Showing posts with label borak². Show all posts
Showing posts with label borak². Show all posts

Sunday, October 23, 2011

sudah anda bersedia ?

Pagi tadi, aku tengok 3 misscall kat hp. Semalam tido awal, penuh dengan aktiviti lapangan - menebas kawasan signboard dan menabur batu jalan. Dah teruk gila dah jalan sini, harapkan tok wakil tunggu pilihanraya laa baru manis muka datang.

Aku call balik kawan aku, mr ket. Rupa-rupanya berita sedih, abang hassan meninggal. Hassan ini antara kawan sekelas aku, dan dia selalu lepak masa aku sambung 2nd degree dulu. Kebetulan dia kena bertugas kat kem sg besi. Abangnya, di panggil abang mat kemalangan kat jalan Grik selepas solat jumaat semalam, arwah sentiasa ulang alik kerana mengajar di sekolah rendah sana.

Aku sendiri terkejut pun ada, aku tatau macam hassan punya perasaan ketika ini.

Kali terakhir, bersapa abang matnya ketika raya baru ni. Arwah yang aku kenali, seorang yang lemah lembut, jenis orang sopan, lulusan dari universiti timur tengah., pendek kata jenis orang agama lah. Masa arwah habis dgree, balik kampung tiada kerja, last2 ambil cikgu. Begitu lah nasib kebanyakan generasi zaman ini.

Aku sempat bual panjang juga dengan si hassan tadi masa ziarah keluarga. Satu je aku boleh kata sini ' satu keluarga tengah blur dengan kejadian ini'. Aku tengok gambar kereta arwah macam kena kupas-kupas wira SEnya. Iyalah diterjah oleh lori 18 tayar.

Jalan Grik - Jeli kalau kemalangan, biasa kes kronik. Pagi jumaat tu masa menebas aku tengok sebiji kelisa ditowing dari sana. Kelisa tu semua cermin pecah abis, ni mesti masuk longkang.

Dalam minggu ini, ada 2 kematian secara langsung berdekatan dengan aku, pertama isnin minggu lepas salah seorang elders kampung aku meninggal. malam ni dah masuk malam ke-6 majlis tahlil. Yang terbaru abang hassan. Kematian sekitar kita banyak menyedarkan kita, anda kita bersedia ke arah itu ?

Thursday, October 20, 2011

Demo gemuk loni

Demo koho gemuk kawe tengok - aku ditegur oleh seorang brader Din, yang jarang sekali naik ke kelantan hantar barang sini. Kali terakhir jumpa dia, sebelum puasa hari tu.

Aku balas - macam ni la kawe, ada masa nampak kurus. tapi kebanyakan nampak gemuk. Aku baru gunting rambut sebab susah nak pakai kopiah masa pi surau, atau solat jumaat. Mempunyai saiz kepala yang besar begini lah masalahnya. Susah gila cari saiz kopiah. Bila dah gunting rambut, kofem  nampak gemuk. Tambah pula dah kat 6 tahun gantung kasut. Tak aktif naik gunung.

Naik gunung, antara aktiviti yang boleh membakar lemak tepu dalam tubuh anda. 3 minggu lepas aku dah tempah kasut hiking kat pakcik kedai bundle Bukit Bunga tu. Susah betul nak cari boot hiking sini, walaupun kat kedai kasut bundle. Dulu pun aku beli hi-tec kat Johor Bharu.

Aku rancang nak naik, Gunung Basor dalam masa terdekat. Siapa-siapa nak join sekali, bagi tau sini. Gunugn Basor ini, dekat je dari tempat aku. Atas sikit dari Tasik Pergau sini.

Aku pernah buat rekod turun 5 kg, naik gunung chamah-ulu sepat. Lembik gila lepas tu.

ni masa dengar ceramah tokei mydin, kat dewan mrsm Jeli baru2 ni.. dapatlah sos sebotol.

