaun syarikat. Ramai yang tak tau, aku dah puas tanya google pun takder orang ceritakan benda ini. Selain maybank2u terdapat juga maybank2e.net, ramai tak perasan tapi bagi yang ada syarikat mungkin lebih amek kisah.

Ini dah masuk kali ke-3 aku buka CA atas nama syarikat, 2 daftar niaga biasa dan satu sdn bhd. Dari semua proses ini satu je kesimpulan aku boleh buat. Hang kena buat 'ayam' oleh pihak bank.

Pernah aku kena kelentong oleh pengawai Cimbbank Cyberjaya, siap bagi alasan cawangan sana nak tutup, suruh pi buka tempat lain. Yang tak tahan perempuan tu muka baik jer aku tengok, cakap pun lemah lembut. Tak boleh terima akal langsung tapi nak buat camana diorang punya bank. Terima aja la.


Jadi siapa-siapa yang berhajat nak buka CA sabarlah banyak-banyak.

Saturday, December 11, 2010

apa beza kelantan dari sudut pandangan komuniti peniaga malaysia

Kita sering mendengar pendapat atau pandangan berkenaan Kelantan dari media massa perdana. Tak ramai nak ulas pandangan komuniti peniaga malaysia terhadap negeri ini. Ok sini aku ulas serba sedikit.

Bagi yang membesar 20 tahun lepas. Salah satu faham yang ditanam dalam kepala otak kita, negeri termundur di malaysia ialah Kelantan. Kadar kemiskinan tertinggi, ibu tunggal paling ramai, bantuan pusat yang berbillion ringgit setiap tahun..bla,bla,bla.. sehingga segala bentuk provokasi di letak di atas setiap bahu rakyat negeri ini.  Lahir terus dapat status ini cuma tak tulis kat atas ic jer.

Sekiranya anda membesar di negeri pantai timur ini, anda turut sama terasa. Iyanya macam dicop atas dahi cuma tidak bertanda saja. Aku tak nak mengarut politik sini. Cuma bila meningkat dewasa dan memilih perniagaan asas kerjaya, aku perasan komuniti peniaga mempunyai satu pandangan lain terhadap rakyat negeri ini.

Sekiranya stigma lelaki kelantan jenis malas berkerja cuba diketengahkan oleh mereka yang tak bertanggjawab. Namun bagi komuniti peniaga mereka melihat orang lelaki kelantan paling rajin berusaha. Mungkin anda tengok golongan hawa mendominasi pasar basah di sekitar kelantan, cuba ringankan mulut tanya suami diorang kerja apa.. kalau tak tukang rumah, mungkin kontraktor kelas F.

Di kelantan bisnes sekunder seperti ini diserah kepada golongan wanita kerana mudah serta sesuai untuk golongan ini. Iyalah bisnes jual ikan kering, kueh mueh, sayur dan pakaian biasa wanita yang urus salah satu sebabnya target pasaran pun pelanggan wanita.

Cuba tengok kat pasar tu yang jual daging lembu, ikan atau ayam baru lah nampak batang hidung lelaki. Kerja nak perlu kudrat sebegini lebih layak untuk lelaki.

Aku sendiri terlibat dengan industri aquakultur yang jarang diceburi oleh rakyat negara ini. Kadang kala ada sebutan bahasa industri ini yang orang tak pernah dengar bila kita cakap. Jadi bila mana terlibat dalam bidang ini jaringan perniagaan agak luas dengan rakan niaga baik dalam atau luar negara.

Bila mana aku sendiri terlibat dengan beberapa projek yang hanya bermula di Kelantan kemudian menjadi trend di luar kelantan sana. Disamping ada beberapa penggunaan teknologi maju dari luar negara yang hanya banyak dipraktikan di sekitar daerah tempat aku ni. Ini dikuatkan lagi dengan cerita kawan-kawan yang merantau berkerja di luar kelantan berkenaan tempat dan penggunaan pakai teknologi di sana.

Aku boleh buat satu kesimpulan.. rakyat kelantan antara paling terbuka menerima perubahan.

Jadi di kalangan komuniti peniaga malaysia khusus bangsa cina diorang agak hormati orang kelantan kerana orang kelantan boleh menembusi dominasi diorang dalam beberapa bidang di negeri ini.

Aku tengok ini banyak dibantu oleh sifat asas keusahawan yang banyak menjadi teras pegangan rakyat negeri ini. Atau ini mungkin salah satu kesan perang saikologi kerajaan ke atas rakyat kelantan selama 20 tahun ini.

Friday, December 10, 2010

web/blog sampah antara kesan kemajuan teknologi cms: menyampahkan

Tadi aku duk cari info berkenaan untuk aktifkan maybank2u bagi akaun syarikat. Dari segi buka acc semasa, CA syarikat aku sendiri dah ada pengalaman cuma bab aktifkan internet banking ini belum pernah buat.

Dah jadi perangai aku, buat R&D serba sedikit sebelum pi jumpa pihak berkaitan. Paling kurang kita tak lah kena kelentong, tambah-tambah duk kampung. Ini aku perasan, kalau borak-borak dengan mana officer ni lepas korang cakap atau terkeluar ayat ' saya ada rujuk kat internet..bla bla.' mesti diorang lain selalu.

Tak semua tapi kebanyakan gitu lah.

Jadi aku pun tanya syeikh google kata kunci ni: buka maybank2u untuk akaun syarikat. Maka keluar la senarai web cam biasa, cuma aku selalu perasan kalau kata kunci popular mesti terkena wabak internet ini. Web sampah.

Satu yang aku menyampah sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, sejak teknologi cms bertambah maju. Maka banyak wujudnya blog/web sampah macam ini. Buat rugi bandwith celcom bb aku dan masa aku jer. Jadi tambah satu kerja pula nak tapis benda-benda cam ni. Ok.

Kenapa aku panggil web sampah, sebab diorang kebanyakan letak kata kunci untuk enjin carian. Tujuan naikkan rating blog hasilnya pungutan iklan pun meningkat. Pembaca pun bosan.

Ini web indo tak silap, mat² indo bisa bab cam ni.


korang tak menyampah ke ?

Tuesday, December 7, 2010

6 perkara yang anda patut sedia sekiranya berhajat balik menetap di kampung

Hampir majoriti kebanyakkan anak muda sekarang lepas grad  bekerja di bandar. Jadi mana yang pernah berkerja atau tinggal di bandar, berhajat untuk pulang balik menetap di kampung. Ini antara perkara yang anda mungkin tidak jangka kerana ramai menyangka hidup di kampung lebih indah. Pekiraan anda tidak silap cuma kurang tepat saja.

Sini cuba aku kongsi serba sedikit apa yang aku rasa patut dikongsikan. Aku perasan benda ini jarang orang  nak cakap mungkin ramai anggap perkara sebegini mendedahkan keburukan saja. Bagi aku ianya cuma satu kelemahan yang boleh dibaiki.

  1. Semua benda jadi perlahan. memilih untuk menetap di kampung bererti anda pilih satu langkah ke belakang sebenarnya. Hidup di kampung tak nafi tenang tapinya disertai dengan sikap yang perlahan dan kurang efesien. Tak caya cuba berurusan dengan mana-mana kuanter bank atau pejabat, jelas beza dengan bandar. Ini akan membuatkan anda pada mula-mula protes terhadap sikap sebegini namum lama kelamaan anda pun terikut-ikut sikap ini. Aku mula-mula naik geram juga.
  2. Kemudahan yang terhad. Sukar untuk dapatkan keperluan terkini antaranya talian jalur lebar walaupun sudah 4-5 tahun dipakai di bandar, belum kelihatan untuk dipasang di kampung. Kalau nak kena usaha lebih sedikit, aku pernah ambil dan pacak sendiri tiang telefon sampai 5 batang semata-mata nak line streamyx. Gila kan tapi itu realitinya.
  3. Kurang pilihan. Sekiranya anda jenis kaki shopping, hidup di kampung membuatkan anda lebih ringkas dalam membuat keputusan, salah satu sebabnya kurang pilihan baik kedai atau barangan.
  4. Lingkungan kawan terhad. tidak seperti tinggal di bandar, kita mempunyai ramai kawan baik satu pejabat, taman dan satu hobi. Golongan muda terasa benar kekurangan ini. Ini merugikan anda dari satu segi untuk terdedah kepada benda atau peluang baru.
  5. Kos meningkat dan banyak buang masa. Ini melibatkan urusan rasmi atau bank. Kerana kebanyakan lokasi nereka ini terletak di bandar anda terpaksa mengeluarkan kos yang lebih untuk ke sana. Kalau duk di bandar nak tak perlu buang duit kepada benda merapu ini,  selain terpaksa membuang masa anda.
    Benda ini bagi aku paling merugikan, diburukkan lagi dengan lokasi ibu negeri yang tidak seimbang, kalau letak kat tengah-tengah negeri senangkan. Begitu juga dengan harga barang keperluan harian ada beza dengan bandar, mungkin faktor kos pengangkutan yang terpaksa dialih kepada pengguna.
  6. Pemikiran lebih tertutup. Ini beza budaya yang paling ketara aku tengok, kalau korang tinggal di kampung yang bercakap gaya fikiran orang bandar silap-silap kena maki. Mungkin taburan golongan berumur tinggi menyebabkan perkara ini terjadi. Orang tua mana lah suka terima perubahan. Hati-hati bila berkomunikasi dengan orang kampung. Aku pernah kena kes tegur budak nakal, siap suami isteri dia 'sound' balik aku. Malu juga niat kita baik.
    Jadi satu perkara aku belajar dari sini, jangan cuba bercakap benda yang terlampau maju ke depan, diorang tak tangkap. Korang kena tolak 2 tahun ke belakang paling kurang kalau nak borak-borak juga.
Mungkin 6 perkara ini menjadikan kenapa ramai memilih kampung sekadar tempat pilihan di masa bersara nati. Sebab itu bila tanya kawan-kawan aku ramai beri seribu satu alasan sebab apa liat sangat nak balik menetap di kampung.

