Monday, July 16, 2012

Pernahkan anda terfikir jadi seorang pekerja ladang

Sekiranya anda merasa tempat kerja anda dah teruk... Cuba renung gambar ni sekejap. Mungkin timbul rasa syukur nanti.


Ini antara tempat tinggal bagi pekerja ladang getah jauh di dalam hutan. Kebanyakkannya indo atau orang melayu patani yang kerja sini.


Bangsal ni, diduduki oleh 3 orang melayu patani yang menoreh 12 ekar getah. Kebetulan semalam, aku duk sesat dalam ladang getah ni, berhenti tanya arah dengan diorang. Mereka ni biasa keluar sebulan sekali cari beras, ikan kering, budu, garam. Pendek kata makanan asas je.


Tapi itulah realitinya bila tanahair anda dijajah. Sana selain kerja susah, hidup pun dalam takut. Jadi ramai berhirjah kerja di sekitar Kelantan. Majoritinya dalam kebun getah yang terletak jauh ke dalam hutan.


Jalan nak pi sini pun dah sakit pinggang melompat-lompat atas motor. Belum campur kes jatuh moto, atau redah sungai. Gambar ke-2, jalan tu dah tinggi mencanak serta licin gila, sampai aku kena turun tolak moto. Kalau orang kita, tempat cam ni taraf pi camping.


Aku juga jumpa budak Lahad Datu, yang kerja di ladang sawit ni. Umur baru 20.. sayang muda-muda dalam masuk hutan. Gambar terakhir tu, diorang nak pi menebas shift petang 2 - 4 ptg.


Tapi itulah realitinya.


Published with Blogger-droid v2.0.1

No comments:

Blog List