Monday, October 10, 2011

Untuk jadi kaya, anda perlu berkongsi

Ramai, tak percaya pepatah ini. Dah hanya mempercayai bila dah mengecapi.  Kaya di sini bukannya kaya harta duit semata-mata. Kaya anak, kaya kawan-kawan. Itu antara rezeki kita.

topup online banking tak masuk ? apa anda kena buat

Bagi yang pakai no prepaid, topup secara online banking amat mudah. Cuma klip boleh 2-3 kali,setel. Tapi kalu tak masuk, boleh tahan juga mentalnya. Sejak sistem topup ditukar terus kepada masuk kredit dalam hp tu, benda ini ada juga kelemahannya. Kalau dulu aku suka amal, jenis papar no topup, kita bubuh sendiri. Walaupun leceh, tapi itu lagi selamat.

Kemarin aku terkena kat cimbclicks, kebetulan topup 10 ringgit saja. Malas nak membazir kredit. Sementara nak menunggu pakcik kedai celcom tu setel daftar line bagi no ni. (Bagi aku, orang pakai prepaid orang kaya-kaya jer, kadar casnya memang mengkaya syarikat telco). Tunggu punya tunggu tak masuk. Mungkin masalah line kat tempat ni, tenggelam timbul. Ok tunggu esok, tak masuk-masuk juga.

Jadi satu caranya, anda perlu buat aduan kat dalam cimbclicks tu klip> home >other services > msj center> compose msj. 



lepas tu anda perlu tulis macam mamat cimbclicks emel kat aku balik:


Adalah di hargai sekiranya pihak encik dapat memberikan maklumat yang diperlukan seperti di bawah untuk tujuan siasatan / semakan : -

a) Tarikh dan masa transaksi
b) Nombor telefon transaksi /tambah nilai
c) Jumlah Tambah Nilai
d) Telco (Maxis,Celcom,Digi atau lain-lain


#aku tengah tunggu mamat tu siasat, minta2 masuk cepat. Walaupun 10 ringgit duit kita tu.

Monday, September 19, 2011

kedai banyak kosong, tapi semua dah disewa

Kawan aku sedang sibuk cari kedai kawasan sini, nak buka siber kafe dan kelas tusyen skor A. Payahnya punya nak sewa kedai sini, tadi masa kat pejabat Pos aku ada tengok ada kosong kedai majlis daerah sini. Banyak lagi yang kosong, tapi semua orang sewa. Bila ditanya.

Diorang ni sewa, nak buat sarang burung ke situ. Rugi ekonomi betul. Mesti jenis kroni yang sewa, itu belum masuk sewa atas sewa. Tolonglah bagi kepada yang betul nak berniaga, baru ekonomi tu berjalan dengan rancak.

Ini dah jadi macam pekan koboi, kedai tutup lagi banyak pada yang buka.

Sunday, September 18, 2011

antara sampah yang memeningkan kita

Buku - buku lama antara koleksi @ jadi sampah. mana satu nak asingkan. Hampir separuh buku2 study, kawe sudah tinggal kat rumah sewa dulu. Semua jenis stok boleh buat 'pekoh' anjing, tebalnya. Ini yang tercicir lagi.

Thursday, September 15, 2011

Kakitangan bank di Kelantan tak profesional, jadi jangan kalian pelik

Tahun 2011 ini, ada 2 pengalaman buruk dengan pekerja bank di Kelantan ni. Pertama sekali dengan Maybank Tanah Merah, kes ini agak kronik. Buka maybank2u untuk akaun perniagaan makan masa 5 bulan baru setel. Itu pun, akhir sekali aku telefon maybank KL sana. Hampir setengah tahun. Sabar jer.

Terbaru, terkena minggu ini. Dengan Ambank KB, kes nak minta pinjaman untuk kereta. Janji dengan pelanggan macam jadi dengan kawan-kawan diorang je- itu aku boleh ringkaskan sini. Mentang-mentang kita minta pinjaman dengan diorang, main-main pula.

Susah mentaliti orang makan gaji. Kalu hang orang berniaga, dah lama lingkup. Peluang orang nak bagi duit, tak nak ambil.

2 kes ini, satu kesimpulan aku boleh pukul rata, kakitangan bank negeri ini tiada sikap profesional dalam melayan kerenah pelanggan. Aku sarankan kat pengurusan atasan,  kakitangan bank negeri ni kena hantar bekerja di luar Kelantan dulu, timba pengalaman dulu.

#aku sendiri dengar ramai kawan peniaga sini mengeluh dengan sikap kakitangan bank di negeri. Itulah realitinya kawan-kawan. Bagi yang baru balik dari luar kelantan, hang sabar jer lah.