Benda ini terdetik aku nak kongsikan bila sembang dengan sorang abang kawan baik aku. Dia berhajat nak balik menetap di kampung dari KL dan siap cakap berapi-api perancangannya. Aku cuma bagi tips kat dia -semua lain belaka dari apa kita jangka.

satu lagi aku cakap kat kawan aku ' duk kampung nak cari jodoh pun susah.. tak banyak pilihan'..hehe

Monday, December 6, 2010

Tips cara-cara masukkan duit di mesin deposit: 3 langkah anda patut tahu

Bosan duit kena tendang kat mesin depo, sila baca kisah di bawah.

Semalam aku depo duit kat 2 mesin atm satu kat agrobank dan satu lagi kat maybank. Aku perasan semasa proses depo tu, uncle dan kakak sebelah aku 2-3 kali asyik kena tendang balik duit oleh mesin depo tu.Aku biasa jenis suka perati tengok perangai orang. Banyak kali juga diorang keluar masuk balik duit baru lah mesin tu telan semua.

Mungkin diorang tak tahu lagi cara betul masuk duit kat mesin deposit.

Lepas tu aku pi singgah cimbbank, jumpa member sana. Kawan aku pun asyik kena tendang balik duit.

Aku pun menyampuk ' mai aku tunjuk teknik rahsia masuk duit ke perut mesin depo ni'

Sekali masuk terus semua kena telan. setel.

Dia pun balas ' owh gitu caranya, kawe pun tak tahu'

Teknik inilah hasil perhatian aku, kat seorang mamat ni semasa deposit di cimbbank depan KBmall. Mesin tu jenis susah betul telan duit, siap ada awek sorang tu cakap, bang jangan pakai mesin tu..menyusahkan. Tapi aku tengok mamat ni, rileks jer pakai mesin tu. Tengok gayanya macam ceti, ada beg galas kecil. Duit berkempul-kempul duk depo, akhir sekali dia berjaya depokan semua duit.

Kagum sekejap aku, kerana beliau dapat takluk mesin tu. Susah juga sebenarnya.

susun betul

Lepas aku pakai teknik ini terbukti berkesan dalam elak @ kurang kena tendang balik duit.

ok caranya macam ni:

1. Ok cam biasa. Anda pastikan duit tu tidak berlipat

2. Kalau boleh susun duit ikut susunan dia. jangan terbalik sana sini.

3. Ini paling penting. Duit tu anda kena lipat tengah-tengah, biar dia jadi macam huruf v. Lepas tu betulkan balik baru masuk dalam perut mesin deposit.



lipat tengah jadi bentuk v

No 3 tu paling jarang orang tahu. Kalau hang pi tanya orang bank pun dia akan ajar macam tu juga.

Dalam banyak-banyak mesin deposit, setakat ini aku rasa bank muamalat paling cepat dan tak banyak songeh. No 2 publicbank dan juara paling banyak tanya mesin depo agrobank.. macam pak guard pula.

Diharap dengan tips anda boleh kurang masa duk melekat kat mesin depo tu.

Saturday, November 27, 2010

5 sebab kenapa anda perlu pilih blogger sebagai platform blog anda

5 lima sebab kenapa saya suka blogger sebagai platfrom blog:

  1. Laju. server google memang boleh kata tahap superman. tambah2 kalau hang jenis ada broadband yang suka buat hal. Biasa bila bb buat masalah, 2 ini aku boleh akses iaitu blogspot dan fb.
  2. Stabil. tiada heng atau suka buath hal tak boleh akses, ini selalu terjadi kepada self hosting kerana syarikat hosting suka benar buat kerja selokar2 server diorang, dalam setahun tu mesti kena lah.
  3. Ringkas tapi power. Walaupun sistem cms blogger agak ringkas tapi tahapnya boleh menyamai mana cms popular lain yang ada seperti joomla, drupal dan wordpress. Cuma kena pandai guna, kebelakangan ini blogger dah banyak kemajuan.
  4. Selamat.Ini eleman paling penting bagi aku terutamanya untuk jangka masa panjang. Anda tidak perlu pening2 data terutama tulisan anda akan hilang selagi syarikat google tak lingkup. Kerana banyak bukti self hosting yang gagal dalam bab-bab keselamatan data ini dalam jangka masa lama. Bagi blogger berpengalaman mereka sedar isu ini. Kecauli anda langgar syarat2 blogger tak pasal kena delete oleh team blogger.
  5. Mesra. Blogger mesra dengan mana2 peranti dan aplikasi terkini. Anda tak perlu pening2 nak ejas blog anda biar engineer google tolong buat.
banyak lagi kelebihan blogger, cuma saya senarai yang penting dari pandangan saya.Walaupun saya ada domain dan server sendiri, 5 sebab di atas membuatkan saya lebih selesa berblog di blogspot.

Janganlah berkira-kira sangat dengan hadiah kahwin kawan kita

Bagi aku sikap orang kita sangat berkira-kira. Ini dari contoh perbualan petang tadi kat google talk, aku ringkas saja sini. Saja aku nak share dengan korang semua.

Tadi aku chat dengan member aku cikgu yang mengajar kat sabah, dia tanya aku bila majlis kenduri kahwin member sekelas satu lagi, aku kata ahad esok.

Best gila jadi cikgu, dalam setahun kat 2 bulan makan gaji buta...cuti panjang betul diorang. Tue yang ramai duk serbu kpli dan jantan2  pun menjadikan cekgi2 sebagai pilihan pasangan hidup.. tak caya cuba borak2 kat luar. Kadang2 rimas aku dengar takder topik lain ke.. cuba laa cari awek2 jepun ke jadi bini barulah mugen bak kata geng2 honda tak pun awek korea..hehe. off topik jap.

Ditanya lanjut - hadiah dah beli ke?.. aku pun pelik apasal tanya macam tu. Aku jawab selamba' dah beli tapi yang  mana berpakat hari tu jer. 

Dia balas selamba - tak rugi duit kawe kalu macam tu, nati buh nama kawe sekali.

Tips-tips membeli peralatan perabot pejabat bagi yang berkerja sendiri

Bagi yang bekerja sendiri, salah satu keperluan anda perlu cari sendiri ialah peralatan perabot pejabat. Kosnya bermula dari ratus ringgit hingga ribuan bagi yang berkemampuan. Siapa kata kerja sendiri sedap, kerja makan gaji lagi best tak perlu pikir benda2 ini bawa badan ke pejabat sahaja.

Antara peralatan asas ialah kerusi dan meja pejabat. Berdasarkan pengalaman aku, peralatan pejabat ini hang kena beli kat kedai khusus yang jual peralatan pejabat sebabnya utamanya ketahanan peralatan ini dan rekabentuknya yang mempunyai 'sistem' bagi kegunaan pejabat. Tak salah beli kedai perabot biasa tapi aku tengok daya tahan dia tak semolek kedai khusus ini.
rekabentuk baik ikut sesuai badan,ini model ke-2 aku tukar, cap apex ini bagi aku tak selesa lansung. buang tiga ratus ringgit sini.

Aku sendiri bermasalah bila nak pilih kerusi baru-baru tambah duk dekat pekan kecil mana ada kedai sebegini. Paling busuk ke turun Kota Bharu cari kerusi yang sesuai itu pun ada 2 kedai yang khusus jual benda2 gini kata tokei kedai perabot tempat aku ini. Kebetulan masa turun KL hari tu tak sempat nak merayau-rayau kedai perabot sana. Masa singkat sangat.

 Dari pengalaman aku, sini aku berikan tips bagi yang mula-mula tercari peralatan pejabat:

  1.  Pergi kedai perabot yang jual khusus jual peralatan pejabat. Sana banyak pilihan dari kedai biasa2. Kelantan ada 2 buah je, kata tokei kedai perabot sini. Pilihan terhad di sini.
  2. Ringankan mulut tanya kedai perabot, jenama untuk pejabat. Biasa ada 2 jenis jenama satu premium dan satu lagi yang biasa. Baik keluarkan duit lebih sedikit untuk kualiti dan daya tahan.
  3. Kena cuba model yang ada. ikut kesesuaian badan, jangan main pakai tengok katalog lepas tu order. Ini paling penting. Sebab dalam gambar dengan kat luar memang lain. Terutamanya kerusi, aku sendiri dah kena mula-mula ok, lepas tu tukar model lain sebab kedai perabot tu kelentong model, terus out. Sebab aku sendiri tak pergi cuba dulu model yang ditukar tu, pakai percaya kerani kedai tu kata model sama. Rupanya rekabentuk dia lain, sakit2 belakang.
  4. Jangan termakan atau percaya sangat jurujual/kerani kedai perabot. Agak-agak kalu jenis kuat nak kelenton tu baik beransur-ansur ke kedai lain. Kalau rasa sesuai dengan badan amek.
  5. Rajin2 googlekan kat internet berkaitan perabot pejabat.
  6. Baik turun ke bandar besar seperti Lembah Klang sebab sana lagi banyak pilihan dari segi rekabentuk, jenama dan yang penting harga.

Thursday, November 11, 2010

nama blog anda, adakah pengaruhi trafik

Aku blur nak letak tajuk apa kat blog ini. Tiada idea, akhir sekali aku buh sama tajuk dengan blog lama aku. Aku tengok ramai yang letak tajuk yang nice2 dan comel2 ayat. Ok tapi tipikal sangat. Ada letak nama sebijik macam fesbuk pula.

Aku lebih selesa letak gambar kepala ikan toman tu, nati kalau org tanya blog mana, senang nak jawab: blog cap kepala ikan!

Wednesday, November 10, 2010

kad atm lintah darat dalam senyap

Kad atm..

sekeping plastik magnetik yang hampir semua orang ada sekarang. Tapi korang perasan tak kad atm ni, rupa-rupanya satu pembaziran dalam senyap. Bila aku terbaca blog sorang mamat ni cash color , baru aku sedar selama ini buang duit hangus macam tu. Blog ni banyak info berguna ditulis secara santai. Aku suka gaya dia.

Contohnya aku sendiri ada kat 6 kad atm yang dibuka atas macam-macam urusan antaranya pinjaman, akaun syarikat dan satu alasan biasa, nampak orang lain ada kad atm kita pun gatal-gatal nak buat satu. Jadi apa yang masalahnya dengan kad atm ni bro ?

