Thursday, January 26, 2012

Sifat penting diri sendiri, sangat-sangat perlu tonjol kat kawan-kawan kita

Dalam masa 2 tahun lebih ni, aku belajar satu perkara penting - jangan buat lembik tengkok dengan kawan-kawan. Atau bahasa mudah, jangan mudah bagi pertolongan free kat diorang ni.


2 sebab aku kata cam ni:


Kisah 1- aku cuba bangunkan web komuniti sini, semua aku bagi free -dari setup web, hosting, domain, menulis hingga laa design. Tapi bila minta tolong/sumbang sikit sini, macam-macam alasan bagi. Ok, tahun lepas aku tutup terus web tu. Done.


Kisah 2 - sambil tu, aku juga setup satu blog  bagi geng kelas aku. Semua free macam tadi. Siap hari-hari duk chat situ. Tapi, macam biasa bila minta sumbang artikel/support situ. Semua bagi alasan tiada masa/sibuk. Tapi kat fb hari-hari ada. Ok, aku ambil keputusan abandon terus bog tu, siap bagi sebijik last artikel yang 'merah batang hidup' klu diorang baca. Done.


Jadi 2 kes ini, jadi pengajaran besar buat aku. Bagaimana nak deal dengan betul ngam kawan-kawan ni.  Sebenarnya, mudah je kena buat macam mereka juga ni - pentingkan diri sendiri.


Kena berkira-kira. Bawa haluan sendiri dan satu usah ambil tahu pun hal mereka ni. Barulah semua sedar penting menyumbang dalam hidup berkomuniti ni.


Published with Blogger-droid v2.0.1

1 comment:

Farid said...

hmmmm...
org akan bagi alasan utk menutup kesilapan..
tp jarang org mengaku kesilapan utk membaiki kelemahan itu..

Blog List