Saturday, August 7, 2010

plan baru celcom broadband bala buat heavy user, ini salah satu kesan penyelarasan subsidi kerajaan

tadi ada member aku bagi paste offline mesej kat google talk,













patut aku perasan dalam 2 minggu ni celcom bb laju semacam jer, dah upgrade speed rupanya. tapi ada satu perkara aku perasan dalam setahun ini, kalau bagi mereka yang dah lama pakai celcom broadband pun mungkin terperasan. korang perasan tak speed celcom bb dalam pertengahan tahun lepas, dalam bulan 6-7 gitu memang laju kalau download dapat lah 60 -70 kbs untuk plan basic 68 kiranya lebih kurang speed baru ini. ini dari pengalaman aku, lain orang aku tatau.

lepas tu sekitar bulan 2 tahun 2010, speed diorang dah kurang hingga separuh, kalau download dapat lah 18 - 25 k  ini pon kalau pakai idm. speed ini sampai plan baru ini  dilancarkan. paling teruk aku kena bulan april speed memang slow nak mapos.

aku pon tatau rasional diorang suka hati downgred speed. dalam radio tv paper jangan main lagi kempen jalur lebar sana sini, sampai pak menteri pon nak bercakap hal-hal broadband sana sini. tapi kita sebagai end user ini realiti terpaksa dilalui. jadi biar aku kongsi cerita skit dengan korang.



nak buat macam mana kat malaysia ni, semua benda nak dimonopoli salah satu dasar yang diwarisi dari british. termasuk hal broadband ni. jadi kalau nak perubahan kita patut yang buat perubahan keseluruhan sistem yang ada sekarang terutamanya kerajaan. barulah hidup lebih berkualiti.. masuk hal-hal politik sikit, baru kita sedar.

ok lah berbalik cite, pakej baru celcom- satu bala besar bagi heavy user dan separuh heavy. kenapa aku kata demikian sebab diorang naikkan speed dari 384kbs ke 512 kbs. beza dalam 34% tu upgrade, banyak juga untuk speed. bagi pengguna ini satu berita baik tetapi bagi aku sebenarnya takde lah beza besar sangat kalau korang campur tolak faktor luar seperti coverage, kepadatan pengguna, cuaca dan sistem celcom sendiri, last korang dapat sikit jer

yang aku takut dari satu sudut diorang downgred bandwith dari asal 5gig asal ke 3 gig. bezanya 60% downgred, hampir 2 kali ganda dari speed up. 34 % naik, turun 60%. yang bandwith ini tak dipengaruhi faktor seperti aku cakap tadi. kenapa aku sakit hati benar bila mana bandwith broadband ini di kecilkan, sebab sebagai heavy user bagi aku 5 gig sebulan dah terpaksa 'berpuasa' dalam surfing, inikan pula 3gig. contohnya kalau hang kaki youtube jangan amalkan duk tengok youtube selalu kofem tak sampai sebulan dah kena blok.

dah pernah rasa kena blok.

sistem wireless broadband kebanyakan ada had penggunaan, atau dipanggil bandwith,. contoh celcom diorang letak 5gig sebulan, ada kompeni letak 20gig dan secara total semuanya taik hidung masin. sebab sebagai pengguna internet berbayar kita patut dapatkan servis yang terbaik bukannya disekat oleh syarat dan terma mengarut-ngarut ini.

bila had pengguna sampai, secara automatik sistem diorang akan blok. blok disini bukannya dipotong terus internet korang tetapi speed internet hang diturun sehingga tahap mengarut. aku pernah kena blok sekali untuk celcom, speed diorang bagi time tu 3-7 kbs, nak buka emel pun sakit hati menunggu.macam tak logik speed yang dibagi. dari satu sudut, ini nampaknya bagus untuk elak heavy trafik bagi bandwith celcom, kalau semua duk menyedut tak ingat. 

tetapi zaman dah berubah, cuma kita di sini terbalik ke belakang. kandungan web sekarang kebanyakan dah besar data, tak macam 5-6 tahun lepas. cuba bukan yahoo emel ikut payper use korang tau laa besar kecil kandungan sebuah web.  ini belum masuk bab video surfing, atau online gaming. jadi aku pun pelik kenapa teleco ini kedekut benar dalam hal-hal bandwith ini.

kita sebagai pengguna tak minta had mengarut, cuma bagi selesa skit berkenaan bandwith. contohnya 5 gig bagi aku sebelum ini agak 'sesak'. kalau diorang bagi sekitar 8 -10g agak bole bernyawa skit. ini dah turun sampai 60% lagi 'lemas' lah.

taktik diorang, ada servis lain

aku tau, celcom ada pakej mahal yang rata-ratanya tak mampu dibayar oleh pengguna biasa bagi unlimited bandwith. ini salah satu tektik diorang paksa user beralih ke pakej yang lebih mahal sekiranya nak lebih. contohnya ada kawan aku pakai pakej 120 ringgit sebulan,ini harga pakej awal celcom broadband sejak 2007, dia sorang tak downgred pakej dulu, itu yang aku bole cite sini . pakej ini tak der limit bandwith. pakej 120 ini aku tak pasti masih ada tak lagi sekarang sebab kebanyakan kita dipromosi oleh pakej biasa 68,98 dan terbaru 48.

satu lagi pakej yang 300++ ratus lebih. ini pon unlimited kebanyakan tokey cc yang pakai.

bukan tak nak pakai streamyx
bagi aku streamyx masih pilih terbaik setakat ini bagi heavy user, kerana dia takder limit sana sini. dulu streamyx ada nak buat sekejap lepas tu tak jadi. kalau bab sekat sana sini tu dah biasa diorang buat. sekarang ni hotfile pon diorang dah mula sekat terus. bagi kaki movie direct download naya lah. logiknya bagi aku bazir juga kalau duk bayar mahal bulan -bulan sekadar nak buka web, emel, fb. baik kita download citer. betul tak ?

masalahnya streamyx sekarang kat malaysia ni dah nak pupus sebab ramai pencuri kabel telefon. kalau ada pon kat bandar-bandar besar. contoh kes aku, hampir satu kampung kabel dikebas diorang, last orang telekom amik semua kabel yang tertinggal sebab nak ganti tempat lain. jadi hanya broadband celular ini penyelamat. kalau dah ada streamyx lama dah aku masuk, dan potong celcom terlampau berkira ini.

sebelum ini pon aku siap tanam sendiri tiang telefon sebab nak pakai streamyx. betapa banyak birokrasi terpaksa aku lalui kat malaysia ini. letih dah nak cite semua.

takder rezeki, rezeki kat pencuri. bengang betul

korang ingat kerajaan saja ke tau naik harga barang, celcom pon pandai juga selaras produk diorang. 

2 comments:

Anonymous said...

Cara Nk Lajukan Broadband Bg Yg Dh Abis Limit. sila ke link ini...
http://budakbotak11.blogspot.com/2010/11/cara-nk-lajukan-broadband-bg-yg-dh-abis.html

Saya dah cube cara ni memang berkesan....cube lah sendiri

Anonymous said...

Cara Nk Lajukan Broadband Bg Yg Dh Abis Limit. sila ke link ini...
http://budakbotak11.blogspot.com/2010/11/cara-nk-lajukan-broadband-bg-yg-dh-abis.html

Saya dah cube cara ni memang berkesan....cube lah sendiri

Blog List