Masalahnya dia potong setiap tahun, RM 8-12.00. Kalau ada 5 kad sahaja dah 40 ringgit setahun hangus cam tu, kalau kali dengan 10 tahun, hang pikir sendiri. Itu boleh masuk yang terbabas cucuk meps, paling ganas giro bsn aku dengar.

Betul juga kata mamat cash color tu bagi tau, cuba cari bank yang tawar tiada yuran untuk kad cip ini. Dia kata setakat ni HSBC bank sahaja yang ada offer benda ni, lain-lain bank buat duit atas angin dengan kad atm.

Aku dah cek saving acc, punya interest pun belum tentu boleh timbus yuran ni, lainlah kalau korang taruk situ paling busuk 20k. Rata-rata kita hanya buka saving acc sahaja, sebab current acc banyak syarat merapu dia minta.Aku perasan current acc lagi banyak kadar faedah dia bagi.

Lagi pun kita hanya guna 1-2 bank sahaja yang kita rasa selesa, lain tu buat koleksi.

Aku cerita benda ini sebab lepas buka akaun kat bank muamalat terbaca blog mamat tu. Lepas tu bila cek statement kat online bank tak pasal-pasal hilang 8 ringgit.


Lepas ni aku pikir nak matikan acc yang jarang pakai.

*Aku tak boleh terima lagi kenapa cimbbank sejak zaman bumiputra comerce kena cas 50 sen kalau deposit di kuanter selain cawangan kita buka acc, syukur ada mesin deposit sekarang. Kalau hang depo, 2K ke atas kena seringgit. Tak habis-habis korek duit pelanggan, pandai betul diorang ini.

Thursday, November 4, 2010

cuti banyak tiada orang nak komplen pula

Hari ini entah apa aku semangat nak pi bank awal-awal tapi bila pikir hari pasar dah hari khamis kena lewat sikit. Bila sampai bank, aik apasal tutup. Kepala aku pusing-pusing cari jawapan, depavali kot. Last-last singgah atm je transfer duit.

Aku singgah kedai member... oik cuti gapo hari ni?

'Laa mu tak gi galas ko hari ni, ustaz men ajak aku tadi' balas dia.

Ciss macam celaka aku ingat mati-mati tadi cuti depavali sebab semalam hitzfm asyik putar lagu tamil. Biasa la orang kerja macam aku ni mana amek pusing sangat cuti-cuti ni.

Rasakan perlu cuti baru amek.

Untung gila sape kijo kelantan minggu ni sahaja, 2 hari makan gaji buta.

Tiada pula nak komplen.

Aku tengok ada 2-3 brader klinik kesihatan sini, tak tau nak buat apa cuti-cuti cam ni, akhirnya duk lepak kedai kopi.

* aku rasa bn menang kat galas, sebab orang pas sendiri pun tak yakin bila aku tanya.

Wednesday, November 3, 2010

apa beza hosting tempatan dengan luar negara: banyak buang masa anda

Apa beza hosting tempatan dengan luar negara: paling ketara diorang suka-suka reset setting, buang masa betul.

Hari ni aku nak fomat balik web kawan aku, lama dah berhabuk. Tiba-tiba login cpanel tak dapat. Hantu betul dah lah aku hangin jap semalam lagi. Ini mesti diorang reset setting sekali harung. Aku dah 2-3 kali kena macam ni, sekali dua boleh lagi terima bila banyak kali rasa macam bodoh pun ada. Aku rimas kena benda-benda cam ni.


Tak nafi  customer servis diorang bagus. Tapi aku cakap sini: rimas bro! cam ni. Baru-baru ni hampir kat seminggu dua juga web aku tak boleh akses, entah apa diorang punya masalah. Bila tanya balik baru tau. Letih cam ni, tapi aku boleh terima lagi sebab hosting ni jarang benar bagi masalah akses cam ni setakat 4 tahun aku guna ni.

Tuesday, November 2, 2010

Di malaysia kalau anda ada kelulusan tapi kalau tak kerja makan gaji, anda bersalah. Bersalah.... saya ulang sekali lagi. Bersalah.

Tadi aku pi pejabat pos nak beli setem untuk pos pembatalan notis. Notis akta pekerja, bosan betul siapa kata kerja sendiri senang, semua benda nak kena urus sendiri.  Macam biasa hari pasar, sini semua bank termasuk pejabat pos macam lalat hurung taik. Aku jarang-jarang beli setem tapi disebabkan member aku dah buat aduan terus ke ibu pejabat pos KL, jadi aku tau prosedur rasmi nak beli setem. Kita boleh jadi samseng, tak payah beratur bro, macam ramai-ramai tu nak bayar astro, roadtax, nak amik duit asb dan sebagaimya. Pergi terus kuanter minta setem, tapi jangan lupa senyumlah sikit kat kerani tu.

Masa nak gam setem tu, aku ditegur oleh kakak kawan masa di uni dulu. Entah apa rezeki jumpa diorang, bersama emak kawan aku. Kat kawasan aku tak ramai yang sekampus. Dia seorang je aku rasa sama batch dengan aku, maklum masa tu sini kawasan hulu lagi.

Setelah menjawab beberapa FAQ seperti biasa, sampai lah soalan ' kerja mana sekarang'. Aku balas' kerja sendiri', dia tanya balik macam seperti ramai-ramai sebelum ini' apasal tak kerja kerajaan @ makan gaji dalam kamus aku'. Aku ada jawaban bernas untuk soalan macam ni sekarang ' tak reti saya nak kerja dengan orang' terus terang. Dia pun bla, bla, bla rugi laa kalau lagu tu.

Saturday, October 30, 2010

kelemahan celcom broadband versi prepaid bluepack

Ini yang aku tak berapa ngam bila on broadband kat celcom prepaid aku.Bila korang surfing lama-lama nati benda biru ni keluar, asyik kena restart modem.

Aku ingatkan masalah ini dah setel, sebab dah hampir setahun aku tak on prepaid ini.Dulu-dulu dah kena. Aku onkan sebab speed broadband aku dah kena throttle 2-3 hari lepas terbabas layan youtube bulan ini, seminggu lagi baru cukup tempoh dia.

Nasib badan terima aja lah.

Saturday, October 23, 2010

antara barangan yang korang kena pikir 2 kali sebelum beli kat online

Korang mesti suka membeli belah kat online, antara paling senang di lelong.com.my atau mudah.my. Cuma sini aku ingin kongsi sedikit tips bagi yang beli barang terpakai kat online. Antara barang yang perlu korang pikir 2-3 kali sebelum beli kat online ialah barang pekakasan pejabat.

Aku dah kena, harga tak der lah mahal mana tapi dengan nilai yang kita bayar buat sakit hati ada.
Mesin binding cap ayam

Baru-baru ni aku ada beli mesin binding, bukan apa senang nak binding buku yang kita print dari e-book. Kalau hantar kedai banyak buang masa aku perasan, janji esok siap tapi 2-3 hari lepas tu baru siap itu pun 2-3 pi jengok muka. Aku jenis tak boleh membaca kat skrin komputer, berpinar-pinar mata. Jenis oldskol. Pegang buku lagi ada feel.

Thursday, October 14, 2010

Hakikat yang perlu rakyat malaysia perlu tahu, negara kita ketinggalan10 tahun ke belakang

Hari ada 2 orang datang melawat tempat aku, seorang dari KB iaitu jabatan keselamatan pekerja. Rutin tahunan diorang lawat tempat pertanian cek mana yang patut berkaitan keselamatan tempat kerja anda. Yang aku perasan brader ni sorang cakap banyak betul. Yang tak tahan gaya dia cakap slow-slow, lepas sepatah sepatah. Aduhh sakit jiwa aku menghayati perbualan itu, macam orang bercinta bergayut kat hepon. Saiko laa.

Tapi aku tak boleh salah dia, sebab aku perasan generasi dahulu memang ramai jenis macam ini. Aku ingatkan sejenis penyakit pada mula-mulanya. Mungkin boleh diubati, tetapi bila duk jumpa ramai2 jenis macam ini aku mula sedar ini budaya orang dulu-dulu. Umur lewat 40 an biasa ada gaya bahasa orang kaya-kaya ini. Lebih kurang 2 jam duk layan brader ini.

Yang ke -2 pula, masa aku tido petang sebab boring tengok kawan aku duk parking kat komputer duk main facebook. Ketagihan generasi loni. facebook di mana-mana. Member aku gerak sayu-sayu dengar.. ka bangun ada kereta volvo mai tu' Aku dalam hati, teksi mana pula datang ni. Kat sini biasanya mercedes lama dijadikan teksi. Apa jengok tengok volvo baru, kepala tengah mamai.

Thursday, October 7, 2010

Agak-agaknya lagu mana mesin atm 50 tahun lagi..

Tadi masa pi bank, aku rasa macam duk Dhaka dengan Surabaya pula, penuh bangla duk speaking kat atm dan dalam bank. Bapak ramai betul indo dan bangla, hari kamis diorang gaji kebanyakan kerja ladang dan kilang kayu kat sekitar sini. Mujur aku dah berambut pendek sekarang, kalu tak boleh tumpang sekaki dengan diorang rata rambut separas bahu ala-ala once dewa kot..haha

Aku macam biasa isi borang masuk dan selitkan kuanter, ramai yang kerja sini kawan2 atau abang kawan. Lepas tu singgah port biasa dulu order putu halba dan goreng tapai ubi. Putu top 5 carta kudapan sekarang. Lepas pi kedai celcom yang macam sebiji bilik interview kat putrajaya, senyap sunyi. Yang tak tahan ada brader kat kuanter luar tu duk promote kad keahlian entah apa benda merapu, aku pun tak pernah tengok kad diorang. Huduh betul kad, tak comey lansung. Lain kali design molek2 baru ada angin orang nak tengok.

Pi bank balik bangla penuh lagi, gila arr.. Lepas ni aku kena buka akaun kat bank muamalat serabut itik betul dengan diorang ni. Member aku kata buka 50 yar dapat buku nota sebiji..free tu sape nak bagi sekarang. Yang aku perasan, masa duk isi borang deposit ada brader tepi aku duk cakap.. bangla ni jimat betul..belanja sari tak sapa 10yar tapi kalau makan 2 pinggan tak cukup. Iyalah nama pun bangla, diorang datang ke negara kita kena buat macam tu, cuba hang pi lepak kat us, switzelen atau belah euro sana kofem 2x5 macam bangla.

