Tuesday, June 8, 2010

budaya menulis jauh lebih penting dari membaca: pendapat blogger

kita biasa dengar, membaca itu penting. membaca jambatan ilmu- member aku selalu tegur bila aku duk baca malam-malam. tapi bila aku mula belajar menulis terutamanya memblog, aku rasa budaya menulis 10 kali jauh lebih penting dari membaca. sebab apa aku kata demikian.

sebabnya.... nak menulis ni sebenarnya susah. selalu benda susah ni banyak faedah dia. tak caya cuba hang buat blog satu, atau cuba tulis apa-apa yang terbuku dalam kepala tu. kofem lari dari apa yang kita nak gambarkan sebenar. susahkan, buat baru tau.


contohnya aku sendiri: bila aku bina satu web komuniti, ajak-ajak kawan menulis sumbang artikel kat sana. umum semua senyap, tiada respon. yang baru nak tulis kat sana, aku dah bagi tau awal-awal. menulis ni perlu makan masa baru dapat 'skill' dia. payah sebenarnya. contohnya aku sendiri buat blog makan 3-4 tahun juga (blog dulu), baru laa lancar skit menulis. kawan aku, iyakan cakap aku ni lepas dia mula-mula menulis.

bezanya bila menulis,kita mencurah atau bentangkan idea baru dalam bentuk tulisan, dan seboleh-bolehnya orang yang baca tu paham. ini yang susah, sebab lain kepala lain otak yang taksir. rasanya cakap lebih senang dari tulis.

bezanya tulisan ini, dalam bentuk dokumentasi atau dibukukan baik dalam bentuk buku atau digital. mungkin apa yang kita tulis hari ini, 100 tahun akan datang anak cucu kita akan baca, kaji sekurang-kurang sebagai sejarah.

mengajak orang menulis aku rasa susah bebenor, ramai bagi alasan tak pandai. nasihat aku, kena praktis, praktis, praktis buat. lama-lama akan dapat kemahiran menulis. mungkin gaya tulisan anda jauh lebih dari orang lain.

oleh bagi yang menulis, rasa tak hebat. hang jangan runsing teruskan saja. lama-lama akan okey, aku sendiri tengah belajar lagi bagaimana nak menulis seringkas boleh tapi semua orang faham. kira azam tu.

No comments:

Blog List