bagi biasa guna broadband masa atas kereta, time duk surfing tiba-tiba terputus/offline. mesti benganglah...hahaha. aku biasa kena. tapi dengan teknologi terbaru ini, rasanya tiada masalah itu lagi.
baru ni aku ada sembang-sembang dengan sorang yang duk jaga cc kat pekan ini. kitorang borak hal broadband, hal zink kesan kat bb, sampai lah cara nak shut network wireless dari satu bangunan ke bangunan. tiba-tiba dia ada terkeluar bab 'cloud internet'. aku pernah tengok kat satu web tentang benda ini. tapi tak tau detail sangat dari segi praktikal. konsep ini semakin diguna pakai di u.s.
dia pun cakap lebih kurang macam ni, coverage internet kita akan ok kiranya pakai sistem/konsep cloud ni. contohnya sekiranya kita lalui kawasan coverage lemah tiba-tiba ada cloud lain yang akan support signal kita jadi kesannya internet akan laju sokmo. begitu lah lebih kurangnya. tak perlu risau nak surfing time naik keta atau bas nati. kiranya server atau data internet nati akan dipacak kat awan-awan. gila punya idea.
aku duk search dapat satu web cite pasal ini serba sedikit. google pun ada tulis juga kat blog diorang. konsep agak baru, malaysia mungkin perlu 2-3 tahun lagi.
di harap awan-awan ini akan memudahkan kerja kita satu hari nati. aku ingat goku saja ada awan dia, rupanya kita pun akan ada awan sendiri. mat saleh ini mungkin terpengaruh dengan awam goku.
tak lama lagi mungkin ada ball internet..ha-ha-ha
Syukur
-
Tiap kali belikan lauk untuk mak, mak akan tanya "berapa sekor ikan tu?...
sayur ni berapa ringgit banyak ni? mahal tak gulai tu?"
"Tak tanya pun berapa se...
1 year ago
No comments:
Post a Comment