Wednesday, September 29, 2010

Petua untuk jadikan buah lada anda lebih pedas

Bagi yang suka pedas. Aku ada dengar satu petua untuk menjadi lada anda lebih pedas, tapi syaratnya anda kena ada pokok lada. Tak boleh nafi oleh asia suka makan pedas, tambah-tambah orang melayu. Itu yang ramai duk gastrik dan buasir.

Senang aje petuanya, pokok lada hang tu nati masa membaja. Ambil sahaja abu hasil pembakaran, taruk kat pokok tu. Abu hasil dari kayu api, abu hasil membakar lemang, abu tempurung kelapa janji asalkan abu. Tapi jangan taruh banyak sangat, sebab baja abu masin nati mati pokok lada tu.

Petua ini aku perolehi dari seorang tua kampung aku yang selalu tanam lada burung atau cili padi. Yang pelik ladanya pedas berbanding orang lain. Bila ditanya, rupanya abu rahsianya. Ok selamat mencuba.

Tuesday, September 28, 2010

simptom penyakit gatal kulit sebelah malam, jangkitan cacing salah satu puncanya

Sekiranya anda ada tanda-tanda macam ni,mula-mula gatal menjelang waktu petang sekitar asar atau lepas makan malam (lepas berbuka). Anda perlu ambil kira salah satu faktor ini: cacing. Aku sebelum ini dah kena siptom macam ini bila lepas asar dan kebiasaannya lepas magrib kulit menjadi gatal seolah-olah kena ulat bulu. Ada dalam artikel terdahulu aku postkan.

Bengkak sana sini, yang paling tak tahan bila dia serang atas kepala. Habis gatal sampai dalam mata, bengkak habis biji mata. Boleh kata penyakit gatal ini hanya menyerang pada waktu malam sahaja, pagi ok. Aku dah pergi klinik pakar kulit kat Pasir Mas, tak menjadi jugak. Akhir sekali, cuba pakai logik aku cari dalam internet salah satu sebabnya yang boleh menjadi gatal ialah masalah hati dan cacing.

Lagi pun persekitaran kerja aku sekarang mejurus ke arah itu, banyak terlibat dengan air dan tanah, jadi tak pelik sekiranya kena jangkitan cacing. Sebab cacing salah satu sumber makanan anak ikan.

Friday, September 24, 2010

Tradisi sambutan puasa sunat 6 hari di Kelantan: ringkas dan bertenaga

Posoo nen atau puasa sunat 6 hari di bulan syawal agak meriah di sambut di negeri serambi Mekah ini. Boleh kata tiap hari, aku dengar orang kampung menyambutnya ' mok jarah sana buat ketupat sambut raya enam, pak amat hujung kampung buat tapai raya enam hari ini', 'Abe Asan tepi surai, buat nasi kapit(himpit) hari ni'.

Oleh kerana puasa ini dibuat tidak serentak sepanjang syawal maka raya 6 pun lain-lain.  Di sini seolah-olah dijadikan tradisi, seingat aku sejak kecil lagi aku dengar orang tua-tua sambut raya 6. Kalau kat orang kl duk kalut buat rumah terbuka sepanjang syawal, orang sini pula duk sambut raya 6, ringkas tapi 'bertenaga' dari pemerhatian aku.

Majoriti golongan tua, menyambutnya raya ini, jadi boleh kata kat kelantan ada 2 kali raya selain Aidilfitri, raya ke -2 ialah raya puasa enam hari. Contohnya hari ini, duk borak dalam gtalk dengan member aku kat kl suruh pi makan nasi himpit kat rumahnya di kampung sebabnya emaknya sambut raya 6. Segan juga. Tu yang tidak pergi.

Petang tadi masa berbuka, boh aku cakap jiran sebelah rumah bagi ketupat manis sambut raya 6 hari ini. Aku dah lama ponteng puasa sunat ini, tahun ini belajar balik slow-slow. Alhamdulilah esok sambut raya enam dengan kawan aku. Bajet nak bakar lemang esok, pagi hari kena pi cari buluh.

Friday, September 17, 2010

kerajaan tak sayang nyawa rakyat: kebanyakkan line putih jalan raya negara ini 'tiada'

Musim raya baru lepas, macam biasa tiap-tiap tahun dengar eksiden sana sini. Ops sikap dah jadi rutin bila menjelang raya, macam buat ketupat lemang pulak. Banyak faktor diulas sana sini. Yang ini kata itu, yang itu kata ini. Tapi dari raya tahun lepas ke raya tahun depan ke tahun depan lagi kofem angkanya meningkat.

Cuma satu perkara aku duk perasan lama, jalan raya kat Malaysia khususnya yang tak bertol. Kebanyakannya line putih/ garis putih pudar atau boleh kata setengah tempat tu tiada langsung nak-nak jalan kawasan kampung. Ketiadaan line puteh ini, kadang-kadang aku yang penumpang pun naik keliru bila jalan malam tambah-tambah musim hujan, pemandu lagi lah.

Monday, September 6, 2010

Tutorial bagaimana nak periksa/tahu penggunaan data/ bandwith celcom broadband anda

Bagi pengguna broadband celcom, bandwith atau penggunaan data broadband penting untuk anda. Bagi mengetahui adakah anda masih lagi dalam had yang dibenarkan atau sudah terbabas terlebih had. Aku terpanggil untuk menulis benda ini sebab sebelum ini susah nak cek/periksa bandwith ni.

Dulu ada external link budak-budak forum bagi untuk cek benda ini, lepas tu celcom dah offkan benda tu untuk orang luar. Member aku sendiri terkejut bila aku bagi tahu boleh cek benda ini, walaupun dia terlebih dahulu daftar kat celcomonline tu.Nak kena rajin explore jer.

Bagi pakej biasa iaitu 68 sebulan biasanya had pakej lama ialah 5gig sebulan (kedekut benar celcom ni) dan pakej baru 3gig (lagi kedekut). Jadi agak tidak sesuai sebenarnya tema 'celcom broadband unlimited' sebabnya bila sampai had yang ditetapkan kelajuan internet anda akan disekat, aku pernah kena. Celcom blok macam takde speed langsung, internet nak buka yahoo mail pun mau 10 minit.

Dengan info ini senang anda nak kawal selera internet, kurang download atau tengok youtube. Ni tidak dah awal bulan dah kena 'blok', jawabnya speed bb anda macam kura-kura.Atau yang jenis kurang sedut data, anda boleh download laa movie sekali sekala di hujung bulan (hujung kitaran bb anda) orang kata biar berbaloi dari duk bayar bodoh bulan-bulan.

Untuk pengetahuan pengguna, bandwith ini dikira dalam kitaran bulanan iaitu sebulan atau 30 hari, setiap penguna celcom broadband mempunyai kitaran sendiri.

Contoh bagi aku, setiap 8hb bulan, ada member 24hb. Jadi bukannya setiap 1hb, anda perlu peka tarikh ini senang nak ejas guna bb nati. Sebelum anda boleh periksa atau check bandwith anda, anda perlu pergi daftar kat celcom.com.my di onlinecustomerservice. Lepas tu login kat https://onlinecustomerservice.celcom.com.my. Bagi yang susah nak daftar atau ada masalah hang call jer celcom center borak-borak dengan operator jap.


Saturday, September 4, 2010

tikam nombor : katak puru besar pun jadi

Tadi bosan-bosan aku pi kedai kawan aku untuk gunting rambut, bukan nak gunting sangat sebab aku tau dah masa kat raya ini mesti penuh kedai dia. Cuma datang ajak dia ke majlis reniuon budak-budak ni nati masa raya. Dia minta maaf sebab kena beraya kat metua raya ke-2. Itu lah bila dah berkahwin masa pun kena bagi sana sini. Bagi yang bujang tu sila nikmati masa raya anda, bebas pi sana sini.

Lepas tu, aku lepak kedai ikan kawan aku. Duk sembang-sembang kosong dari bab tokek/pok ke yang mahal berjuta-juta ke tenggiling yang sekarang hampir 200 ringgit sekilo. Sembang kampung biasa lah. Tiba-tiba tuan kedai runcit sebelah tu ada sebut - demo ada tak katak besar, ada oghe nak beli beribu sekor ?'.


Aku saja layan bodoh ' besar mana nak'?, 'Besar pinggan makan ada tak' - jawabnya sambil tuding jari ke kerusi aku duduk. 'Isk kalu besar tu susah dapat tapi kalu besar paha ada lah kat kawasan kolam kawe'- sambil aku pegang paha tunjuk. 'Owh besar dah tu bole dah' - katanya, sambil terkejut mungkin jarang-jarang dengar katak besar.

Jangan pelik memang ada katak jenis besar tapi jarang-jarang mungkin jangka hayat katak ni pendek kot. Nak besar lagi ke pergi tengok anime naruto, siap seru katak sana sini..hehe

Thursday, September 2, 2010

kenapa harga nasi dagang mahal

Korang mesti konpius sebab apa nasi dagang kalau beli mahal berbanding nasi biasa.. aku pun turut sama alami benda ini bila membeli sebungkus nasi dagang..maklumlah orang bujang dapur kat kedai.

Dalam sehari dua ni aku terlibat dengan aktiviti untuk reunion budak-budak kelas raya ini. Kiranya ajk tak rasmi, bila meeting tu semua setuju nak buat nasi dagang dan sate untuk menu utama. Jadi bila dah terlibat mendalam ni, berjumpa chef nasi dagang.

Borak pun borak baru aku tahu beras nasi dagang mahal nak mapus iaitu sekitar 5 ringgit sekilo sekali ganda harga beras biasa.Ini faktor utama dia. Itu pun harga yang didapatkan terus dari peraih tepi sempadan siam. Kalau sebelah luar kelantan aku tahu berapa sekilo. Kawan aku siap bagi tahu jenama beras ini - juling emas tak silap aku dengar. Itu tak masuk lagi harga ikan ayor/tongkol 8 ringgit sekilo.

Nasi ini pula kena kukus. Belum masuk bab nak campur beras pulut. Jadi satu hal lagi tambah kos, beli beras pulut. Paling busuk harga beras pulut sini sekitar  3.6 -4 ringgit sekilo. Pendek kata rumit juga kerja sebelum boleh dimakan.

