Thursday, October 14, 2010

Hakikat yang perlu rakyat malaysia perlu tahu, negara kita ketinggalan10 tahun ke belakang

Hari ada 2 orang datang melawat tempat aku, seorang dari KB iaitu jabatan keselamatan pekerja. Rutin tahunan diorang lawat tempat pertanian cek mana yang patut berkaitan keselamatan tempat kerja anda. Yang aku perasan brader ni sorang cakap banyak betul. Yang tak tahan gaya dia cakap slow-slow, lepas sepatah sepatah. Aduhh sakit jiwa aku menghayati perbualan itu, macam orang bercinta bergayut kat hepon. Saiko laa.

Tapi aku tak boleh salah dia, sebab aku perasan generasi dahulu memang ramai jenis macam ini. Aku ingatkan sejenis penyakit pada mula-mulanya. Mungkin boleh diubati, tetapi bila duk jumpa ramai2 jenis macam ini aku mula sedar ini budaya orang dulu-dulu. Umur lewat 40 an biasa ada gaya bahasa orang kaya-kaya ini. Lebih kurang 2 jam duk layan brader ini.

Yang ke -2 pula, masa aku tido petang sebab boring tengok kawan aku duk parking kat komputer duk main facebook. Ketagihan generasi loni. facebook di mana-mana. Member aku gerak sayu-sayu dengar.. ka bangun ada kereta volvo mai tu' Aku dalam hati, teksi mana pula datang ni. Kat sini biasanya mercedes lama dijadikan teksi. Apa jengok tengok volvo baru, kepala tengah mamai.


Rupa seorang cosultant untuk pembangunan daerah ini, ahli parlimen sini upah diorang tengok mana patut untuk projek 10-20 tahun akan datang di kawasan sini. Pakcik baru lepas meeting, rezeki dia kot tertengok signboard tempat aku kat cabang luar sana dan terus masuk kat sini.

Sekilas dari perbualan macam ala-ala lecturer. Sah, lepas perkenalkan diri dia cakap dia bekas pensyarah upm dan sekarang buka syarikat consultant. Duk KL, aku baru lepas mamai terus pi tunjuk mana patut kolam, fry baru lepas dan borak-borak sikit pasal perniagaan. Input-input dia perlu untuk planing diorang.

Orang slow n steady, satu sifat golongan ini yang buat aku senang berurusan. Dia ada tengok signboard berkenaan e.m, pakcik tu kata dia ada bawa masuk, bangunkan dan syor kat kementerian sekitar lewat 90an tapi jabatan pertanian sendiri tak terima teknologi ini. Itu consultant yang sendiri cadang bukan calang-calang orang. Biasa lah perkara baru, tambah-tambah jabatan kerajaan lagi lah susah, orang pakai dulu paling kurang 2-3 tahun baru dia nak ikut dari belakang.

Aku pun ada kuar citer sama berkenaan teknologi ini, kitorang ada cuba buat masuk untuk kegunaan sendiri sekitar awal 2000 tapi tak lepas kat kastam Rantau Panjang sana. Sebab barang ini diketogerikan bawa akta racun, jadi minta tulun jabatan perikanan pun tak lepas. Kalau orang jabatan ketika itu bersungguh-sungguh tolong rasa lepas. Ini antara kes kitorang paling tak puas hati bila babitkan jabatan kerajaan. Zaman itu mungkin orang dengar nama em ni makhluk asing kot. Duit melayang telinga pun berasap rasa.

Negara kita lagging 10 tahun teknologi...

Aku pun bengong dengan akta dalam negara kita yang lama atau tak up to date. Nak jadikan kes, mungkin tuhan tu adil.

Lepas tu yang aku bangang tahun lepas siap ada pengawai perempuan perikanan dari putrajaya promote kitorang benda ini, masa lawatan kat sini. Aku hargai nasihat diorang. Bila teringat kes yang aku kena 9 tahun lepas, aku pun sindir balik kes ini diorang terus senyap yang tak tahan ada seorang mamat pengawai tu nak menang juga cakap em ini teknologi baru. Aku selamba balas balik, klu kira kat jepun teknologi dah boleh kawin bro! Yang rasmi buat masuk sebuah jabatan kat Johor itu pun sekitar 2003. Terus diorang senyap.

Korang kira lah lagging 10 tahun teknologi dalam negara ini. Itu pun kalau kira berapa lama lagi kat Siam sana dah hampir puluh tahun diorang pakai dan terus disimpan sebagai rahsia diorang. Ini baru satu cabang kecil teknologi tak campur yang lain-lain.

Aku sendiri alami banyak juga kes macam ini, mentang-mentang diorang dari jabatan atau institusi tengok kita duk di kampung senang nak kelentong kita. Agak-agak sikit ini zaman semua maklumat mudah didapati. Hari itu sekali ada lecturer upm datang rombongan, selamba tenuk cakap air kolam ini kotor, agak-agak lah kalau dia betul dari bidang hatchery mesti busuk-busuk tahu air hijau sangat penting dalam bidang ini.

Aku pun selamba badak cakap ala-ala saintis skit.. paras amonia, ph, nitriti  berapa ppm...bla...bla..bla. senyap diorang lepas tu baru nak cakap molek-molek ngam kita. Lain kali hormati lah orang sikit.

Aku bukan nak bangga dengan apa yang kita ada, tapi benda sebegini antara halangan besar untuk kemajuan negara. Aku sendiri terlibat dalam bidang hatcheri salah satu bidang paling kritikal, kat Malaysia ini boleh bilang dengan jari saja. Hampir kat 2 dekad bisnes femili ini berjalan baru tahun lepas kerajaan keluarkan dasar hatcheri negara. Gila kan lagging!

Pakcik tu sendiri yang bekas lecturer pun tak percaya bila kitorang jawab teknologi hatchery kitorang sekarang semua develop sendiri bukannya dari jabatan perikanan sebagaimana aggapan tipikal orang ramai. Itu jawapan kepada soalan yang sering orang datang sini tanyakan. Benda ini boleh belajar, kena ambil masa, banyak baca dan usaha gigih.

Sedarlah kawan-kawan ini bukan zaman kita bergantung harap sepenuhnya kat kerajaan seperti orang dolo-dolo.Yang paling tak tahan kalau kita berjaya diorang pun nak tumpang sekaki, ini aku paling bengang.

Dan harus diingat bukan aku seorang yang alami benda ini boleh kata rakan-rakan dalam bidang ini hampir mengeluh masalah yang sama. Baik melayu atau cina, atau pelabur asing macam mat saleh pun aku pernah dengar. Ingatkan sekali rasa nak pergi kanada tak pun new zealand buka hatcheri sana lagi senang dan dihargai.

Sebab itu hanya orang hatchery borak bincang dengan orang hatchery. Pelik kan tapi tu hakikat, benda ini yang bestnya merentasi sempadan bangsa dan negara.

Dah seperti pelawat lain bekas profesor ini tak percaya kat dalam kampungg terpencil sini pun ada hatchery. Jawapan lazim aku, biasalah hatcheri kena cari tempat-tempat cam ni. Soalan lazim jawapan pun skema juga.

Dan satu lagi sekarang aku dah malas nak sembang borak bab-bab teknologi, buat sakit hati saja. Tunggu 10 tahun lagi nati aku cerita. Sebab tu selalunya kat luar aku buat bodo je.

Baik main facebook lagi sedap.

No comments:

Blog List