#Sg Golok - Bangkok, raya nanti#

Bagi yang bujang, raya sudah hilang seri bila kawan semua dah kawin. Jadi untuk tahun depan, member aku ajak pi beraya kat Bangkok. Aku ok jer, insyaallah minta menjadi kali ini. Lama dah rancang nak jalan-jalan tengok negeri orang (dalam mood travel).

Beruntung juga tempat aku ni, rupanya ada train terus dari Sg golok ke Bangkok. Tempat aku ke Sg Golok, 45 minit jer.

Sehari dua ni, angin berjalan aku memang tebal. Sebulan ni aku nak cuti, sekejap dari kerja rutin. Rancangnya turun Langkawi, ada kawan buat penyelidikan sana. Dia selalu ajak, aku pula  tiada masa sesuai. Raya baru ni jumpa borak-borak. Menarik juga, dia betapa sana kaji rumpai laut celah-celah pulau tu. Projek NKRA negara tu, bangga sekejap kawan sendiri urus perkara besar sebegini.

##Semalam borak hal motorcross dengan budak Air Kelantan sini, rupanya cross ada 2 jenis satu jenis trail; bukit & bandar satu lagi cross betul untuk masuk bukit. Biasa aku tengok kat Sg Golok motor ini siap pacak dalam kedai cermin gitu.

Harga ok juga sekitar 9 - 12 k, aku rasa itu paling sesuai untuk tempat aku jenis berbukit ni. Satu lagi aku liat nak basuh kenderaan, tambahan fobia buat lesen motor tak habis lagi. Benda aku paling benci dalam hidup ini ialah birokrasi buat lesen kenderaan. Bangang punya prosuder, sekolah memandu.

Nak pi jauh, naik bas jer - celah kawan aku kerja offshore. Mentaliti orang kerja international ni lain betul. Orang kita berebut beli kereta, berebut pakat jeng.

korang tau tak web couchsurfing.org, memang cool komuniti sini.

Tuesday, August 23, 2011

pagi-pagi dah kena jawab soalan orang nak kahwin..apa daa

Ntah apa. kawan aku seorang ni pagi-pagi lagi dah jenguk muka sini. Yang jadi soalan killer tu, dia minta nasihat bab-bab nikah kahwinnya masa raya nanti. Macam lah aku ni konsultansi orang kahwin pulak. Pergi lah tanya orang dah berkahwinlah, baru afdal ustaz azhar idrus kata.

Mungkin ini antara perangai mereng, orang nak kawin kot 

datuk pun nak bersara dari urus web

Pencen, itu senang cerita. Tahun ini, aku rasa nak tutup buku habis bab-bab web ini. Mungkin banyak ke arah offline dan buat hal sendiri. Antaranya aku sendiri dah tak larat nak mengurus web komuniti sini. Sebab utamanya tiada respon positif dari penduduk sekitar sini sendiri. Kalau sebulan dua tak per, ni dah kat 2 tahun tiada satu pun artikel dihantar/emel kat kitorang. Letih main macam ni.

Bila nak maju ?

Urus web ni bukannya macam urus fanpage facebook, lagi berat bagi aku. Dari pemasangan cms hinggalah syarikat hosting. Semua kena tanggung sendiri. Inilah yang selalu buang masa.

Untuk membangunkan sebuah laman web berkualiti, faktor utamanya ialah kandungan haruslah berkualiti. Kalau cikgu -cikgie gomen sekarang panggil - kandungan berprestasi tinggi. Benda lain seperti design, tu sekadar penghias. Untuk mendapat artikel yang bagus bukannya mudah, bagi yang berpengalaman menulis atau dapatkan didikan formal khususnya di bidang penulisan atau kewartawanan tiada halangan. Bagi yang biasa, benda sebegini banyak makan masa maa.

Ini yang masalah besar, kalau asyik harapkan dari aku seorang jer nak curah artikel situ. Letih lah cam ni. Itu belum lagi platform web tu buat hal sana sini. Dengan syarikat hosting yang suka hati nak buat hal seperti tak boleh akses, web keluar debug. Ini semua makanan biasa. Belum masuk yang terdelete database web korang.