Aku pun baru tahu orang campur beras pulut dengan beras nasi dagang baru lah nasi tu lembut. Buta sungguh selama ini, patut pun bila makan nasi dagang ada 2 versi nasi keras (jenis ori 100% beras nasi dagang) dan lembut (campuran pulut). Ini belum masuk bab versi nasi dagang kelantan dan terengganu. Ada beza dua tu.

Begitu juga ikan ayol/tongkol hitam dan tongkol putih. Ada beza juga.

Yang penting raya ini, budak-budak ini dapat merasa nasi dagang kitorang. Aku pula kena sponsor santan.

adakah kita baik/alim dengan berterawih

Dalam hidup beragama, ada parameter mengukur tahap keagamaan seseorang. Dalam islam ibadat menjadi salah satu instrumen tersebut. Bila masuk bulan puasa, solat terawih akan dilaksana sebagai salah satu ibadat sunat muakad. Ibadat sunat ini dihidupkan sepanjang Ramadhan dengan 2 versi iaitu 8 dan 20 rakaat, cuma sekarang ini trend 8 rakaat lebih popular berbanding 20 rakaat.

Perbualan seharian nak tak nak mesti ada tersebut hal terawih seperti ' semalam solat kat mana', ' demo wat berapa rakaat', ' gi tak terawih semalam', 'tok imam kampung aku cepat betul siap terawih'.

Cuma sini, aku tertarik dengan seorang kawan aku ni. Bila kitorang ajak keluar malam dia menggunakan alasan letih solat terawih.. sebenarnya agak kelakar bagi aku. Yang melucukan dia seolah-olah menyalah kitorang semua..' korang tak per lah tak terawih..aku letih berterawih semalam, balik rumah terus tido' kalau sekali tak per, dua tiga malam begitu.

Lucu pun ada, kitorang bukan tak terawih, pergi terawih tapi duk belakang, abis witir terus balik tak melalut kat masjid tu - sambung kawan aku seorang lagi

Cuma di sini, point aku  bukan nak salah dia, cuma senario seperti ini banyak diguna pakai oleh orang islam kita, kebanyakkan di sekeliling kita.  Menguna pakai alasan agama untuk menghalal/ menyelesaikan sesuatu masalah atau keadaan.

Jadi ada persoalan di sini, baik sangat atau alim kah kita sekadar pergi melaksanakan satu ibadat sunat seperti terawih. Jangan lupa Islam pun ada istrumen lain untuk mengukur tahap keagamaan umatnya iaitu sifat ikhlas. Sekiranya diperatikan balik sifat ikhlas ini lebih tinggi dari ibadat. Buat ibadat apa kalau tak ikhlas atau sekadar menunjuk atau mengikut orang ramai.

Orang pergi terawih kita pun ikut berterawih, orang bertadarus kita pun nak bertadarus, orang buat berbuka kita pun anjur majlis berbuka. Tapi kalau tidak disertakan sifat ikhlas rasanya tak lengkap ibadat tu. Rasanya perkara seperti perlu diperbetulkan. Ini salah satu pemerhatian aku terhadap budaya islam di Malaysia selama ini.

** aku rasa tak cool kalau guna alasan terawih sekadar mengelak sesuatu.

Sunday, August 22, 2010

bila menteri buat kejutan kat korang..


sebenarnya aku dah kalis dengan orang datang pat aku.hari-hari ada saja orang datang sini, dengan urusan biasanya beli anak ikan dan pagar elektrik, ada datang berjalan siar pun ada. seingat aku macam-macam jenis dari peringkat menteri sampai lah ke orang kampung biasa.

antaranya dari afrika pun pernah datang, mat saleh pun ada- klu yang dari oversea ni berbelit lidahlah nak menjawab tambah kena speaking, kalau yang dokte atau profesor - u kena bercakap gaya orang macam dalam universiti. kalau yang datang tu menteri atau pengarah - aku amek gambar je malas nak melayan, biar boh aku je yang cakap,aku menyampuk mana perlu. paling bes kalau kaki pancing -senang je nak borak dengan geng2 ni, cakap hal ikan2 dan kail diorang.

aku suka layan orang kampung jer, diorang tak banyak songeh.

Friday, August 20, 2010

spesies yang timbul di bulan puasa: akok bunga

semalam antara hari yang paling panas aku rasa, berasap kepala duk dalam van.

tapi sebelum balik sempat juga singgah beli akok bunga. kueh ni banyak kat kelantan. spesies akok juga cuma jenis besar. makcik ni jual murah 1.50 3.50 yar sebutir. aku lebih suka makan akok ni sebab dia besar dan keras sedikit dan satu lagi tak perlu berebut masa nak beli banding dengan akok biasa.

ada satu kedai kat jalan rantau panjang - k.b jual akok jenis ni perisa pandan, lembik sikit. sedak juga rasanya cuma tak tahan siap beratur panjang hendak membelinya.

 panas wei semalam...sampai 2 kotak laici 1liter aku perabes lepas berbuka. laici + buah mokte sedak juga...

Monday, August 16, 2010

mana lebih kurang ajar: orang kampung atau orang bandar ?

tajuk agak kasar, maaf semua.

aku tergerak nak menulis benda ini bila sendiri merasa perkara sebegini. dalam berniaga kamu akan jumpa pelbagai jenis orang dari pelbagai latar belakang. dari situ kita dapat buat rumusan.

ada 2-3 kejadian sebelum, menyebabkan aku berpendapat orang kampung kurang berbudi bahasa atau dengan kata lain kurang ajar jika dibandingkan dengan orang bandar. kenapa aku berkata begitu, orang kampung ni kadang-kadang harta kita dibuat hartanya.

kes pokok betik...

contohnya aku ada pokok betik sepokok kat depan ni, berbuah lebat. mesti terliur orang tengok. dari pokok betik ini aku dapat tengok sifat orang mana lebih berbudi bahasa dari segi. senang jer, kalau diorang betul-betul nak buah betik biasanya kita akan minta baik-baik dari tuan milik kan. baru petik amek kan?

 kebanyakan aku tengok, orang kampung khusus jenis yang tua berkopiah ni lebih kurang kaki penyamun. diorang biasanya akan jolok amek dulu buah betik tu siap 2-3 biji sekali amek. dah buat macam harta sendiri. lepas tu baru minta kat kita. tak kah nama kurang ajar tu kan?

yang tak tahan setengah tu siap letak dalam but kereta terus baru nak minta izin. gila ke punya orang. bukan seorang dua perangai macam ni, tak ke angin kamu sendiri tak merasa buah betik masak asyik dikebas orang. kebas dulu baru minta. kalau sebiji dua tak per, kalau sokmo lagu ni tokey balak bole botak kepala.

Saturday, August 14, 2010

siapa lebih cepat terasa bila barang naik harga

sebulan lepas dalam tibi asyik duk cakap barang tak naik, bila kerajaan naikkan harga barang penting seperti minyak, gula dan gas. tapi itu semua jauh dari realiti kat luar ni. aku ada tulis satu artikel dulu berkenaan harga barang ni lepas penyelarasan subsidi kerajaan. semua naik automatik.

sehari dua ni baru lah semua duk kalut barang naik sana sini. nampak sangat semua bila dah kena batang hidung sendiri baru nak buka pekung selama ini duk asyik cakap tak naik, dipantau tak naik lah. pengguna akan menerima kesan akhir, paling awal kena ialah golongan peniaga dan usahawan.

point aku nak cakap sini...

aku kerja sendiri dan banyak terlibat dalam bidang perniagaan, apa yang berlaku dalam industri sangat cepat oleh golongan macam kami. contohnya sudah 2-3 tahun harga makanan ternakan mengalami kenaikan hampir lebih 30% setiap kenaikan. setahun bukan sekali dua naik, benda ini kami sering utarakan pada pihak berwajip tapi semua buat-buat pejam mata.

oleh itu bila kerajaan naikkan harga minyak dan gas, kami usahawan menang terasa peritnya. segala kos baru kena tanggung, belum masuk yang dah naik selama ini.

Thursday, August 12, 2010

kaki sahur vs kaki kurang sahur... jadi apa pendapat anda

ini mini topik sebenarnya..benda ini yang selalu aku bertengkar dengan sorang member aku. dia kira hardcore kaki sahur, kalau tak sahur lembik macam orang baru balik perang, aku pula bukannya kaki sahur kerana kena training masa study dulu-dulu apa yang berbuka itu laa yang bersahur. awal-awal agak bergetar-getar juga kepala menahan, lama-lama ok jer.

bila dah makan tahun, dah jadi kebiasaannya jer. hampir satu rumah sewa begitu.. ye laa orang bujang masak haram tak pandai belaka walaupun dapur gas ada 2 set, siap lesung sambal kira cukup lengkap kalau nak mini kenduri. tapi kalau setakat skill survivor setakat masak megi dan goreng hotdog atau burger tu semua kitorang masih bole laa lepas lagi..

jadi bila datang geng jemaah fanatik sahur ni, aku dah mula gelisah iya kitorang jarang-jarang bangun pergi kedai tomyam untuk bersahur sekadar bangun tenguk air masak ada lah. ada satu kali member aku datang tumpang tido sebab nak interview kat putrajaya. aku biasa ada simpan kek pisang bantal dalam peti dengan air soya kotak 1 liter tu. kira survival kit laa gitu..hehe.

Wednesday, August 11, 2010

tradisi sambut puasa di kelantan.. satu keunikan jarang-jarang ada

fuhhhh... pertama puasa agak meletihkan hari ini aku round satu kelantan mula dari kawasan aku berbukit bukau hingga rapat tepi pantai tok bali. berpinar-pinar biji mata. hari ni aku satu hari kena setel hal bisnes. cuma satu tadi aku perasan tepi jalan: puasa tahun ni orang sembelih jual lembu berlambak-lambak, satu negeri boleh kata.

sapa petang masih ada berpaha-paha daging tak laku. over dose daging lembu..bagi yang darah high tu jangan laa melaram sangat dengan daging tak pasal kena strok awal.

ok. aku nak citer serba sedikit satu tradisi yang agak unik kat kelantan. khususnya buat perantau di luar sana. orang kelantan ada satu tradisi unik bila menjelang ramadhan kebanyakan yang berkerja di bandar2 besar seperti kl akan balik menyambut puasa di kampung halaman. lebih kurang macam balik raya.

