tajuk agak kasar, maaf semua.
aku tergerak nak menulis benda ini bila sendiri merasa perkara sebegini. dalam berniaga kamu akan jumpa pelbagai jenis orang dari pelbagai latar belakang. dari situ kita dapat buat rumusan.
ada 2-3 kejadian sebelum, menyebabkan aku berpendapat orang kampung kurang berbudi bahasa atau dengan kata lain kurang ajar jika dibandingkan dengan orang bandar. kenapa aku berkata begitu, orang kampung ni kadang-kadang harta kita dibuat hartanya.
kes pokok betik...
contohnya aku ada pokok betik sepokok kat depan ni, berbuah lebat. mesti terliur orang tengok. dari pokok betik ini aku dapat tengok sifat orang mana lebih berbudi bahasa dari segi. senang jer, kalau diorang betul-betul nak buah betik biasanya kita akan minta baik-baik dari tuan milik kan. baru petik amek kan?
kebanyakan aku tengok, orang kampung khusus jenis yang tua berkopiah ni lebih kurang kaki penyamun. diorang biasanya akan jolok amek dulu buah betik tu siap 2-3 biji sekali amek. dah buat macam harta sendiri. lepas tu baru minta kat kita. tak kah nama kurang ajar tu kan?
yang tak tahan setengah tu siap letak dalam but kereta terus baru nak minta izin. gila ke punya orang. bukan seorang dua perangai macam ni, tak ke angin kamu sendiri tak merasa buah betik masak asyik dikebas orang. kebas dulu baru minta. kalau sebiji dua tak per, kalau sokmo lagu ni tokey balak bole botak kepala.
bukan setakat buah betik, ada hari tu jantung buah pisang yang aku tebang pon tak sempat yang amik, kebetulan ada pelanggan 4-5 orang datang tengok kolam. pokok tu kat atas tebing kolam, jadi ada seorang yang paling tua dalam group tu, cepat-cepat pergi amik jantung pisang tu. lepas tu duk gendol-gendol pi mari baru laa minta dengan aku. tak kan kita tak nak bagi, kalau dah bimbit macam tu. hangin aku tengok. terasa juga aku, dah tua-tua macam ni pun masih kurang ajar.
mujur ada sabar lagi.
kerana aku secara peribadi, faktor umur bukan keutamaan dalam menghormati orang
dalam kes pokok betik ni, boh pompuan aku, siap bagi warning jangan sape-sape gatal tangan nak amik.... lepas tu hari ada seorang pompuan datang berkumpulan siap nak jolok amik, boh aku sempat bagi tau warning, jangan amek -tuan dia dah marah tak sempat nak makan asyik dikebas orang. merah juga mukanya.
kebanyakan yang kurang ajar ni dari jenis orang kampung aku tengok. orang bandar lebih berbudi bahasa dari segi aku berurusan selama ini, tambahan jenis ada latar belakang pendidikan. kadang-kadang nak amek gambar pun dioran minta izin, nak lawatan kolam pun diorang minta izin, cara parking kereta lebih beradap aku tengok.
ini antara serba sedikit dari pengalaman aku, hakikatnya orang kampung memang kurang ajar, khususnya yang tidak berpendidikan. mungkin bagi mereka itu perkara biasa tapi bagi kita nampak kurang ajar.
Syukur
-
Tiap kali belikan lauk untuk mak, mak akan tanya "berapa sekor ikan tu?...
sayur ni berapa ringgit banyak ni? mahal tak gulai tu?"
"Tak tanya pun berapa se...
1 year ago
No comments:
Post a Comment