Saturday, July 31, 2010

harga barang tidak naik ! - apa tv kita merapu ni, nak kelentong pun agak-agak lah

petang tadi aku ada terbuka berita awani - tinjauan harga barang didapati tidak naik setelah 2 minggu penyelarasan dibuat - pembaca berita tu baca sambil semangat, lepas tu bla.bla. bla.. kata menteri barang bla, bla, bla, pakat hanya pandai menipu, bla,bla, bla

tiba-tiba aku rasa macam berasap jer dengan berita merapu menipu. aku berani kata berita ni tipu 200% sebab sehari selepas gula naik, bos aku ada pesan pergi amik gula dengan bawang putih kat kedai runcit kat kg ni. gula dah bayar, cuma bawang putih belum jadi bawa duit cukup-cukup. sampai kat kedai masa nak bayar, tuan kedai cakap tak cukup 50 sen lagi... aik!

sebab harga bawang sebelum ni 8.50 MYR (malaysia ringgit) sekilogram. ni dah naik 50 sen jadi 9.00 MYR. congak kira balik kenaikan 5.88%, melebihi paras inflasi nasional negara 4% (angka ni aku rasa agak lari, ramai penulis kewangan akui angka ni merapu) jer kata bank negara. ini baru sekali naik jer dah 6% untuk satu barang,banyak tu.


kalu kena 3 kali naik setahun, mapus rakyat kat bawah ni.bawang, gula, gas dan minyak barang harian kita guna lah, pakai otak lah sikit mana barang lain tak naik kalu minyak lori dah naik, lori bukan pakai minyak macam moto, beratus-ratus liter sekali jalan.


patut hari tu, masa aku pi shopping kompleks, masa balik amik borang dari kdnhep, ada budak-budak pompuan duk cek tanda harga barang dapur, rupa-rupanya petanda awal harga barang nak naik.

jadi aku malas nak cakap banyak-banyak, ni data aku sendiri dah kena. jadi cakap banyak2 tarak guna. nati pilihanraya ni aku nak ajar tok-tok wakil kat sini. biar diorang melutut merayu macam dulu baru tahu langit tu tinggi rendah.

No comments:

Blog List