Monday, August 9, 2010

ular sawa boleh memanjat macam kera: fakta yang anda patut tahu

percaya tak ular sawa boleh memanjat pokok dan skill diorang lebih kurang sama hebat dengan kera atau beruk ?













gambar: ular dan bapak ayam yang dibahamnya..agak2 kalu let go kat mudah laku tak ular ni? aku ada terpikir juga pada duk buang gitu jer

artikel ni lama dah aku nak tulis, tapi tak der masa. jadi kebetulan tengah blurr.. ni aku tulislah sedikit berkenaan tabiat ular sawa yang mungkin ramai salah anggap selama ini, termasuk aku sendiri. sebelum ini aku dah tulis satu artikel berkenaan ular sawa ni, ada kat belakang tu.

kejadian ini berlaku masa kat sekitar final worldcup hari tu. aku tido lewat nak tengok bola. tiba-tiba dalam pukul 3 bunyi ayam bising, aku agak mesti dah ular sawa makan ayam pula.

tahun ni dah masuk 3-4 kali ular sawa duk makan ayam kampung aku. aku turun suluh, kofem ada sekor ular sawa besar betis lebih kurang duk tengah belit bapak ayam. adus bosan betul nak kena pergi amek buluh, parang lagi nak pukul menate ni malam-malam buta. yang aku pelik, ayam tu dah cari port paling tinggi atas pokok tu, si ular macam rilek jer panjat naik.

blur....

aku tengah blur sekarang ni, blur duk betul-betul coding jap tadi lagi.... jeng tatau nak buat apa dah ngam coding ni.. ilmu tak tinggi jadi gini. last2 aku bosan tulis blog...


blur weii...

Saturday, August 7, 2010

cloud internet kat malaysia ? kat awan pon ada internet

bagi biasa guna broadband masa atas kereta, time duk surfing tiba-tiba terputus/offline. mesti benganglah...hahaha. aku biasa kena. tapi dengan teknologi terbaru ini, rasanya tiada masalah itu lagi.

baru ni aku ada sembang-sembang dengan sorang yang duk jaga cc kat pekan ini. kitorang borak hal broadband, hal zink kesan kat bb, sampai lah cara nak shut network wireless dari satu bangunan ke bangunan. tiba-tiba dia ada terkeluar bab 'cloud internet'. aku pernah tengok kat satu web tentang benda ini. tapi tak tau detail sangat dari segi praktikal. konsep ini semakin diguna pakai di u.s.

dia pun cakap lebih kurang macam ni, coverage internet kita akan ok kiranya pakai sistem/konsep cloud ni. contohnya sekiranya kita lalui kawasan  coverage lemah tiba-tiba ada cloud lain yang akan support signal kita jadi kesannya internet akan laju sokmo. begitu lah lebih kurangnya. tak perlu risau nak surfing time naik keta atau bas nati. kiranya server atau data internet nati akan dipacak kat awan-awan. gila punya idea.

aku duk search dapat satu web cite pasal ini serba sedikit. google pun ada tulis juga kat blog diorang. konsep agak baru, malaysia mungkin perlu 2-3 tahun lagi.

di harap awan-awan ini akan memudahkan kerja kita satu hari nati. aku ingat goku saja ada awan dia, rupanya kita pun akan ada awan sendiri. mat saleh ini mungkin terpengaruh dengan awam goku.

tak lama lagi mungkin ada ball internet..ha-ha-ha

plan baru celcom broadband bala buat heavy user, ini salah satu kesan penyelarasan subsidi kerajaan

tadi ada member aku bagi paste offline mesej kat google talk,













patut aku perasan dalam 2 minggu ni celcom bb laju semacam jer, dah upgrade speed rupanya. tapi ada satu perkara aku perasan dalam setahun ini, kalau bagi mereka yang dah lama pakai celcom broadband pun mungkin terperasan. korang perasan tak speed celcom bb dalam pertengahan tahun lepas, dalam bulan 6-7 gitu memang laju kalau download dapat lah 60 -70 kbs untuk plan basic 68 kiranya lebih kurang speed baru ini. ini dari pengalaman aku, lain orang aku tatau.

lepas tu sekitar bulan 2 tahun 2010, speed diorang dah kurang hingga separuh, kalau download dapat lah 18 - 25 k  ini pon kalau pakai idm. speed ini sampai plan baru ini  dilancarkan. paling teruk aku kena bulan april speed memang slow nak mapos.

aku pon tatau rasional diorang suka hati downgred speed. dalam radio tv paper jangan main lagi kempen jalur lebar sana sini, sampai pak menteri pon nak bercakap hal-hal broadband sana sini. tapi kita sebagai end user ini realiti terpaksa dilalui. jadi biar aku kongsi cerita skit dengan korang.

Friday, August 6, 2010

bila kawan korang tak kahwin-kahwin, apa jadi....

aku ada 2-3 kawan rapat yang masih bujang, cuma sini aku malas tulis panjang-panjang di malam-malam buta ni. senario ini kadang-kadang aku nampak kesian kat diorang, iya lah mereka ini dah macam hilang arah bila kawan2 semua dah kawin. sebab kebanyakannya diorang jenis berkawan sebelum ini.

tipikalnya yang dah kawin kebanyakannya tinggal kawan lepas kawin, majoriti lagu tu belaka.

yang tak tahan tu ada jadi tiba-tiba 'bengong' atau sumbat pon ada...ha-ha-ha

Saturday, July 31, 2010

harga barang tidak naik ! - apa tv kita merapu ni, nak kelentong pun agak-agak lah

petang tadi aku ada terbuka berita awani - tinjauan harga barang didapati tidak naik setelah 2 minggu penyelarasan dibuat - pembaca berita tu baca sambil semangat, lepas tu bla.bla. bla.. kata menteri barang bla, bla, bla, pakat hanya pandai menipu, bla,bla, bla

tiba-tiba aku rasa macam berasap jer dengan berita merapu menipu. aku berani kata berita ni tipu 200% sebab sehari selepas gula naik, bos aku ada pesan pergi amik gula dengan bawang putih kat kedai runcit kat kg ni. gula dah bayar, cuma bawang putih belum jadi bawa duit cukup-cukup. sampai kat kedai masa nak bayar, tuan kedai cakap tak cukup 50 sen lagi... aik!

sebab harga bawang sebelum ni 8.50 MYR (malaysia ringgit) sekilogram. ni dah naik 50 sen jadi 9.00 MYR. congak kira balik kenaikan 5.88%, melebihi paras inflasi nasional negara 4% (angka ni aku rasa agak lari, ramai penulis kewangan akui angka ni merapu) jer kata bank negara. ini baru sekali naik jer dah 6% untuk satu barang,banyak tu.

Friday, July 30, 2010

malaysia negara baru merdeka, jawapan kepada persoalan masyarakat kita

baru-baru ini aku ada duk bersembang-sembang dengan orang peringkat tua, generasi lepas baru merdeka. kira dah bercicit sekarang ni. dalam duk berborak-borak tu, aku baru terperasan satu benda yang selama ini aku terlepas pandang dalam menilai keadaan atau situasi.

iaitu kenapa, mengapa, sebab apa itu berlaku.

point dari perbualan itu - kenapa banyak attitude dan senario di negara kita berlaku, jauh benar bezanya jika dibandingkan dengan negara-negara lain khusus yang dah maju atau negara berabad lama tamadun diorang.

sebab utama di sini, kita baru merdeka sebenarnya. orang kata - baru nak bangun, baru nak berilmu, baru nak pandai, baru nak berharta, baru nak bermaruah, baru nak berbaik-baik. 50 tahun bukannya masa lama. kalau dikira baru 3 generasi puratanya.banyak lagi kena belajar.

kawan oh kawan

Baru-baru ni, ada aku ada masalah dengan connection internet. jadi minta tolong kawan2 terdekat, bukannya berat aku minta diorang tulun. tolong amek kabel kat sorang kawan kat kb. tapi seorang pun macam tak amik kisah dengan permintaan aku. kadang-kadang bengang juga aku kena macam ni. time kita, kita tulun diorang ikhlas nak mapus.

Jadi dari peristiwa ni, menguatkan teori aku selama ni- kawan² ni time diorang susah jer datang/berkawan dengan kita, time kita susah jangan harap nak tolong +  anda kena ada sifat prejudis dalam diri. 

Sini bukan masalah merajuk atau terasa apa, cuma naik bosan jadi, jalan terbaik dari pengalaman lepas ialah sudah sampai masanya aku sendiri buat hal aku, atau dah mula jual mahal.

Sebab diorang ni berkira jadi apa salah kita berkira-kira juga. satu lagi dengan cara ini anda lebih 'dihargai'. Jadi nasihat aku yang kepada korang semua pilih-pilih kawan yang senang/ ringan tulang dengan kita, bila balance. kofem tak menyesal.

biar apa orang nak kata, selama aku hidup dah macam-macam aku kena - kawan baik 4-5 tabun berkawan bak kata orang tido sebatal, pancung kita dari belakang dah pun merasa,

apa anda buat klu 'offline', mati kutu kan

hahaha... aku kena pula macam tajuk di atas, offline kat 2 minggu internet buat hal. yang ini kabel lan aku buat hal, nak order susah sebabnya aku pakai kabel lan kat 50 meter lebih, mana ada kedai biasa jual panjang tu. last aku order kat kawan aku, dia ada kawan yang bekal barang komputer, aku minta 68 meter.

last kat seminggu lebih duk menunggu sampai lah kabel, tapi hanya cukup-cukup panjang untuk sambung. dia bagi kabel lebih pendek, hangin semacam aku. letis main dengan pembekal cam ni.

jadi kat 2 minggu ni aku duk buat kerja-kerja offline, mati kutu juga lah..

