sekarang ni musim panas kat kelate, peluh tak soh cakap. abes semua berpeluh, termasuk yang jarang peluh sebelum ni. tido malam ala-ala suana. musim kemarau kali agak panjang, biasa dia mengalah kat hujan tapi kali ni degil semacam. sana sini dah geger tak der air. saudara ray pon kata gitu juga
ahli ugama kata ini, mungkin bala tuhan. tapi apa salahnya, adakah kes mb nizar kat Perak kot?
saintis plak kata, el nino. bunyi ala-ala latin, mungkin masa buat kajian diorang lepak minum teh kat brazil terbuh nama kedai teh tu (andaian jer). katanya kitaran alam dalam beberapa dekad.
bagi penjual kipas - ini musim nak laku kipas atau seangkatan dengannya. member aku siap booking air cooling satu kat expo jualan murah-murah. espo banyak masuk kampung musim ni, orang noreh tengah 'segar' belaka.
bagi yang suka main api - ini time dia, nak bakar apa-apa. kofem semua jadi abu. tapi kena hari rabu baru cun, itu petua orang tua dulu-dulu. kesian kat abang-abang bomba, part time semacam je.
cuma aku tak tahan panas, tengah hari sekarang jarang-jarang boleh buat kerja. panas hingga pening kepala, banyak luang sebelah malam. ada member aku siap naik ucler berpakej-pakej kat mulut, panas punya pasal. dokte kata stress, aku panggil sumbat
tido malam pun berpeluh-peluh paha.
Aku Kafir Ke
-
Pernah satu ketika dahulu.
Kawan rapat semasa di sekolah rendah.
Delete dari Facebook. Sebab aku like posting perihal 'Kafir'. Terkesima.
Totally. Sebab t...
6 years ago
No comments:
Post a Comment