Tuesday, February 23, 2010

kelate kemarau, musim cari ikan sungai dah bermula

panah ngetip ! 
(panas tak goku)

itu gambaran bole diberikan sekarang, kelate dah masuk musim panas. seperti tahun - tahun lepas bila mana masuk bulan 2 -3 dah mula kemarau. bagi budak-budak kg di sini dah tiba musim mencari ikan sungai. pesta atau aktiviti sampingan bagi sorang budak kampong.

antara hasil tangkapan di lata chakoh, Jeli.

pada musim ini paras sungai akan turun, senang nak cari ikan. macam-macam teknik diorang pakai ada menyelam, menimba lubuk atau telaga, bom ikan, memukat, memerai, menjala dan mengail. musim ini juga ikan dah mula naik ke hulu sungai atau orang panggil 'ikan masuk' lubuk.

dalam banyak-banyak teknik tu, bom ikan paling bahaya. tidak digalakkan kepada amatur kalu tak jadi macam kes ini.

namun dalam banyak kes, ikan masuk lubuk saya paling suka. anda mungkin akan menikmati ikan lampam bersaiz sekitar 800 - 1500 gram sekor atau 3-4 ekor sepuloh kilo.goreng sekor-sekor best. kebiasaan fenomena ini terjadi sekitar kemarau panjang 3-5 bulan. sungai menjadi kering.

ikan jenis berkumpulan macam ikan lampam biasa jenis masuk lubuk, sekiranya anda bertuah jumpa lubuk lampam, pendek kata macam ikan dalam kolam. hitam sapa lubuk. antara sungai yang popular di sekitar sini ialah sungai pergau, sungai setir dan sungai dalam suewee.

bagi geng pencari ikan tegar, selamat mencari ikan..

No comments:

Blog List