ini mini topik sebenarnya..benda ini yang selalu aku bertengkar dengan sorang member aku. dia kira hardcore kaki sahur, kalau tak sahur lembik macam orang baru balik perang, aku pula bukannya kaki sahur kerana kena training masa study dulu-dulu apa yang berbuka itu laa yang bersahur. awal-awal agak bergetar-getar juga kepala menahan, lama-lama ok jer.
bila dah makan tahun, dah jadi kebiasaannya jer. hampir satu rumah sewa begitu.. ye laa orang bujang masak haram tak pandai belaka walaupun dapur gas ada 2 set, siap lesung sambal kira cukup lengkap kalau nak mini kenduri. tapi kalau setakat skill survivor setakat masak megi dan goreng hotdog atau burger tu semua kitorang masih bole laa lepas lagi..
jadi bila datang geng jemaah fanatik sahur ni, aku dah mula gelisah iya kitorang jarang-jarang bangun pergi kedai tomyam untuk bersahur sekadar bangun tenguk air masak ada lah. ada satu kali member aku datang tumpang tido sebab nak interview kat putrajaya. aku biasa ada simpan kek pisang bantal dalam peti dengan air soya kotak 1 liter tu. kira survival kit laa gitu..hehe.
aku dah bagi tau awal-awal dia, ket sini semua jarang-jarang (bukan tak sahur lansung) bangun sahur. dia ok jer, jadi dia tido awal maklum esok nak jawap soklan nak naik gaji ni. aku cam biasa tido di 3-separuh malam, jadi terus amek sahur kat situ. sebelum tido aku ada tulis nota, kesian kat dia esok nak merempit balik kuala kubu: ket, kek pise ada dalam peti dan air soya untuk sahur.
tutat..tutat... esok lepas interview aku tengok dia dah lembik, macam ayam kena ketik tungai.
bakpo ket - tanya aku,
ni laa kalu aku tak sahur - jawap muka tak puas hati.
wei aku dah royat ada kek pise dengan soya tu.- balas aku
iya lah mana cukup kar!.. lepas dia membebel. bla, bla, bla --haha sampai sekarang dia akan cakap balik nota aku tu
jadi lepas kejadian tu dia sering bangkit balik kes ini kalu kuar topik bab sahur.
aku dah bagi tau awal-awal, aku pun tak salah dia sebab kebanyakan aku tengok masyarakat kita di malaysia ni tidak boleh menerima jenis yang tak bangun sahur sebenar : dalam erti kata makan nasi habis sepinggan dua.
bagi aku sahur atau tidak sama jer: kalau yang jenis kerja terlampau pakai tenaga baik lah bersahur, nati rebah tengah padang. sekarang banyak kerja pakai otak (servis)... kalau bercucuk tanam pon dalam fesbuk jer!
Syukur
-
Tiap kali belikan lauk untuk mak, mak akan tanya "berapa sekor ikan tu?...
sayur ni berapa ringgit banyak ni? mahal tak gulai tu?"
"Tak tanya pun berapa se...
1 year ago
No comments:
Post a Comment