Saturday, August 14, 2010

siapa lebih cepat terasa bila barang naik harga

sebulan lepas dalam tibi asyik duk cakap barang tak naik, bila kerajaan naikkan harga barang penting seperti minyak, gula dan gas. tapi itu semua jauh dari realiti kat luar ni. aku ada tulis satu artikel dulu berkenaan harga barang ni lepas penyelarasan subsidi kerajaan. semua naik automatik.

sehari dua ni baru lah semua duk kalut barang naik sana sini. nampak sangat semua bila dah kena batang hidung sendiri baru nak buka pekung selama ini duk asyik cakap tak naik, dipantau tak naik lah. pengguna akan menerima kesan akhir, paling awal kena ialah golongan peniaga dan usahawan.

point aku nak cakap sini...

aku kerja sendiri dan banyak terlibat dalam bidang perniagaan, apa yang berlaku dalam industri sangat cepat oleh golongan macam kami. contohnya sudah 2-3 tahun harga makanan ternakan mengalami kenaikan hampir lebih 30% setiap kenaikan. setahun bukan sekali dua naik, benda ini kami sering utarakan pada pihak berwajip tapi semua buat-buat pejam mata.

oleh itu bila kerajaan naikkan harga minyak dan gas, kami usahawan menang terasa peritnya. segala kos baru kena tanggung, belum masuk yang dah naik selama ini.


semalam adik aku duk mengepek - harga barang separt jentera berat, hampir benda naik 10 ringgit, minyak hidrolik, gris, filter dan sebagainya. sebab dia ada pergi beli barang untuk excavatornya. bagi yang ada jentera berat, barang separt atau minyak hidrolik dibeli lebih kerap berbanding dengan barang kereta biasa. oleh itu kenaikan atau trend harga boleh dirasai dengan cepat berbanding pengguna kereta biasa, yang mungkin akan servis bila nak balik raya, situ baru terasa.

selain faktor ekonomi dunia yang cepat berubah sekarang - ini kita tak dapat nak kawal, tetapi ada satu lagi yang benda yang menyumbang kepada faktor kenaikan harga barang dalam negara ialah tadbir urus negara kita teruk dari peringkat atas sampai ke paling bawah.

sebab apa aku kata demikian, tak perlu pergi jauh cuba tengok mana-mana pekerja agensi kerajaan, kebanyakan tidak seproduktif nilai ada pada mereka sebenarnya.

contoh terdekat dalam 2-3 hari ni pun ada terlibat dengan beberapa agensi kerajaan, dalam kes ini bila aku sendiri dah janji nak bekal barang hari sekian-sekian, tapi boleh diorang macam tak amek kisah, ada satu tempat tu,orang  yang handle benda ini siap amek cuti. yang naya kita lah terpaksa ke hulu hilir tanya orang itu orang ini. tak ke bengong namanya.

nampak sangat kebanyakan gomen servant pemalas terutamanya golongan lama, bukan semua tapi majoriti begitu lah. aku cakap berdasarkan bukti, malas nak tuduh2 bodoh. kenapa aku tekan gomen servant ni, sebab mereka ini yang mengerakkan jentera kerajaan, kesannya besar kepada negara. tak perlu nak bagi tau kenapa ramai minat yang kerja dengan gomen...hehe


ini semua beri kesan besar pada negara kita, ini belum masuk bab politik yang sentiasa huru hara sampai rakyat jadi bengong. aku rasa sudah sampai negara tercinta ini diberi kepada generasi baru untuk ditadbir, yang lama-lama duk diam-diam makan pencen.

ko rano?

No comments:

Blog List