Sunday, March 13, 2011

Maybank2u untuk akaun syarikat, bagaimana cara nak dapatkannya

 terliurkan tengok benda ini..

Sekiranya ada akaun syarikat tapi inginkan kemudahan maybank2u, tetapi bagaimana cara untuk dapatnya. Mesti peningkan, sebab tak ramai yang tahu dan sedia berkongsi benda ini.

Ok sini saya akan kongsi serba sedikit pengalaman buat benda ini dengan rakan² usahawan di luar sana. Sebab saya tak nak anda jadi macam saya sebelum ini, buang masa google sana sini dan duk sesat dalam web maybank tu.

Bagi pemegang mana-mana akaun bank sekarang perbankan internet sudah menjadi keperluan. Bank di Malaysia ini, yang tiada internet banking dah jatuh dalam second class bank bagi pengguna.
Betulkan ?

Ramai sebenarnya tak tahu rupa-rupannya pemegang akaun perniagaan: milikan tunggal atau milik perkongsian boleh guna pakai kemudahan maybank2u ini. Maksud saya di sini, syarikat kecil di sini dengan hujung nama tu..enterprise, resources bukannya sdn bhd atau berhad.

Untuk syarikat Sendirian Berhad dan Berhad anda perlu pakai maybank2e.net.. bayar bulan-bulan pun basic fee 50ringgit. Tapi fungsinya lagi canggih, contohnya boleh buat bayar gaji pekerja beratus orang.

Macam kereta lah lagi mahal lagi sedap naik.

OK pertama sekali masa buka akaun tu, minta satu borang permohonan khas untuk internet banking. Benda ini kalau korang tak tanya, pengawai bank itu tak offer sebab jarang-jarang orang buat benda ini.

Mr Wong otai maybank Tanah Merah

Kecuali kalau pengawai yang urus bahagian pembukan akaun perniagaan itu jenis berpengalaman macam kes aku. Mr wong kat cawangan Tanah Merah ini, sangat jelas penerangannya. Satu lagi aku perasan jenis cina kelantan kebanyakan jenis macam tu petah bercakap. Sesuatu yang positif sebenarnya.

Tapi sayang masa proses akaun aku ini, beliau ditugaskan tukar ke cawangan Besut. Aku suka berurusan dengan jenis orang cam ni suka bercerita walaupun perkara itu tak ditanya pun. Jadi kita pun nampak lagi jelas sesuatu benda tu.

Mandate letter 

taip sebiji-bijik- pesan mr wong

Ok selepas dapat borang tu, anda hanya perlu tanda tangan dah cop di situ. Kemudian anda diberikan contoh surat mandat @mandate letter.

Surat ini anda kena tiru sebiji-biji, masuk nama operator kat situ dan cetak. Kemudian beli setem hasil 10 ringgit tepek kat sebelah atas kanan surat dan pergi matikan setem di jabatan hasil.

Surat ini, jelaskan siapa operator yang diberi hak untuk guna maybank2u sebab bagi perniagaan milik perkongsian benda ini perlu.

Melainkan daftar niaga anda milik tunggal tak perlu buat benda ini. Banyak kelebihan betul pemilik tunggal ni aku perasan bila masuk bab-bab macam ini.

Masalah akan timbul..

Macam kes aku, ic boss aku (ayah) tak boleh baca. Jadi kena buat buat ic baru balik. Ic saja makan masa sebulan lebih. Campur pergi mari sana sini... hari ini 13 haribulan, total genap 3 bulan baru siap akaun syarikat ini.

Tips dari Mr Wong, elakkan amal letak sekali ic dengan kad atm bank dalam wallet anda, sebab semua kad ini jenis magnetik. Dia kacau sama sendiri.

Mandate letter ini akan diserahkan sekali semasa proses pembukaan akaun. Perkara ini akan diproses sekali semuanya. Tapi jangan lupa sedia duit deposit RM 2000.

Lebih kurang seminggu biasanya kalau semua benda setel anda diberi no acc, buku cek (tolak RM 15) dan no akses maybank2u serta temporary password.

Pertama kali login maybank2u

Jangan lupa masa pertama kali login tu ambil 'first login' kalau ambil login biasa, sampai kiamat pun tak dapat masuk dalam tu. Lepas tu terus anda bawakan ke laman create username dan password baru untuk login. Ini sama dengan proses maybank2u biasa.

Tadi masa aku pergi ambil buku cek dan akses nombor maybank2u.

Ini buat pertama kali aku tak kena time diorang lunch, sebelum ni tiap kali datang mesti kena menunggu. Aku baru perasan pengawai maybank sini gilir-gilir masa rehat biasanya pukul 2 ptg ke 3 ptg atau awal lagi sekitar 12 tengah hari.

Dengan adanya akses maybank2u anda jimat banyak dari segi buang masa beratur kat kuanter dan minyak kereta untuk ke bank. Kebiasanya kemudahan ini diberikan sekali dengan phone banking.

Puas hati betul dapat setel benda ini.

Nanti aku akan kongsikan perbezaan maybank2u akaun perniagaan dengan akaun biasa.