Nasihat aku kepada yang baru berjinak dalam blog/web janganlah beli pakej hosting/domain 'berpromosi'. Pakej sebegini selalu buat hal.  Memang murah tapi sakit hati akhirnya. Masa web korang kecil-kecil ni takpe lagi, bila dah web tu membesar mau hangin satu badan, tiba-tiba hosting buat onar masa tu.

Ini dari pengalaman aku terkena dengan syarikat exabytes malaysia, antara syarikat hosting terbaik di Malaysia (diorang claim lah). Itu pun kiranya aku dah rembat pakej bisnes sana. Cuma aku salut support diorang memang pantas, tapi kalau selalu kena web tak boleh akses mau tensen juga kan kan.

Saturday, August 13, 2011

Syukuran, Ramadhan barakah

Syukuran, puasa tahun ini. sahur aku tak terlepas lagi. Dah 10 tahun lebih tengelam timbul sahur, tambah zaman belajar dulu tunggang langgang bersahur. Badinya terbawa sampai tahun lepas.

Aku jenis tak boleh tidur lepas sahur, kalau tertidur jawabnya berpeluh macam baru lepas berjoging 3-4 kilo. Mengarut betul mimpi lepas sahur, kebanyakan orang sebegitu hasil tinjauan rambang aku.

Tahun ini, dimurah rezeki aku dapat berterawih dengan baiknya. Tahun lepas, terlantar mengaru gatal satu badan. Penyakit datang dan pergi. Alhamdulilah.

Kawan-kawan aku sini, pun 2-3 orang sambut anak sulung, gumbira aku tengok muka diorang. Rezeki betul Ramadhan ni.

anak sulung pein, mentuanya orang sungai golok. Aku selalu singgah rumahnya kalau pi melawat belah sana

Tahun ni pun, aku belajar subuh berjemaah. Terasa panjang betul hari, bila mula rutin baru sebegini.

Saturday, July 16, 2011

aku nak ternak musang...hobi lama dah kembali

Tadi aku duk borak-borak dengan seorang Melayu Patani yang rata-ratanya bekerja sebagai penoreh getah kat kampung aku ni. Jadi hobi diorang tak secanggih anak muda bandar seperti i-pad,i-phone, fesbuk, psp atau berkemera dslr. Kebanyakan hobi orang kampung menternak burung atau ayam hutan, namun ada juga nak ternak benda pelik iaitu musang. Susah nak jumpa.

Boleh tahan besar musang hutan ni lebih kurang anjing. Jinak pulak tu, siap duk putar kat dapur je tak mau pi lain dah menate ni. Makanannya, nasi, pisang, ayam masak dan minum susu kucing masa baby.

Jadi aku pun, duk borak pasal hal-hal bela musang dari A sapa ke Z...hasilnya. 'Bang nati bole anak musang bagi kat saya sekor saya nak pun minat nak bela'.

Aku bukannya ada minat sangat bela binatang tetapi pengalaman bela haiwan eksotik. Dia punya feel lain macam. Masa tingkat 1 dulu aku ada bela memerang (otter)...sebiji dia punya jinak macam anjing. Kes kena duk asrama terpaksa dilepas balik ke habitat asalnya.

****
sori tiada gambar nati, tak pasal musang comey brader tu kena akut masuk zoo

malam nisfu..tolong bawa kuih ye

Semenjak dua menjak, aku rasa dah jadi macam orang-orang tua kat kampung ni sebab selalu lepak dengan geng surau lepas magrib. Yang selalu dibual selepas zikir, tiada lain selain topik ugama, politik kampung, hal pencen dan paling horror bila masuk bab-bab mati.

Insaf rasanya sekejap. Diri menjadi menerjah masuk alam tua.

Malam ni, malam nisfu. Tarikh diari amalan kita ditukar untuk tahun depan.

Geng-geng surau dah siap bagi tau esok malam kita buat kuih muih sedikit seorang, buat jamuan ringkas lepas isyak. Malam ni biasanya baca surah yassin lepas magrib.

Aku rasa macam nak ponteng jer malam ni ke surau, siapa nak buat kuih muih kat aku, aku bukannya reti. Diorang takper lah semua ada bini, anak cucu tolong buatkan...

