Yang tololnya member aku ni, aku dah berbuih-buih cakap kat dia sebelum ini. Hang kena buat keluar masuk duit dalam bank walaupun dalam satu hari bayar berpuluh-puluh ribu tunai. Mana bank nak percaya kalau tiada rekod.
Nak pinjam bank kena ada rekod bai..
Dia mana dengar cakap orang macam aku, nak kena pengawai yang pakai tie tu bagi tau kena-kena pulak dalam bilik e-kon cam semalam. Barulah nak terhegeh-hegeh tanya nak buka acc semasa camana.
Bukan apa, orang kita kebanyakan nak kena atas batang hidung dulu baru nak buat.
Satu lagi kadang-kadang kalau anda ada info-info yang berguna tak perlu pun anda buang air liur bagi tahu kat kawan-kawan baik, bukan diorang nak percaya pun. Nak tak nak kena orang dalam bidang tu bagi tau juga baru percaya.
Percayalah....!! (siti nurhaliza dah lama nyayikan benda ni)
4 comments:
biasalah tu, kalau takde official prove of income cam orang kerja gomen yang ada gaji tetap, kenalah tunjuk sesuatu yang lain yang leh yakinkan bank, cam penyata cash outflow & inflow akaun ke, sijil niaga ke.
betul tu, ramai yang tak tau tapi tak sedia apa yang patut bila perlu baru kalut2 nak buat. tambah2 klu kawan2 bagi tau mana diorang amek pusing sangat.
end of the story..follow je peraturan diorang buat..hehe
cam member aku jual kereta kata (time tu pun aku jual keter gak), "kito ni nok mitok pitih ore(bank), yo mitok gapo pun, (dokumen tambahan) wi jah, mugo nok pitih ore"
Aku pun belajar benda ni dari salesman kereta kat kb,nama dia syed. Dia kata resit paling penting, simpanlah sebab itulah rekod orang berniaga sebenarnya bukannya dari statement bank.
jadi sedia satu balang utk resit, balik beli campak je dalam tu. Nanti senang nak rujuk.
Post a Comment