Dalam hidup beragama, ada parameter mengukur tahap keagamaan seseorang. Dalam islam ibadat menjadi salah satu instrumen tersebut. Bila masuk bulan puasa, solat terawih akan dilaksana sebagai salah satu ibadat sunat muakad. Ibadat sunat ini dihidupkan sepanjang Ramadhan dengan 2 versi iaitu 8 dan 20 rakaat, cuma sekarang ini trend 8 rakaat lebih popular berbanding 20 rakaat.
Perbualan seharian nak tak nak mesti ada tersebut hal terawih seperti ' semalam solat kat mana', ' demo wat berapa rakaat', ' gi tak terawih semalam', 'tok imam kampung aku cepat betul siap terawih'.
Cuma sini, aku tertarik dengan seorang kawan aku ni. Bila kitorang ajak keluar malam dia menggunakan alasan letih solat terawih.. sebenarnya agak kelakar bagi aku. Yang melucukan dia seolah-olah menyalah kitorang semua..' korang tak per lah tak terawih..aku letih berterawih semalam, balik rumah terus tido' kalau sekali tak per, dua tiga malam begitu.
Lucu pun ada, kitorang bukan tak terawih, pergi terawih tapi duk belakang, abis witir terus balik tak melalut kat masjid tu - sambung kawan aku seorang lagi
Cuma di sini, point aku bukan nak salah dia, cuma senario seperti ini banyak diguna pakai oleh orang islam kita, kebanyakkan di sekeliling kita. Menguna pakai alasan agama untuk menghalal/ menyelesaikan sesuatu masalah atau keadaan.
Jadi ada persoalan di sini, baik sangat atau alim kah kita sekadar pergi melaksanakan satu ibadat sunat seperti terawih. Jangan lupa Islam pun ada istrumen lain untuk mengukur tahap keagamaan umatnya iaitu sifat ikhlas. Sekiranya diperatikan balik sifat ikhlas ini lebih tinggi dari ibadat. Buat ibadat apa kalau tak ikhlas atau sekadar menunjuk atau mengikut orang ramai.
Orang pergi terawih kita pun ikut berterawih, orang bertadarus kita pun nak bertadarus, orang buat berbuka kita pun anjur majlis berbuka. Tapi kalau tidak disertakan sifat ikhlas rasanya tak lengkap ibadat tu. Rasanya perkara seperti perlu diperbetulkan. Ini salah satu pemerhatian aku terhadap budaya islam di Malaysia selama ini.
** aku rasa tak cool kalau guna alasan terawih sekadar mengelak sesuatu.
Syukur
-
Tiap kali belikan lauk untuk mak, mak akan tanya "berapa sekor ikan tu?...
sayur ni berapa ringgit banyak ni? mahal tak gulai tu?"
"Tak tanya pun berapa se...
1 year ago
No comments:
Post a Comment