Tuesday, November 2, 2010

Di malaysia kalau anda ada kelulusan tapi kalau tak kerja makan gaji, anda bersalah. Bersalah.... saya ulang sekali lagi. Bersalah.

Tadi aku pi pejabat pos nak beli setem untuk pos pembatalan notis. Notis akta pekerja, bosan betul siapa kata kerja sendiri senang, semua benda nak kena urus sendiri.  Macam biasa hari pasar, sini semua bank termasuk pejabat pos macam lalat hurung taik. Aku jarang-jarang beli setem tapi disebabkan member aku dah buat aduan terus ke ibu pejabat pos KL, jadi aku tau prosedur rasmi nak beli setem. Kita boleh jadi samseng, tak payah beratur bro, macam ramai-ramai tu nak bayar astro, roadtax, nak amik duit asb dan sebagaimya. Pergi terus kuanter minta setem, tapi jangan lupa senyumlah sikit kat kerani tu.

Masa nak gam setem tu, aku ditegur oleh kakak kawan masa di uni dulu. Entah apa rezeki jumpa diorang, bersama emak kawan aku. Kat kawasan aku tak ramai yang sekampus. Dia seorang je aku rasa sama batch dengan aku, maklum masa tu sini kawasan hulu lagi.

Setelah menjawab beberapa FAQ seperti biasa, sampai lah soalan ' kerja mana sekarang'. Aku balas' kerja sendiri', dia tanya balik macam seperti ramai-ramai sebelum ini' apasal tak kerja kerajaan @ makan gaji dalam kamus aku'. Aku ada jawaban bernas untuk soalan macam ni sekarang ' tak reti saya nak kerja dengan orang' terus terang. Dia pun bla, bla, bla rugi laa kalau lagu tu.


Lepas tu aku tengok dah ramai yang beratur macam ular tu beralih ke arah perbualan kami, iya lah pejabat pos besar mana sangat. Tambah-tambah kakak kawan aku ni tanya tak sambung phd terus ke.. aku jawab terus terang ' letih dah saya nak belajar' sebelum beredar.

Aku bukan nak rendahkan kerjaya orang kat luar tu, tapi aku tengok budaya melayu kita tidak memandang tinggi budaya kerja sendiri tambah-tambah untuk lepas graduate. Jadi macam kesalahan pula, kalau tak jadi cikgu ke paling cikai. Apa salah orang seperti aku nak kerja sendiri, kalau semua nak jadi cikgu siapa pula nak sediakan makanan halal, ini salah contoh konflik budaya aku tengok. Terbalik dengan orang cina atau negara maju aku tengok.

Realitinya pasaran kerja di Malaysia ini tidak besar mana, aku cakap benda betul. Ramai yang grad bidang biasa pun tersadai paling busuk lari masuk kpli, itu belum course yang nak sebut pun susah. Tak payah pergi jauh kawan-kawan sekolej dulu hampir 7/10 jadi cikgu. Sebab itu ramai duk kat luar negara lepas habis belajar. Aku rasa itu pilihan bijak.

Sebelum keluar sempat lagi emak kawan aku tanya : takdop gu lawan lagi ko (bakal bini), aku jawab: mengaji pun baru habis, baru nak belajar hidup makcik wei.... Menyesal pula pi beli setem hari ini tak pasal-pasal letih otak nak jawab benda-benda mengarut cam ini. Lepas ini kalau orang tanya merapu-rapu aku nak jawab lulus pmr jer!

* aku emo sikit petang ni, celcom prepaid broadband aku buat hal sejak semalam lagi. Korang nak tau satu rahsia yang ramai orang tak sedar: iklan di malaysia ni banyak tipu, korang kena pakai sendiri baru tau. Mana aku tak komplen hangin semacam aje.

2 comments:

famia said...

ahkahakhaks.
serabut itik lebih serabut berbanding serabut ayam eh. sabarkan aje. berus...sahalah wahai saudara seIslamku.

azka said...

letis kadang2 asyik jawab benda sama itu jer. susah nak ubah pandangan orang ni.

saja je sesekali sekala luah dlm blog..hehe

Blog List