## kemaskini terbaru 
bagi yang ada masalah dalam buka m2u kat cawangan anda buka. Cara nak setel - sila call ibu pejabat maybank KL terus, tak payah buang masa ulang alik situ.

Sebab aku sendiri dah terkena dalam kes ini, dengan cawangan maybank Tanah Merah sini. Hampir 4 bulan baru setel. Itu pun, bila aku call KL sana.

18 comments:

arda said...

salam.

sy nk tanya. kalau perniagaan milikan tunggal boleh ke akaun diakses 2 org melalui maybank2u?

azka said...

Wasalam arda,
untuk maybank2u syarikat ni, seorang je boleh akses itu secara rasmi kat borang tu. Kalau nak 2 orang terpaksa kongsi password dan username tu.

Milikan tunggal lagi senang nak buat sebab seorang je.

Cuma saya nasihat lepas buat tu apa2 hal call terus center KL sebab saya dah terkena tak semua cawangan ada pengalaman buat benda ini. Jarang orang buat etek.

Akaun ni bagus untuk orang bisnes sebab had transfer cecah 10K dalam satu hari dan satu lagi pelanggan lebih yakin masa nak depo duit, ini dari pengalaman saya sendiri.

harap ini membantu

arda said...

Ok thanxz. thats means hanya seorang dibenarkan akses utk maybank2u...

azka said...

iya tepat sekali

Anonymous said...

jgn miss bayar maybank2u charge fee rm10 ringgit. more than 6 month, dorg lock account. kalu ada partner enterprise ok lagi. kalu partner dah mampos, pemilikan dah jadi tunggal..naya..bila nak activekan balik meme masalah. kene lak time tu customer dah transfer duit, tak inform awal lak tu..duit yg dah transfer terbeku dalam tu tak bole buat apa selagi si partner tak sain borang keluar dr maybank syarikat jugak..memang terbaek..buat report polis, tunjuk ssm dah jadi pemilikan tunggal pun tak berjaya bawak keluar duit. nak jugak surat perletakan jawatan partner yg punye cantek hilang lak tu..gawat..last2 tenggelam camtu je..rugi rugi maybank juga tak memasal untung

azka said...

boss
mana-mana akaun perniagaan baik maybank2u atau cimbclicks kena bayar tiap2 bulan. cuma maybank potong bulan-bulan, cimbclicks bayar ikut tahun.

kalau tak aktif m2u lebih 6 bulan buka setakat acc ni, acc biasa pun diorang lock. Ini aku pernah kena. kalau semua nak free jangan buka.

untuk keluarkan duit sekiranya apa-apa masalah,kan awal-awal masa buka acc dah ada pilihan siapa boleh sign cek tu, aku syor sorang je sain senang. kalaiu 4 orang patner mampos dan minta belaka.

jadi pikir sendiri lah.

bab keluar duit tiada masalah, bagi aku, hang kena pandai-pandai lah. contohnya add acc saving hang kat add feveret acc tu satu, senang nak transfer duit ambil kat atm.

satu lagi kena amek tau lah acc m2u ni jangan serah bulat2 kat patner tu. tentang customer masuk duit tu, bagi je no hp hang untuk mobile banking setel. tiap kali transaksi akan sampai mesej kat hp.

bagi aku m2u ni, banyak jimat masa dan kos dari berulang alik ke bank.

Payie said...

Kalau kita daftar syarikat enterprise milikan tunggal, tapi niaga online guna akaun maybank personal. Adakah salah di sisi undang undang?

Unknown said...

bayaran bulanan berapa ringgit bos

Unknown said...

bayaran bulanan berapa ringgit bos

Unknown said...

Tak salah. Cuma kastemer tak kofiden nak bankin atas akaun personal tu je.

*azka

Unknown said...

10 ringgit sebulan

Klu acc cimb free je, cuma perangai kastemer suka maybank

*azka

azka said...

Sama² lebih kurang gitu, cuma klu percaya bagi ke password kat patner :)

*azka

tieha said...

Salam tuan,

Saya kurang jelas berkaitan:

Saya ada bisnes perkongsian, tapi buat masa ni,hanya seorang sahaja yang aktif mengusahakannya.yang lain belum berkesempatan menyumbangkan tenaga.

Untuk buat akaun perniagaan,adakah boleh 1 penama sahaja yg settlekan urusan pendaftaran?hanya seorang sahaja yang sign buku cek? Hanya seorang sahaja yg kendalikan maybank2u?

Penerangan tuan amat kami hargai.

Unknown said...

mcm saya..saya buat share patner...waktu nk buka acc wajib 2 org pegi sana buka acc...kalau nk keluarkan duit dari acc company...wajib ada sign 2 org patner...so lebih selamat....kalau sorang je sign...bank tak appv

Unknown said...

boleh je takde masaalah..
nk lagi detail terus je pegi bank amek form apa yg patut.....jgn lupa bwk ssm

Unknown said...

Salam,jika akaun dibawah badan pertubuhan parti contoh jabatan amal malaysia,macam mana nak buat maybank2u..

azren said...

yg borang nk key in mandate maker ni kena type guna pc ke atau tulis pakai pen shaja.

Unknown said...

Jika Lupe password macam mane yer nk buat..sy Dr semalam nk login xboleh

Blog List