Thursday, July 15, 2010

Surat kelulusan pembelian diesel kawalan di Kpdnhep: Malaysia ke arah sebuah negara regim, sana sini barang jadi kawalan

tadi aku pi kpdnhep (aku fail sebut benda dengan lancar) amek surat kelulusan untuk beli diesel secara borong. satu hari dapat 200liter jer, ini untuk jentera berat. dah kat sebulan baru siap, diorang janji 2 minggu mungkin ada masalah komunikasi atau teknikal. yang penting dah siap.

surat ini diperlukan untuk jenis pakai diesel banyak seperti kenderaan dan jentera berat, dikeluarkan oleh kpdnhep ikut sukat kenderaan anda. contoh macam kes aku, jentera berat dapat 200 liter satu hari. yang jadi masalahnya hanya satu stesen je dapat topup diesel. ini yang adek aku mengepek tadi, sebab surat ni dia yang nak pakai topup minyak mesin dia.

contoh kalu hang pilih satu stesen minyak kat Tanah Merah, tiba-tiba hang kena wat kerja kat Gua Musang, gila takkan nak bawa tong minyak topup dari Tanah Merah. owh.. lupa pula aku nak tanya klu nak tukar stesen cam mana, bole tak ?

surat ni laku  6 bulan saja, lepas tu kena renew balik. kawan aku sempat yang buat yang setahun punya.

Wednesday, July 14, 2010

apa yang anda wajib buat lepas signboard kedai anda ditanam/dipasang - tips penting

bagi yang berniaga signboard atau papan tanda adalah nyawa. sangat penting. namun kata sini aku bukan nak hurai kepentingan signboard ni. cuma ada satu tips penting bila signboard siap ditanam.

pertama cari botol air kosong dan kain buruk. isi botol tu dengan air paip. lepas tu bawa ke tempat signboard itu ditanam/pasang. hang curah air atas kain tu, lepas tu basuh signboard tu dari tiang sampai ke kerangka signboard tu. ini penting kerana 2 sebab utama:
  1. nak bagi signboard tu keluar 'sinar' dan nampak bersih
  2. supaya signboard kamu tak cepat berkarat.
sebenarnya point no 2 tu sangat penting, ini nasihat dari budak-budak kedai iklan, kerana masa tanam signboard nak tak nak mesti cemar dengan selut/lumpur atau terpercik tanah. benda ini yang menjadi signboard itu cepat berkarat sekiranya tak dibasuh. sebab air hujan tidak mencukupi untuk cuci benda sebegini.

satu lagi nampak beza antara signboard yang dibasuh atau tak lepas ditanam. sinar dia lebih menyerlah. kalau signboard hang besar kena upah orang lah basuh, namun jangan runsing bagi kedai iklan berpengalaman dia patut tahu dan buat perkara ini. harap tips ni berguna untuk anda yang di luar sana ada papan tanda perniagaan atau sebagainya.

Monday, July 12, 2010

tangan batang paip : memang berhantu member aku ni

petang tadi aku pi tanam signboard kecil. yang last punya. yang tolong tanam ni member aku.

dalam banyak-banyak manusia aku tak heran, kecuali dia seorang. tangan dia ni berhantu sungguh!. bila gali mesti cari batang paip. tadi tak pasal-pasal kena praktikal kemahiran hidup kat tepi jalan tu. duk beki paip air kampung orang. macam haram, buang karan jer.

masa gali signboard besar baru ni nyaris-nyaris dia nak tebuk batang paip air kelantan yang 5 inci tu, asbestos pula. mujur sempat tengok kalu tak pasal situ jadi kolam.

apasal laa ko puji, bila gali mesti jumpa paip air!!!

Friday, July 9, 2010

pemikiran orang malaysia apa yang mengarut: situ tak boleh, sini tak boleh, perjanjian yang menyusahkan kita sahaja

aku kadang-kadang bengong tengok sikap orang malaysia. terlampau baik belaka kononnya. contohnya dalam bab penggunaan tanah, ni aku ada baca satu artikel kat mstar. kita antara negara suka tandatangan perjanjian itu ini, mungkin menteri kita takder kerja baik sign sana sini paling kurang boleh pi oversea.

guna lojik laa skit, pikir. kita punya tanah luas lah apasal tak guna untuk ekonomi, jangan duk pikir sangat geng-geng ngo atau aktivitis dah kerja diorang nak kacau. buat macam mat saleh kat luar sana, lantak apa orang nak kata, paling kurang dapat hasil kat diorang. pikir lah sendiri, siap nak bagi duit kat kita kalau kita tak usaha sendiri, takkan si aktivitis/ngo ini.

contohnya aku sendiri, bengong kelu pikir bab masalah serangan harimau kat kawasan aku sebelum ni. dah harimau tu terang-terang duk makan orang sampai dah lebih sedozen mangsa kena baham ada yang mati dah ramai yang trauma sampai sekarang.

emel kat web kerajaan paling mengarut: buat apa kalau tayang je situ baik padam terus dari buat sakit hati orang

kerajaan oh kerajaan.. tipikal aku boleh cakap bila masuk etika kerja mereka, korang semua mesti tau maca mana atitude diorang ni. sini aku nak sentuh satu bab kecil, hal emel-emel kat web kerajaan. baru-baru ni aku ada emelkan kepada 2 emel jabatan kerajaan, macam haram, satu pon tak jawab.

satu tak jawab dan satu lagi, awal-awal dah terus kena reject sebab emel diorang tak berfungsi. aku rasa emel diorang ni buat tayang je kat web supaya nampak ada emel. jadi kesimpulannya korang jangan percaya sangat alamat emel kat situ. nak tau cuba hang send apa-apa mesej

ada juga yang boleh nak percaya iaitu jenis yang kutip duit dari kita contohnya ptptn ke...yang ni cepat. duit katakan.

bosan dengan sikap penjawat awam kat malaysia, terlampau manja belaka

Tuesday, July 6, 2010

bagi yang nak servis kereta toyota anda di pusat servis toyota kota bharu, sila baca ni

semalam, aku rasa benda paling bosan aku pernah buat kat kb. member aku bawa hilux baru dia nak servis dah cukup 1000km kat pusat servis toyota kota bharu, aku pulak pi hantar dokumen untuk kes claim signbod aku kat kurnia kb.

temujanji dengan toyota pukul 1 tengahari, aku cakap awal-awal kat member aku kita setel dulu kerja aku sebab aku rasa macam kena buat perkara itu dulu sebelum ke pusat servis. dia pun ada kerja kat wisma hal imigresen pekerja. lepas pasang doublelock hilux kat lundang terus pi kat toyota.

besar betul pusat servis menate toyota ni, sebelum ni tengok kat luar jer. masuk kat dalam pening-pening juga kitorang, tanya pekerja kat situ. diorang suruh pi kuanter servis, jalan pi sana. sampai sana, jumpa kakak yang jaga kuanter tu, bagi tau nak servis. ok dia kata, minta dokumen mana patut.

ok last sekali jawapan paling best aku dengar: kereta encik nati siap pukul 5.30 petang. sekarang baru satu suku, gila babai. tak kan nak melepak sini separuh hari, member aku dah muka macam orang lembu kena curi. gelisah. dia banyak lagi urusan tertangguh, sebab dia agak kalu pukul satu temujanji, dia akan buat selalu. apa kena ikut giliran. memang jenuh menunggu. dari pukul 1 sampai pukul 5 kat situ, gila buang masa betul.

melihat dari luar kebiasaan dari mata insan normal

akhir ini, aku perasan satu perubahan. Kebanyakkan pandangan dan pemikiran aku lebih bersifat 'neutral' sekarang. Aku dah macam tak ambil kisah sangat dengan dunia luar atau apa - apa luarbiasa atau keajaiban.

Jalani kehidupan sendiri dalam ruang yang kita bentuk sendiri dan yang penting selesa. Tinggalkan segala sejarah lampau, jadi diri kita sendiri. Jangan copy orang lain- kata pujangga.

Mungkin sebelum ini aku terlalu banyak didedahkan dengan benda/perkara abnormal sebelum ini. Tak perlu aku cite lanjut di sini, cuma ianya bukannya benda yang salah, bezanya di luar kebiasaan sahaja. Jangan salah faham ini semua bukanlah membabitkan isu moral di sini.

Friday, July 2, 2010

penyakit kulit gatal sebelah malam, alahan pada sejuk: penyakit kulit sensitif

aku dah kat seminggu bila malam mesti gatal-gatal kat kulit, macam kena ulat bulu. berbedam naik sana sini, menyeksakan betul. takdop apa-apa sebab tiba-tiba saja anda akan rasa gatal gila kat kulit, yang tak tahan bila dia gatal sampai ke kepala, paling seksa gatal kat mata. semalam aku kena.

penyakit ini aku pernah kena tahun lepas. dokte kata kulit aku alahan pada sejuk, tu pasal bila malam akan kena. dia ada bagi ubat, lepas tu tahan. tahun ni, lebih kurang sama masa dengan tahun lepas penyakit ni datang menyerang.

satu lagi aku perasan sekarang tempat aku masuk musim hujan, sebelum ni musim kemarau gila, panas nak mapos. macam tahun lepas aku duk kl, rumah sana panas tak ingat bila balik kampung sini kawasan sejuk. tu aku rasa sebabnya. ini hanya pandangan aku dari data yang lepas, kalau ada pakar perubatan boleh bagi info yang betul kat sini.

Saturday, June 26, 2010

budaya orang bujang tinggal sendiri, masih janggal di malaysia kita

tadi aku ada sembang benda ni sekali lagi dengan member aku. sebab dia dalam dilema sekarang, sebabnya abangnya baru kawin jadi sekarang ada orang baru dalam rumahnya. penting aku kata- kita walaupun orang bujang perlu ada rumah sendiri, sebab kita ada cara hidup kita sendiri dah sekarang. Benda ini aku dah sebut sebelum ini lagi, tapi dia tak amik kisah masa tu.

aku ada tengok cara hidup geng2 bachelor kat euro/us dalam tibi, mereka ni lepas graduate kerja terus cari rumah sendiri biasanya apartmen duk sorang-sorang. sini agak janggal sebab kita masih kuat amalkan budaya orang nusantara iaitu berkeluarga besar, kecuali ada seorang member aku budak kuantan, rilek jer sewa bilik sorang-sorang kat dalam apartmen cina lepas grad sebab nak dekat pi pejabat, dia menang kool! maju sangat ke depan.