Tuesday, July 5, 2011

sukarnya cari kedai sewa kat sini

Dah kat sebulan rasanya aku tak menulis, tiada sebab lain broadband selalu buat hal. Jadi semangat nak menulis pun kurang. Tadi, aku teman kawan cari kedai sewa untuk setup bengkel kereta dia. Susah betul, kalau ada kedai kosong ramai yang dah booking awal-awal.

Dia baru balik dari penang, nak buka pomen kat sini.

Tambah-tambah kawasan popular macam kat Bukit Bunga ni, semua duk berebut nak berniaga. Cuma yang lebihnya ayah member aku ni, orang asal sini jadi kebanyakan pemilik kedai sini dia punya kawan sepermainan. Otai kiranya.

Kagum kejap aku tengok semangat orang dulu-dulu ni, walaupun kaya raya kawan-kawan diorang tak tinggal pun. Masih rapik serupa dulu-dulu, harta bukannya penghalang. Berjanji mulut lagi kemas dari surat lawyer macam sekarang ni.

Cuma satu aku perasan sini, ramai orang tino yang berniaga. Muda - muda lagi belaka. Ini mengukuhkan lagi teori pompuan lebih ramai dari lelaki.

Thursday, June 9, 2011

antara 10 perkara yang tak kool buat orang bujang: teman kawan-kawan jumpa bakal mentua, kofem tak best & lawak

Korang pernah tak ada pengalaman cam ni, satu hari yang tak berapa indah terpaksa teman kawan yang kali pertama pergi jumpa bakal mentua diorang. Si kawan ko, ni dah turun dia punya tahap adrenalin, sampai mengelabah tatau yang cakap apa. Kalau sebelum ini bising, terus kelu tak tau nak cakap apa. Normalkan.

Iya pertama kali bertemu bakal mentua, agaknya macam rupa diorang. Bekeng atau baik. Apa modal nanti yang borak sana. Macamnya kalau diorang tolak awal-awal, mana nak susup muka ni. Lain padang lain belalang. Gila pendek kata, serba tak kena.

Tak nak pergi. Member baik korang, iyalah sebagai orang bujang. Benda gini merimaskan sebenarnya, rimas bro!..kalau dah berkelamin lain kisahnya. Bukan apa mengenang keselamatan bakal pengantin yang tak berapa kool ni. Nanti masa balik dia buatnya angau silap jalan cari longkang. Susahkan.

Ini yang aku perati, bila dah masuk 3 kali kena paksa rela pi tempat macam ni. 2 rombongan pertama tu, semuanya fail tak jadi, yang terkini malam minggu baru ni. Jammed molek, rasanya. Minta-minta yang ini jadi.

Yang aku perasan, penyudahnya aku juga yang duk borak rancak dengan bakal mentua diorang, tambah-tambah kena bertemu kaki berniaga. Member aku ini ala-ala islamik gaya imam muda, mana tak kelu lidah dia.

Dalam perut ni..aku tak tahan nak gelak kat situ bila tengok member aku tu merangkak-rangkak belajar cakap depan bakal pak metua..hahaha (kofem 3 tahun lagi benda ni boleh buat aku gelak sorang-sorang)

Moralnya : lain kali kemahiran komunikasi penting kena ada, paling koma masa gini lah nak goreng!

Saturday, May 28, 2011

Boring hujung minggu, jom kutip pucuk paku

Salah satu yang memboringkan duduk di Kelantan ialah bagi jenis yang kaki wayang. Sebab sini tiada panggung wayang. Anda jangan kagum pulak, dulu ada juga wayang 2 syarikat buka, tapi dah tutup lama sebab ramai sangat yang suka bawa awek beromen kat dalam tu.

Macam tiada tempat lain atas dunia ni, bayar 10 ringgit semata-mata nak beromen. Bodoh kan.

Mana tak kerajaan Pas marah, jadi ada peraturan pasang lampu dalam panggung. Itu pun dah kira baik mujur diorang tak suruh taruk sportlight dalam panggung tu. Aku sempat pergi sekali kat panggung lido, tengok citer sofea jane dengan sidik oraza berlakon dalam hutan. Itu pun masa form berapa, ikut pak sedara aku.

Lepas tu bunyi khabarnya panggung kat kb ni dah gulung tikar, ramai salahkan peraturan kerajaan negeri. Bagi aku banyak sebab antaranya yang utama ialah kitaran bisnes dia sendiri, sepatutnya diorang seiringkan dengan teknologi terkini, taruk 3D ke baru pak haji pun selera nak mai.

