sebenarnya aku dah kalis dengan orang datang pat aku.hari-hari ada saja orang datang sini, dengan urusan biasanya beli anak ikan dan pagar elektrik, ada datang berjalan siar pun ada. seingat aku macam-macam jenis dari peringkat menteri sampai lah ke orang kampung biasa.
antaranya dari afrika pun pernah datang, mat saleh pun ada- klu yang dari oversea ni berbelit lidahlah nak menjawab tambah kena speaking, kalau yang dokte atau profesor - u kena bercakap gaya orang macam dalam universiti. kalau yang datang tu menteri atau pengarah - aku amek gambar je malas nak melayan, biar boh aku je yang cakap,aku menyampuk mana perlu. paling bes kalau kaki pancing -senang je nak borak dengan geng2 ni, cakap hal ikan2 dan kail diorang.
aku suka layan orang kampung jer, diorang tak banyak songeh.
pendek kata, kena pandai pr orang kata....walaupun aku duk jauh dalam kampung. mungkin benda yang aku buat ni jarang orang buat jadi tu yang ramai nak datang sekadar melawat atau amik tau. sampai adek-adek aku sendiri dah pandai melayan pelbagai kerenah customer ni. ni salah satu kelebihan berniaga, kita jumpa macam-macam jenis orang.
pagi tadi menteri perdagangan antarabgsa merangkap ahli parlimen pat aku ni, dato pa .. datang buat surprise pagi hari lagi kat pat aku. aktiviti lawatan parlimen beliau. aku cam biasa duk siapkan kerja mana patut, mujur boh aku kata nak pi lewat sikit untuk urusan bil dengan peladang kat dabong. kalu tak dato pa mai tengok kolam saja dengan kucing aku 2 ekor ni..hehe
dato pa.. pandangan peribadi aku
bagi orang sini tak pelik pun, dato pa memang kuat berderat-derat. iaitu buat lawatan sekitar parlimen jeli. tiap-tiap bulan ada saja aktiviti ni. ini pandangan aku secara peribadinya kalau nak banding dengan wakil rakyat lain jauh benar bezanya. contohnya tok wakil pas tak pernah aku napak batang hidung melawat kawasan apa lagi kampung aku ni, kalau ada pun ketika malam buta nak mengundi. nama saja kepimpinan ulamak.
tapi bila masuk bab macam ni aku tak berapa nak setuju dengan parti bulan ni. dah jadi tok wakil tanggungjawab diorang kepada pengundi-pengundi diorang mesti jaga.aku menyuarakan benda ini bukan kata nak sokong mana pihak bn atau pas, tapi sebagai hak kita seorang pengundi selepas penat2 pi mengundi beliau.
tok wakil sombong - pengalaman aku sendiri
aku pernah sekali jumpa - tok wakil pas kawasan aku, iaitu adun kawasan. masa tue aku dan boh melawat orang sakit kat hospital kota bharu dalam 3-4 tahun, kebetulan dia ada melawat katil sebelah kitorang. nak tegur kitorang pun tidak, kofem dah tau kitorang penduduk dun dia. sombong nak mapus. macam buat-buat tak kenal. time mengundi jer buat-buat kenal. tok wakil lagu ni baik parti blacklist terus dari bertanding.
jadi faktor sebegini mempengaruhi pengundi.
contohnya dato pa sendiri sejak 10 tahun lepas memang jenis masuk kampung. cuma dekati rakyat, ada sekali tu masuk sampai ke dapur tengok orang masak masa satu majlis kenduri kendara kat kampung aku. aku cakap apa yang aku sendiri dengar dari orang kampung aku, kampung lain toksah cerita.
jadi secara peribadi, dato pa memang disenangi rakyat parlimen ini dengan sikapnya terlampau mesra rakyat. bagi aku ciri-ciri ini wajib ada kat semua tok wakil kat malaysia. kira default ciri untuk tok wakil ala baru.
Projek Kalsom... dato pa
dato pa pernah sekali masa projek kalsom kat sekolah sains machang dulu, kebetulan beliau datang rasmi projek tu, masa tu aku tingkatan 4. bila sebut kitorang budak-budak jeli cepat dia amik berat bertanya kabar.. korang tak senang ke kalau orang amik berat tentang korang walaupun sekadar bertanya kabar. aku ingat sapa sekarang, masa tu abg/kak yang duk handle projek tu semua belajar kat uk, tengok semacam je kitorang.. iya lah aku dan 2-3 orang member siap gelak2 dengan dato pa. bangga sekejap group kami..hehe
jadi berbalik kepada citer tadi, kebetulan dato pa datang, yang iringi dia seorang tu aku kenal gitu-gitu dulu. sebab masa tu budak ini jadi wartawan akbar sinar harian daerah ini dan dia pernah datang amik berita tempat aku. tut tat tut tat.. sekarang dia dah jadi wartawan tetap untuk parlimen jeli, siap bawa dslr dah sekarang dulu kompak kamera jer masa dengan sinar haran.
aku suka cara budak ni berkerja, namanya nazrin budak tanah merah. dia sekarang handle 2 buah web komuniti jeli iaitu
jeli.my dan
umnojeli.net. sempat juga aku duk borak-borak dengan dia, dia kata dato ni memang kuat betul amek berat kawasan dia.. contohnya macam program hari ni start lepas subuh lagi, sekarang lebih kurang pkl 9 pagi.
projek politik.. realitinya
bagi aku, aku tiada ada harapan mana kalau bila sebut projek politik. contohnya dalam lawatan sebelum ini ayah aku ada kata dato pa nak bagi sedikit peruntukan untuk parlimen ini bagi upgrade kemudahan hatcheri sini. tengok-tengok tak der buat apa, mungkin dato pa dah lulus tapi projek kena buat lari oleh orang bawah-bawahnya seperti agensi kerajaan seperti pengawai jabatan perikanan negeri. kejadian sebegini banyak berlaku dah sebelum ini. itu sebab kenapa industri pertanian kita susah nak maju, campur tangan politik sebegini oleh agensi yang sepatutnya bertanggungjawab. jadi terbalik kuang nampaknya di negara ini.
kenapa aku berkata demikian. logiknya begini - sebab mereka ini tak boleh tengok orang yang dah berjaya untuk dibantu, kerana kalau bantu orang macam ni nati susah diorang nak cari makan.. yer lah kalau tempat aku dapat keluarkan anak ikan berjuta-juta sebulan, pengawai perikanan yang duk berniaga anak ikan selama ini semua akan bungkus - betul juga kata boh aku.
bagi aku sendiri, baik kita naik dengan usaha kita sendiri tak payah pening-pening nak pikir projek sana sini. walaupun hakikatnya kitorang sendiri banyak duk bantu beberapa agensi kerajaan contohnya jabatan perikanan negeri masa keli kanvas dulu, ketika mereka buntu cari anak benih berkualiti.
mungkin sikap orang melayu sendiri tak nak tengok bangsa diorang berjaya. atau mungkin kita semua masih belum mencapai minda negara maju..
No comments:
Post a Comment