Monday, September 6, 2010

Tutorial bagaimana nak periksa/tahu penggunaan data/ bandwith celcom broadband anda

Bagi pengguna broadband celcom, bandwith atau penggunaan data broadband penting untuk anda. Bagi mengetahui adakah anda masih lagi dalam had yang dibenarkan atau sudah terbabas terlebih had. Aku terpanggil untuk menulis benda ini sebab sebelum ini susah nak cek/periksa bandwith ni.

Dulu ada external link budak-budak forum bagi untuk cek benda ini, lepas tu celcom dah offkan benda tu untuk orang luar. Member aku sendiri terkejut bila aku bagi tahu boleh cek benda ini, walaupun dia terlebih dahulu daftar kat celcomonline tu.Nak kena rajin explore jer.

Bagi pakej biasa iaitu 68 sebulan biasanya had pakej lama ialah 5gig sebulan (kedekut benar celcom ni) dan pakej baru 3gig (lagi kedekut). Jadi agak tidak sesuai sebenarnya tema 'celcom broadband unlimited' sebabnya bila sampai had yang ditetapkan kelajuan internet anda akan disekat, aku pernah kena. Celcom blok macam takde speed langsung, internet nak buka yahoo mail pun mau 10 minit.

Dengan info ini senang anda nak kawal selera internet, kurang download atau tengok youtube. Ni tidak dah awal bulan dah kena 'blok', jawabnya speed bb anda macam kura-kura.Atau yang jenis kurang sedut data, anda boleh download laa movie sekali sekala di hujung bulan (hujung kitaran bb anda) orang kata biar berbaloi dari duk bayar bodoh bulan-bulan.

Untuk pengetahuan pengguna, bandwith ini dikira dalam kitaran bulanan iaitu sebulan atau 30 hari, setiap penguna celcom broadband mempunyai kitaran sendiri.

Contoh bagi aku, setiap 8hb bulan, ada member 24hb. Jadi bukannya setiap 1hb, anda perlu peka tarikh ini senang nak ejas guna bb nati. Sebelum anda boleh periksa atau check bandwith anda, anda perlu pergi daftar kat celcom.com.my di onlinecustomerservice. Lepas tu login kat https://onlinecustomerservice.celcom.com.my. Bagi yang susah nak daftar atau ada masalah hang call jer celcom center borak-borak dengan operator jap.




Lepas berjaya login, amek My Account - Fair Usage Policy

nati keluar macam ni, klik kat Check Usage

nati hang kena pilih tarikh untuk check benda ini, celcom bagi 3 bulan terakhir saja. Tarikh tu amek mana-mana tak per sebab nati dia akan keluar ikut kitaran bb anda.
Akhir sekali akan keluar benda cam ni, penggunaan bandwith anda untuk bulanan.

Harap tutorial ini sedikit sebanyak membantu penguna celcom broadband di luar sana.

No comments:

Blog List