Sebagai peminat Pirates of The Caribbean, tahun ini aku tertinggal bas lah.. nak tengok perbukaan sekuel ke-4 ni. Nak torrent.. tiada yang berkualiti aku nampak, setakat ini selepas axxo (the god of torrent movie) bersara, Maxspeed paling berkualiti.

Lain feel dia, tengok kat panggung dengan donlop bro!. Susah nak cerita hanya kaki movie je tau. Citer ni best tengok kat panggung tambah2 korang beli coke besar jawabnya 7-8 kali tawaf pi jamban.

Jadi mari kita doakan atau sembahyang hajat supaya tahun depan ada terbuka hati yang pacak satu panggung kat kelantan ni. Paling dekat tempat aku, ialah ipoh dan kemaman (aku perasan sini ada satu mini panggung)

Jadi tadi aku buang tabiat, pi kutip pucuk paku kat hulu kampung sambil ambil buluh buat pukul ular.  Pukul ular!!! korang pernah ke tak, kalau tak pernah mai sini krusus sini...free je aku ajar..haha.
 --lain kali aku uplod gmbr, bb buat hal

Tuesday, May 24, 2011

Nak pinjam dengan bank kena ada rekod

Semalam aku seharian keluar masuk bank dari maybank ke sme lepas tu singgah agrobank. Member aku nak tanya pinjaman untuk buat bangunan kedai dia. Cuma daripada info pengawai tu pentingnya aliran tunai dalam bank anda atau dengan kata lain penyata akaun. Inilah satu-satunya trek rekod atau bukti utama anda untuk dapatkan pinjaman.

Yang tololnya member aku ni, aku dah berbuih-buih cakap kat dia sebelum ini. Hang kena buat keluar masuk duit dalam bank walaupun dalam satu hari bayar berpuluh-puluh ribu tunai. Mana bank nak percaya kalau tiada rekod.

Nak pinjam bank kena ada rekod bai..

Dia mana dengar cakap orang macam aku, nak kena pengawai yang pakai tie tu bagi tau kena-kena pulak dalam bilik e-kon cam semalam. Barulah nak terhegeh-hegeh tanya nak buka acc semasa camana.

Bukan apa, orang kita kebanyakan nak kena atas batang hidung dulu baru nak buat.

Satu lagi kadang-kadang kalau anda ada info-info yang berguna tak perlu pun anda buang air liur bagi tahu kat kawan-kawan baik, bukan diorang nak percaya pun. Nak tak nak kena orang dalam bidang tu bagi tau juga baru percaya.

Percayalah....!! (siti nurhaliza dah lama nyayikan benda ni)

Wednesday, May 11, 2011

Fokus kiri kanan

Dalam 5 - 6 tahun kebelakangan ini, aku banyak komitmen kena buat.

Ketika buat 2nd degree aku sempat lagi berniaga sana sini sambil teruskan perniagaan keluarga. Bila pulang ke kampung aku cuba bangunkan satu web komuniti di sini. Pada mulanya macam biasa semuanya semangat berapi-api. Benda ini dah jalan nak masuk 2 tahun.

Sambil itu aku cuba bangunkan satu projek majalah akuakultur dengan seorang kawan. Benda ini sekerap jalan jer, member aku kena kebas kat USM. Sana perlukan kepakaran dia.

Pendek kata.. banyak benda baru kena belajar dan telan bulat-bulat. Boleh kata tempoh ini, paling banyak aku jumpa benda baru. Cuma bila pulang ke kampung ni, aku jenis low profile. Tiada lah nak heboh benda yang kita telah buat.

Cuma terbaru ini, aku terlibat dengan penubuhan alumni sekolah aku dulu. Aku cuba bagi idea yang aku pakai semasa terlibat dengan bisnes event management kat KL dulu.

Aduss... letih siot.
Sini diorang tak nak dengar mana kata-kata aku. Yang tololnya.. bila timbul masalah diorang baru setuju dengan idea aku ini. Yang tak tahannya.. yang terlibat tu cikgu cikgie, kiranya golongan cerdik pandai kat sini. Aku perasan sini, budaya professional belum ketara. Diorang lebih kepada senioriti.

