Thursday, April 28, 2011

Tanah Merah, semua ada...

Tanah Merah, semua ada.... bab kata orang kat kampung aku.
gambar signboard lama ini kat bandar Tanah Merah - bagi aku klasik dan ada nilai seninya

Boleh dikatakan sekurang-kurangnya 1 kali sebulan aku datang ke bandar tepi sungai kelantan ini, kebanyakannya atas urusan niaga, pi bank utama, ambil barang dan sekadar pergi makan nasi lemak puyuh bersama kawan-kawan. Jadi bandar ini dah jadi macam bandar kedua.

Waktu aku ke sini, kebanyakan di waktu pagi. Pada waktu ini, yang ketara satu saja, kebanyakan peniaga di kalangan wanita. Dari pasar basah sehingga kedai emas kebanyakan dipelopori golongan hawa. Ada yang tua dan muda. Mungkin sudah tradisi sejak puluhan tahun perkara ini.

Kadang kala aku kekok juga, sebab ramai perempuan yang berkerja di pasar raya atau mini market sini. Orang lelaki kalau ada pun, topek tuo (cina tua) atau tokei kedai dan pekerja lelaki yang jenis angkat benda berat seperti kedai hardware.

Dari pemerhatian aku yang seberapa ini, wujud satu trend baru. Kebanyakan kedai di Tanah Merah ini khususnya di kalangan orang melayu telah terdapat golongan ke-2, iya ni generasi muda ambil alih. Jadi tidak pelik sekiranya berurusan dengan tokei kedai berumur sekitar awal 20-an dan awal 30-an.

Contohnya kedai emas kat trafik light tu, aku tengok yang jaga kedai tu budak tino muda lagi. Lawa pulak tu - aku bagi tau kawan aku, lepas dia pun asyik usha kedai emas itu. Saja bagi gempak masa bosan atas hilux.

Aku percaya kebanyakan lulusan uni, jenis ada sijil. Paling koma, sijil atau diploma. Entah-entah ada yang lulusan gempak obersea sana,

Aku tiada point apa, sekadar tadi terperasan budak kedai emas tu duk drawn duit sebelah, masa depo duit kat Agro bank.

Mesin depo agro ini satu hal, slow sungguh dan hari ini orang macam ulat kat dalam bank sini.

Adakah hari ini gaji ke ?

3 comments:

AkuMuzikFilem said...

aku kagum dengan suasana kelantan. satu2nya negeri yang boleh buat bukan melayu cakap melayu macam orang melayu sendiri (dengan dialek negeri), seperti mana cina di indonesia. damn, aku nak sekolah 1aliran saja. aku dari binjai, bercampur dengan keturunan tengku belah2 sana.

killbill dua2 gua tengok, pi (kamu eja phi) pun dah lama gua tengok, hehe. thanh singgah. salam

azka said...

wasalam.

suku cina Tanah Merah ni banyak kahwin campur dengan siam belah sini. Ikut dari info sejarah aku baca, cina kelantan ni lama datang ke sini sekitar 300-400 tahun dulu, kabarnya utk cari emas belah hulu2 kelantan. Tu diorang dah animilasi dengan melayu sini.

hehe..iya silap eja pi.. satu lagi filem berbentuk ala2 math Proof, layan juga tu

kelantan ni ramai betul kerabat raja jembal siap ada plat kelab lagi kt nombor kereta.

AkuMuzikFilem said...

tok tuo kawe ado dulu plat tu pkai d merc lamo, loni dok doh la..

Blog List