Thursday, June 24, 2010

JPJ kb hari khamis tutup awal, jam 3

Hari ini aku ke kb, member aku ada urusan kat JPJ Panji. Kebetulan sampai waktu rehat, jadi kuanter tempat dia perlu pi tutup. Tak kata ke jpj, diorang pon lapar. Kena datang balik jam 2 untuk setel urusan saman ni.

Kat malaysia salah satu punca duit kerajaan ialah saman, duit ni yang dibuat bayar gaji pekerja. Bikin jalan bengkan bengkok, taruk double line kofem ada kena saman. Aku pun pelik kenapa jalan kat negara kita kuat sangat kornernya, tempat patut boleh lurus kenapa dibengkokkanya. Tak perlu pi jauh tengok jiran terdekat siam dah terasa bezanya.

nokia phone ok tak untuk internet ?

persoalan anda: handphone nokia ok tak untuk surf @ apa-apa apps internet ?
Pertama sekali ni pada pandangaan aku : handphone untuk internet ni aku rasa paling berguna masa menunggu sesuatu, contoh tengah tunggu kaunter kat jpj

Ni sikit pengalaman aku pakai nokia e72, boleh kata keseluruhnya ok lah. Cuma e72 ni kuat pakai bateri, biasa klu surfing sekitar 2-3 jam bateri mesti low. Tambah2 klu hang buka chat lagi lah cepat.

Satu lagi phone ni tak berapa nak tangkap line, aku pakai celcom. Aku selalu restart untuk dapat line balik. Kalu untuk taip, phone ni menang best sebabnya pakai keypad, cuma kekok mula2 nak menaip, biasalah benda kecil.

Tuesday, June 22, 2010

melawat kawan yang kahwin

baru ni aku berkesempatan melawat member aku yang dah kahwin hampir 2 tahun di kl, hassan namanya. boleh kat hampir semua member2 aku berlonggok-longgok kat kl belaka, sana lubuk duit. kerana kepenatan sebab lama tak jalan jauh, semua tertido letis sangat. tersasar sikit waktu jumpa hassan, lepas tu terus ke kajang makan satey sana. kebetulan ada member aku yang nak merasa makan satey.

kami beborak hal-hal lama campur bab rumahtangga, hassan napak begitu ceria, napak sangat bahagia sejak ada bini ni. hidup lebih terurus katanya. beborak pasal masa depan, baru aku tau kerja navy pon takder gerenti walaupun kerja kerajaan kerana servis diorang setakat 10 tahun saja, lepas tu kena sambung balik kontrak lagi 10 tahun itu pon kalu dapat.

broadband celcom dah 'over user', celcom semakin hari semakin lembap

aku rasa celcom bb untuk seluruh negara dah over user, malam kofem lembap semacam jer (kat 4 bulan aku kena, report center pun takder buat apa) semua member aku pun kena perkara sama. sekarang ni sebelah pagi pon mula lembap. diorang tak upgrade ke sistem bagi selaras dengan pelanggan?

aku dah naik boring dengan celcom ni, nak tak nak kena cuba pakai stremik wireless atau streamyx edvo lepas ni walaupun kos keseluruhan memang cekik darah, kat 1k kena kuar modal untuk streamyx berteknologi wireless yang kofem selamat dari penyamun kabel telepon. atau ada tak internet satelit yang kosnya mampu dipakai?

apasal tak dibuka seluas-luasnya permit untuk broadband ni kepada syarikat luar negara. biar semua berebut bagi yang terbaik untuk pelanggan.

contohnya hari ni banyak kerja aku tertangguh, nak upload file pon tak bole. aduh... apasal kerajaan malaysia bengap sangat bab-bab penyediaan fasiliti broadband ni, cakap lah buat lain. tahun depan kita pakat-pakat tukar terus kerajaan lah, biar semua cepat dan maju.

Sunday, June 20, 2010

turun kl, banyak dah benda berubah

Menulis sambil mengisi masa sebelum sampai kl. Malam ni aku turun kl teman member hantar femiili dia. Rasanya dah setahun lebih aku x turun kl banyak juga perubahan aku tengok sepanjang jalan gua musang - kl ini, dah banyak pertol stesen khususnya caltex dibuka. Klu dulu masa balik pakai moto susah  betul nak isi minyak, lepas padang tengku(bunyi dalam loghat kelate) nun gua musang sana baru ada. terpaksa topup petrol dalam botol.

aku jenis mudah mengantuk klu duk kat luar, klu hadap pc siap boleh tahan nafsu mengantuk tu. Lepas makan kat port lama gua musang tadi, mata dah kuyu semacam. Tak boleh jadi macam ni, dengar mp3 pon semua lagu lentok belaka member aku sumbat dalam tu. Sampai kat Raub amek tepo godek-godek blog. Line celcom masalah jalan sini, x dapat lansung. Kena tulis kat office phone dulu nati ada 3g paste kat blog. Yang penting mata aku dah cerah bila ada elemen internet.

Friday, June 18, 2010

kurang spam blog anda- cuba pakai teknik ini

aku tak suka bila mana blog kita dipautkan atau ditepek kat web-web cam ni, rimas betul, kalau nak buat web masuk lah artikel sendiri ini tak duk link hak orang lain. tak profesional lah bro!.

mungkin orang lain suka, kalau blog diorang ditepek kat web lain. popular kan, aku jenis tak suka bab-bab cam ni, sebab kita macam kat luar juga, kita ada indentiti kita sendiri, jangan dicemar dengan imej-imej lain. bak kata seorang penulis ' berbaju batik dan berlengan panjang adalah kaedah untuk menghilang indentiti seseorang itu, bila indentiti hilang jadi senang dikawal'.

ini bila aku google 'foccaz', kuar menate ini

majlis kenduri kendara satu pembaziran - apa pendapat anda

sekarang musim cuti sekolah dah nak habis, kenduri kendara sana sini. kadang satu hari mau 3-4 majlis kena pergi. yang buat majlis plak tak menang tangan. sebulan sebelum majlis dah kalut nak siap mana patut. kebetulan member aku kena urusan majlis kawin abang dia. bizi aku tengok dari beli beras siam sampailah design kad kahwin dia terpaksa buat. si abang rilek plak, raja sebulan betul. ok.

ini pendapat peribadi aku, dari sedikit pengalaman lepas,

apa aku nak cakap kat sini, secara total majlis kahwin/kenduri kendara sekarang terlampau banyak unsur-unsur pembaziran. kalau tak caya cuma hang perati tengok betul-betul. kebanyakannya 'lebih kuah dari nasi'. iyalah sepatutnya ajak saudara mara terdekat ini habis 10 kampung nak dijemputnya.

ini belum masuk acara sanding sinun, bebetul terpengaruh dengan budaya hindu. aku pun pelik bila sebut cite bollywood ramai orang bandar tak suka banding dengan orang kampung tambah-tambah cite tamil (walaupun jalan citer diorang bagus...hehe), tapi bila masa nak kawin kalah hindustan bersanding. upacara bersanding ini adat hindu-orang kata, entah betul atau tidak. biasa sebelah pengantin perempuan nak 'mabuk' nak buat.

Tuesday, June 8, 2010

budaya menulis jauh lebih penting dari membaca: pendapat blogger

kita biasa dengar, membaca itu penting. membaca jambatan ilmu- member aku selalu tegur bila aku duk baca malam-malam. tapi bila aku mula belajar menulis terutamanya memblog, aku rasa budaya menulis 10 kali jauh lebih penting dari membaca. sebab apa aku kata demikian.

sebabnya.... nak menulis ni sebenarnya susah. selalu benda susah ni banyak faedah dia. tak caya cuba hang buat blog satu, atau cuba tulis apa-apa yang terbuku dalam kepala tu. kofem lari dari apa yang kita nak gambarkan sebenar. susahkan, buat baru tau.

Monday, June 7, 2010

Tutorial: bagaimana nak print pages belakang depan gunakan pdf

Rasanya ramai yang masih belum tahu bagaimana nak print/cetak page belakang depan sekali gus. Terutamanya jenis nak print e-book yang banyak muka surat. benda ni senang jer, hang kena pakai pdf atau foxit. sini aku lebih suka pakai foxit reader sebab dia ringan bagi pc, terutamanya pc jenis oldskol.

1. mula-mula buka file tersebut sama ada kat foxit atau pdf reader.


Sunday, June 6, 2010

apa yang aku tak suka bila cuti sekolah kat kelantan

monitor buat plak, terpaksa turun kb. Time cuti2 ni trafik kat kelantan agak mencabar pemandu. Entah dari mana belambak-lambak keta ats jalan.

Ada yang bershoping di bukit bunga, rantau panjang dan ramai juga belarok kenduri kahwin. Perkahwinan campuran dengan orang luar kelate dan menjadi perkara biasa jap akhir2 ini, tambah2 poompuan tapi yang laki tetap steady dengan orang satu negeri.

Member aku drive sebelah pon terpaksa tingkatkan konsentrasi dia, memanjang jer keta plak kelas2 oghe kaya, biasa klu menghala ke tanah merah saga lama dan buahulu jah tapi semua senyap hilang. aku rasa negeri ni jadi daya tarikan baru pelancongan. Sat ni ada 2 ekor mat saleh kat pam stesen bawa bike plat singapore duk sengih kepanasan.

Monday, May 31, 2010

kilat oh kilat: amaran bagi yang suka on plug pc atau off pc tapi tak cabut plug pc anda masa kilat, sila baca

petang ni aku dapat pengajaran free amat berharga, kalau nak off pc, sila cabut sekali dengan plug pc tu. sekarang musim kilat, tadi aku off pc tapi tak cabut plug, konon-konon selamat. memang ada kilat petang tadi, sedap jer dalam hati.

petang tadi hujan, lepas bangun tido, aku on pc nak buat kerja, sekali bunyi macam bertih kena bakar. meletup-letup bunyi.... arrrghhh tidak. power supply pc aku kena lagi. tak mungkin sebab pc dah off pon. lepas tu bau hangit semacam. kofem power supply dah terbakar habis. celaka punya kilat!

aku on sekali lagi tengok. kofem dah, aku takut mobo hangus jah, sebab kofem susah nak cari lain. tak pasal-pasal call budak2 ni pi cari power supply baru. aduh, dulu sekali dah kena, monitor meletup. bahaya kilat sini.

Blog List