Kecewa juga aku. Akhir sekali bila dah selesai majlis tu aku tarik diri terus. Malas nak cari gaduh dengan kawan-kawan kes hal remeh temeh ni. Itu pun ada  kawan aku yang dah bising bila aku kata tak nak pergi dinner kat sekolah baru ni.

Satu pantang aku kalau orang tu cakap lain buat lain, jangan harap aku nak percaya/layan dia.

--------
Dari pengalaman sedikit ini, membuat aku berfikir balik.. 2-3 projek mendatang dengan kawan-kawan sini perlu aku shutdown. Tak larat aku nak bertikam lidah dengan massa di sini. Silap-silap boleh putus kawan.

Baik aku fokus kepada kerja aku sendiri. Tak perlu toleh kiri kanan, fokus kat depan jer.

kesimpulan aku boleh buat : sukarnya mengubah tanggapan massa ni...

Saturday, April 30, 2011

kenduri kahwin kawan jauh..apa kata anda

Musim cuti dah tiba, walaupun sehari cuti di Malaysia ini. Cuti boleh dipanjangkan ala-ala 'strawhat luffy'. Bagi kaki anime faham apa aku cakap. Dah semestinya musim cuti ini di isi dengan program wajib 1malaysia iaitu kenduri kahwin.

Untuk majlis yang dekat-dekat tiada masalah untuk pergi, maksud aku sekitar 200 km ke bawah. Contohnya tempat aku ke Kota Bharu, baru dalam 100 km lebih. Cuma kalau satu hari tu banyak sangat acaranya, kena lah tunda satu dua pergi yang rasa nak pergi.

Setakat ini paling jauh aku pergi kenduri kawin housemate aku kat Batu Pahat, siap buat rombongan dari KL. Tapi bila umur dah meningkat, kena pikir 3-4 kali juga nak pergi kenduri jauh-jauh ni. Lain lah dulu, semua tempat selamba je pergi. Antara sebab aku kata begini, kita kena pegang pada kenyataan.

'Tak semestinya kita pergi kenduri kawan jauh-jauh, mereka belum tentu akan datang masa kita nati'
Lantak apa orang nak cakap, sebab itu realitinya. Ramai antara kawan-kawan aku berkira masa kenduri diorang, tapi bila masa orang lain batang hidup pun tak nampak.

Dan aku sendiri pernah putus kawan sebab tak dapat datang majlis dia. Bukan tak nak datang, dah tiada kenderaan takkan aku nak jalan kaki. Masa tu tengah study post graduate. Korang faham-faham lah ekonomi student, ekonomi megi...hehe

Di takdirkan tu kitorang jumpa balik di satu majlis kenduri coursemate kat Kelantan ni, dia sound terus kat aku - bila-bila tak payah datang rumah aku, sebab jauh -katanya. Aku kata ok. Lepas tu aku dah tak ambil port hal dia. Aku rasa kes putus kawan macam ni, ramai. Pada agakkan aku lah.

 ustaz kawen. suko sengih - Kg Banggol Cempedak, Serada KT

Aku akan usaha juga pergi sekiranya dia tu kawan rapat betul. Kira susah senang sekali masa study dulu. Cuti baru ni aku turun ke Kuala Terengganu semata-mata pi kenduri housemate aku merangkap roomate masa degree dulu.

Alhamdulilah ustaz, nama budak ni. Jumpa juga jodoh dengan budak kampung sebelah. Isterinya baru lepas grad UKM. Bertuah siapa dapat ustaz ini. Kerja memang rajin gila, kalau korang bagi satu kompenin pun dia boleh handle belaka. Aku nampak dia bole pergi jauh, sekarang ini dia kerja kat KSB kemaman.

K. Terengganu dari tempat aku mau-mau 3jam setengah tu standard naik wira. Speedtrap toksah cakap laa.

Friday, April 29, 2011

antara ciri-ciri blog yang buat mata aku pening


Tadi aku search blog2 lama yang aku baca dulu-dulu. Keluar lah result search kat google macam ni, aku pening kalau baca tulisan macam kena tsunami. Tak boleh tulis elok-elok ke. Paling bangang kalau dapat sms gini dalam phone, huruf o ditukar dengan kosong. Biasa orang pompuan lagu ni.

atau mungkin aku sudah tua..

Blog List