salah satu spam paling banyak dan bahaya ialah dari pihak bank, sebabnya libatkan duit. sebab diorang banyak produk nak tawar kat kita, paling popular insurans. macam-macam pakej ada dengan macam-macam ragam duk tawar kat kita.
jual database pelanggan.
salah satu cara paling senang diorang dapatkan nombor phone kita dan call terus. dari mana no ini didapati, adakah kita bagi kat diorang atau bank ini beli database pengguna dari third party contohnya badan utilities lain seperti telekom atau stremik.
bagi aku, logiknya diorang dah ada database kita cuba pakai bila masa perlu. contohnya untuk produk terbitan diorang. bank pon sekarang banyak telan/gabung dengan badan lain macam insurans dan pajak gadai. semua diorang nak sapu. kalu tak gabung, diorang tubuhkan sendiri.
pengalaman sendiri
aku sekali, pernah kena. pihak insurans call, tawarkan produk. lepas tu yang nak jadi hangin aku: diorang boleh tau id streamy aku. nampak sangat streamyx jual database pelanggan. kalau tidak diorang sendiri mungkin jabatan bawahan/orang diorang jual. logiknya mana ada orang luar tau id kita.
dah lah masa tu, dah kat setengah tahun acc streamyx tu aku matikan. sebab minta streamyx kat kampung tak lepas. banyak songeh telekom tika tu.
ada beberapa orang member aku kena juga cam ni, paling teruk terus kena potong bulan-bulan dari acc bank kes bagi no ic dan acc jer. cerdik-cerdik diorang. jawapnya kena matikan terus acc tu.
harap pihak tersebut lebih bertanggungjawab dalam hal sebegini. ini baru acc streamyx, jangan data negara pon digadai sudah. security bro!
***
jadi bila mamat/minah cam ni call kita, pertama masa kita akan terbuang begitu (membazir masa amalan syaitan) kedua, kalau hang jenis hati lembut jawabnya lebur seratus dua hari tu.
tips dari member aku yang otai layan benda ni:
pertama, kata tengah/atau ada kerja sekarang. dan terus-terang tak minat, bagi yang paham dia akan slow undur. kalau tak paham,
pakai kaedah kedua: hang maki hamun bodoh jer, macam maki marah orang. bagi yang dah biasa ok, bagi tak biasa cuma pratik slow-slow.
---
berbalik pada tajuk atas, salah satu kaedah aku pakai. untuk elak menda-menda mengarut ni singgah selalu.
pakai 2 no phone.
satu no khusus untuk urusan bank contohnya macam online banking untuk dapat no tac/pin atau masa daftar acc. no lain plak untuk kegunaan harian, nak lagi sedap phone ni hang on masa nak guna on9 banking je. ini aku buat, lagi pon sekarang ni, no phone boleh sambung bayar setahun terus.
teknik ni insyallah mengurang atau tiada langsung spam macam ni: hello, encik selamat pagi, boleh tak luang masa sedikit, kami dari xxxx, ada produk bla, bla, bla....
sebagai pengguna kita ada hak untuk tidak layan benda cam ni.
kalau ada lagi, teknik lebih berkesan.. singgah-singgah kongsi.
Aku Kafir Ke
-
Pernah satu ketika dahulu.
Kawan rapat semasa di sekolah rendah.
Delete dari Facebook. Sebab aku like posting perihal 'Kafir'. Terkesima.
Totally. Sebab t...
6 years ago
No comments:
Post a Comment